Friday, December 31, 2010

Hanya RM25 Sekotak

HARUMAN ADAM
Ibn Sina (by Desire Red)
Ibn Khaldun (by Energize)
Ibn Rusyd (by Starwalker)
Ibn Taimiyyah (by Contradiction)

HARUMAN HAWA
Balqis (by Miracle)
Sumaiyah (by P. Hilton)
Adawiyah (by YSL)
Asiah (by Still)

HARUMAN YUSOF & ZULAIKHA
Ar-Razi (by Cool Water)
Al-Ghazali (by Desire Blue)
Mashitah (by Escape)
Maryam (by Tommy Girl)

Kelebihan:
- Pati Minyak wangi tanpa campuran alkohol
- Sesuai digunakan ketika solat
- Botol Roll On yang mudah dibawa
- Tahan sepanjang hari
- Bauan yang terkenal tanpa berbelanja ratusan ringgit

Saiz botol: 4ml
Harga Sekotak: RM25.00
 
Untuk pembelian, sila hubungi saya melalui email azlina.hussin@yahoo.com / suami saya mohdyusof.chemat@yahoo.com.

Bayaran pos RM5. 
Bayaran pos percuma bagi pembelian 3 kotak ke atas.

Thursday, December 30, 2010

Gambar Terbaru Pokok Pisang


Lamanya tak update pasal pokok pisang ni. Sedar tak sedar dah besar rupanya pokok ni.. hai, tak sabar nk tengok hasilnya. Tengoklah tu, rajin betul abg saya uruskan kebun kami ni. Alhamdulillah, usaha kami sudah menghampiri kejayaan. 

Kat bawah ni gambar pokok yang bermasalah. Mungkin tak cukup baja. Abg cakap ada 70 pokok yang macam ni. Risau jugak. Harap2 masalah ni tak berlarutan.

Piala AFF Suzuki

Tahniah buat team Harimau Malaya di atas kemenangan malam tadi. Tahniah juga buat Rajagopal. Dan terima kasih YB PM kerana bagi cuti esok.. yeay~~

Tuesday, December 28, 2010

Antara Garisan


Baru lepas layan cerita Antara Garisan. Memandangkan saya tak pasang astro kat rumah, terpaksa la layan cerita ni melalui youtube. Tak tahu pun kewujudan cerita ni until ia menang anugerah skrin hari tu. Sekarang baru saya tahu kenapa cerita ni menang banyak anugerah termasuk drama terbaik 2010.
Saya tak nak perkatakan mengenai kehebatan para pelakon drama ni. Sudah terbukti, lakonan Noorkhiriah dan lain-lain memang mantap dan memberi kesan. Mengenai kisah yang dipaparkan dalam drama ni.

Di awal cerita, saya membayangkan kealiman dan keindahan budi ustaz Arman. Saya juga memandang serong terhadap imam masjid (lakonan zaibo) yang ditonjolkan sebagai seorang imam yang gagal menjalankan tanggungjawab. Tetapi, rupanya apa yang berlaku adalah yang sebaliknya.

Saya setuju dengan pengolahan cerita ni. Betul, kita sebagai manusia tiada hak untuk mempersoalkan dosa, pahala orang lain. Apatah lagi menjatuhkan hukuman di atas kesalahan orang lain. Saya ingatkan ustaz Arman akan memimpin Ayu ke jalan yang benar. Tetapi rupanya ustaz Arman yang terpesong ke jalan yang salah. Tak sangka pula watak Hattan tu sebenarnya watak jahat yang menyamar menjadi baik. Inilah yang dikatakan syaitan bertopengkan manusia.

Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa. Ilmu yang dianugerahkan kepada manusia bukanlah untuk bermegah2 sebaliknya ilmu itu perlu digunakan untuk membimbing orang lain. Berjihad ke jalan Allah bukanlah dengan kekerasan dan menghukum orang yang melakukan kemungkaran. Sebaliknya jihad yang sebenar adalah mengubah orang yang mungkar itu menjadi orang yang beriman. Kuasa Allah yang maha penyayang. Sejahat-jahat mana pun manusia itu, dia tetap berhak untuk mendapat pengampunan Allah. Dan sebaik-baik manusia itu, tidak bermakna dia terhindar dari melakukan sebarang kemungkaran. Syaitan ada di mana-mana sahaja untuk menyesatkan manusia. Oleh itu, kita tidak boleh leka dan megah dengan kebaikan yang telah dilakukan.

Saya tak sangka, cerita ni berakhir dengan maksiat yang dilakukan oleh ustaz dan Wida. Tatkala Ayu sedang berjihad untuk mendekati Allah dan memohon taubat, ustaz dan Wida hanyut dalam permainan syaitan.

Kepada teman2 yang belum tonton cerita ni, boleh tonton di Malay Movie. Semoga kita akan mendapat pengajaran dan iktibar daripada cerita ni. Tahniah kepada semua krew dan pelakoan Antara Garisan. You all did a good job. Keep it up!

Thursday, December 23, 2010

Ukuran Saiz Baju

Setelah sekian lama mencari, barulah saya jumpa. Ukuran di bawah ni akan saya gunakan untuk menjahit baju-baju untuk dijual nanti. Untuk pengetahuan sahabat dan teman semua, saya dan kawan baik saya merancang untuk mengambil tempahan baju (pelbagai jenis baju lelaki dan wanita) bermula tahun hadapan. Kawan saya ni dah expert menjahit. Next year, dia berhajat nak menjahit secara full time. So, saya akan jadi back up sajalah. Harap-harap project kami ni menjadi dan mendapat sambutan.

<><>
</></><><></></>
XS
S
M
L
XL
XXL
Bahu
14
15
16
17
19
20
Dada
17
18
20
21
25
25
Labuh Baju
38
39
40
41
42
42
Pinggang
24
26
28
30
32
34
Labuh Kain
38
39
40
41
42
42


Mengenai harga, kami belum finalize lagi. Semuanya masih dalam perancangan. Kali ini biar saya pamerkan dulu ukuran untuk dijadikan panduan nanti. Tentang harga, tak perlu risau, sebab harga yang akan kami putuskan nanti adalah murah dan berpatutan. Diskaun istimewa akan diberikan kepada pelanggan terawal.. InsyaAllah..

Antara baju yang ditawarkan adalah:
- Baju kurung / kurung kedah / kurung pesak gantung / kurung moden / kebaya
- Baju melayu johor / cekak musang / raihan
- Blaus dan skirt
- Jubah

Monday, December 20, 2010

First Time...

Penatnyer.. hampir 2 tahun ada kereta sendiri, baru sekarang saya dengan beraninya drive ke Nilai semata-mata kerana kerja... huhu.. Malam tadi macam tak dapat tidur gak la, asyik pikir macam mana lah nak drive sorang2 time balik nanti. Rasa takut, bimbang, macam-macam lah. Maklumlah, lebuhraya PLUS ni terlalu byk accident. Fobia jugak la sedikit sebanyak coz selalu nampak accident time pergi or balik kerja.

Nasib baik ada Alin (teman sekerja) yang sudi temankan saya dari tol bukit beruntung ke KL sentral. Laju jugak saya bawa. Before pukul 8 dah sampai KL sentral. Ambik Kak Ayu di KL sentral and proceed to Nilai tru Duta. Jauhnyer rasa. Nasib baik jalan tak jam. Kul 9 lebih sampai juga ke tempat yang nak dituju.

Tiba je time nak balik, saya berdebar2 lagi. Kak Ayu minta hantar dia ke rumah dia di putrajaya. Saya terpaksa beranikan diri, kuatkan semangat. After hantar Kak Ayu, saya terpaksa menempuh perjalanan seorang diri sampai ke bukit beruntung. Aduhai, jam pula.. Sabar and sabar. Lagi 5 km nak exit bukit beruntung, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Aduh, dah la mata ni rabun, tak boleh bawa kete time hujan. Nak berenti tepi jalan, bahaya pula. So, proceed je la pelan2.

Alhamdulillah, kul 7 tepat saya dah terpacak depan rumah. Syukur pada Allah. Malam tadi, before tidur, saya panjatkan doa kepada Allah banyak2 agar beri saya semangat untuk drive ke Nilai. Allah dah makbulkan doa saya. Lepas ni saya akan lebih bersemangat dan akan sentiasa berhat-hati di jalan raya. Thanks to abang coz bagi sokongan dan semangat.

Thursday, December 16, 2010

Special for Mummy

Nampak sangat takde kerja hari ni. Duk main blog jer.. hehe..

Kali ni saya nak share hasil cross stitch yang sepatutnya saya hadiah kat mak masa balik kampung raya haji hari tu. Tapi tertinggal pulak. Mesti mak gembira nanti..


Kami semua 7 beradik, seibu sebapa. Ada seorang lagi anak ayah dengan first wife dia tetapi tak masuk dlm kami punya geng. See, I'm the youngest.. hehe.. Sedikit pengenalan diri ibubapa, kakak2 dan abang2 saya.

Hussin - lahir tahun 1935 (still sihat walaufiat, Alhamdulillah)
Limah - lahir tahun 1949 (lovely mummy)

Anak-anak mereka:
Hasiah (lahir tahun 1966) - bersuami dan anak 3
Ameran (lahir tahun 1969) - beristeri dan anak 3
Mohamad (lahir tahun 1972) - beristeri dan anak 4
Aidah (lahir tahun 1976) - beristeri dan anak 6 (paling ramai & paling kecoh)
Mohd Asri (lahir tahun 1978) - beristeri dan anak 4
Anita (lahir tahun 1982) - next year kot bersuami.. InsyaAllah
Azlina - saya ler ni..

Kelas Jahitan (Blaus Ketat Zip Belakang)

Seronoknya menjahit ni. Rasa puas hati apabila dapat pakai baju yang dijahit sendiri. Skirt dah, sekarang blaus pula. Kak Ida ajar saya 2 jenis blaus which are blaus ketat zip belakang and blaus longgar butang hadapan. Blaus ketat ni dah 100% siap dan pakai pun sekali. Rasa selesa sangat sebab blaus ni ikut ukuran badan sendiri, compare to yang kita beli kat kedai tu. Cuma, kain yang saya guna untuk jahit blaus ni, kain murah.. huhuhu RM2.50 je semeter. Purposely untuk belajar menjahit ni. Kan beli yang mahal2, tak menjadi, buat rugi je. But now, saya dah ada confident sikit.

Dalam blog ni saya hanya post gambar2 blaus ketat zip belakang jer. Blaus longgar butang depan belum 100% siap, butang belum jahit. Plus saya buat modification sikit, lain dari yang kak ida ajar. saya tambah renda & bahagian tangan saya letak butang gak.. tapi, itu kemudian nyer.. Now, just take a look at my 'blaus ketat zip belakang'.. jeng jeng jeng

Muat-muat but a bit longgar coz tak nak terlalu fit

 Front look! Leher V-shape.

At the back... zip 20 inches

Monday, December 6, 2010

Kelas Jahitan (Skirt)

Dah lama tak update pasal kelas menjahit ni. Awal-awal dulu saya diajar jahitan basic seperti jahit zip, pinggang dan jahit 5 jenis leher. Kemudian, lesson seterusnya adalah menjahit skirt. 2 jenis skirt iaitu skirt A line dan skirt kedut. Ni lah hasil jahitan saya...





Yang atas tu skirt kedut. Rasa macam kelakar pulak. Tak berapa menjadi kedutannya tu. Skirt A line tu ok. Pakai pun rasa selesa. Next lesson, jahit blaus pula. Tunggu hasil kerja saya yang seterusnya..

Friday, December 3, 2010

SEMANIS KURMA - Bahagiakan kahwin muda?

Last night, sambil-sambil potong kain, saya sempat tengok rancangan favourite, Semanis Kurma. Topiknya sangat menarik iaitu pasal kahwin muda. Berdasarkan perbincangan ustaz, ustazah dan panel malam tadi, hampir semuanya membicarakan mengenai hal-hal positif pasal kahwin muda. Betul kata mereka, kahwin muda ni elok untuk elakkan maksiat. Bagi yang masih belajar, jiwa mereka lebih tenang bila berkahwin dan mudah fokus kepada pelajaran. Tambahan pula, sokongan yang diberikan oleh pasangan masing-masing tak ada batasan.

Tapi, saya nampak banyak juga keburukan kahwin muda ni. Berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan jiran-jiran saya di kampung, apa yang saya dapat lihat, kahwin muda ni tak berpanjangan. Semalam saya cuba juga call talian bebas tol Semanis Kurma, nak juga tanya pendapat dan nasihat ustaz dan ustazah. Tapi, line sibuk sangat. Try banyak kali pun, tak boleh masuk lagi.

Antara contoh negatif kahwin muda yang berlaku di depan mata saya:

1. Pasangan ni berkahwin semasa usia suaminya 20 tahun dan isterinya 19 tahun. Kedua-duanya belajar sampai SPM saja. Suaminya bekerja di syarikat yang sama dengan kakaknya (maknanya dapat kerja sebab kakak yang recommend lah). Isteri pula suri rumah. Selepas setahun bekerja, mereka dikurniakan anak. Beberapa tahun lepas tu dapat lagi anak kedua. Memandangkan suami ni tak ada pelajaran tinggi, kerja pun tak tetap. Maklumlah, bila rasa kerja ni gaji sikit, dia tukar syarikat lain yang gaji banyak. Si isteri ni pula duk tengok kawan-kawan dia yang masih seronok hidup membujang. Bercinta pula dengan lelaki berduit. So, isteri ni mula lah terasa rimas dan bosan. Di usia awal 20-an ni, dia tak boleh enjoy macam orang lain. Dia terpaksa duduk di rumah, uruskan suami dan anak-anak. Bila dah bosan, suami pula tak mampu nak bagi dia duit banyak, mula la dia meragam. Last-last, ambil keputusan bercerai. Anak-anak dibahagikan seorang satu. Habis sahaja edah, isteri ni kahwin dengan lelaki lain yang dia kenal masa mereka belum bercerai lagi. Kononnya lelaki ni kawan lama dia. Lepas tu pula, lelaki ni mampu bagi dia kesenangan.. huhuhu..

2. Pasangan ni bercinta dari sekolah menengah, lepas tu sama-sama masuk universiti dan belajar dalam kelas yang sama. Lepas saja habis belajar, mereka terus kahwin. Bila dah berkahwin, masing-masing tak pandai nak pikul tanggungjawab. Disebabkan dah terlalu lama bercinta, mereka dah terbiasa dengan perangai baik buruk masing-masing. So, dah kahwin pun masih lagi berperangai sama. Isteri tak pandai uruskan rumahtangga. Suami pun tak pandai nak didik isteri. Suami dah bosan, dia pergi cari perempuan lain. Maklumlah, dekat 10 tahun duk mengadap perempuan yang sama, bila dapat perempuan baru ni, excitednya lebih la. Disebabkan kedua-duanya tak nak berubah dan membetulkan kesilapan, akhirnya mereka berpisah. Nasib baik tak ada anak. Tapi kalau anak, rasanya tak jadi macam ni kot... entahlah..

So, sebenarnya kahwin muda ni ada baik dan buruknya. Seeloknya sebelum berkahwin, kedua-dua belah keluarga dengan berbincang dulu supaya perjalanan rumahtangga anak yang bakal dibina ni aman dan berkekalan hingga ke akhir nyawa. Seperti kata ustaz dan ustazah malam tadi, kalau nak kahwin muda, pastikan dapat restu ibu bapa dan bersedia untuk hidup susah senang bersama serta pandai pikul tanggungjawab masing-masing. Pendek kata, untuk pasangan yang terasa nak kahwin muda tu, sebelum kahwin fikir dulu. Minta pendapat orang tua yang lebih berpengalaman.

Sunday, November 28, 2010

Ngangkung.. Best..


Sabtu malam, saya dan suami bawa anak saudara suami yang baru datang dari kampung untuk jalan-jalan di KLCC. Last minute plan, saya ajak teman rapat kami, Pokya untuk tengok wayang di KLCC. Mula-mula, Pokya suggest cerita Harry Potter, tapi memandangkan saya tak mengikuti cerita Harry Potter dari awal, jadi saya tak berminat nak tengok walaupun tahu ceritanya mesti best. So, Pokya bagi suggestion kedua which was Ngangkung.

Awalnya, rasa tak confident gak nak tengok cerita ni. Takut tak best sebab biasanya tengok cerita omputih jer kat panggung wayang ni. Tiba-tiba kali ni nak tengok cerita melayu. Bak kata suami, tengok sajalah.. cerita ni sempoi, tak sakit kepala nak fikir. So, saya pun beli la 5 tiket cerita Ngangkung pukul 9.40mlm. 1 lagi untuk housemate Pokya which is Fikri.

Starting cerita ni dah menampakkan ke'best'an dia. Sepanjang cerita, kami gelak memanjang. Lakonan yang hebat daripada Sam, Angah & Azad. Rasanya saya belum pernah tengok lagi cerita seram komedi yang best macam cerita Ngangkung ni. Hantu-hantu dia memang mengerikan. Tapi, lawak-lawak yang mengiringi cerita ni mengurangkan rasa takut saya yang memang penakut ni.

Selain daripada adegan seram dan komedi ni, banyak adegan yang memaparkan nasihat dan pengajaran kepada penonton. Maknanya cerita ni bukan saja untuk kita menjerit dan ketawa tetapi untuk memperingati kita apa yang patut dan tak patut dilakukan.

Antara babak yang paling best ialah:
  • Mengangkung kat perigi buta. Keluar hantu pompuan. Paling best masa hantu tu bagi Tasnim makan biskut.
  • Azlee yang melakonkan watak doktor menasihatkan pasangan kekasih yang nak mengugurkan kandungan. Cara Azlee menakut-nakutkan pompuan tu memang best dan memberi ingatan kepada semua.
  • Hantu menyampuk kata-kata Tasnim dalam kereta.. "alaa, relek la bang.."
  • Paling best - Mazlan as pendita datang ke rumah Tasnim untuk halau hantu. Bukan main lah bersilatnya, last-last ditariknya telinga hantu tu.. huhu
Gelak, gelak juga. Jerit, jerit juga.. Pengajaran atau tauladan yang boleh diambil ialah:
  • Jangan main judi!
  • Jangan ngangkung!
  • Jangan seks luar nikah / gugurkan kandungan
  • Jangan pinjam duit along
  • Jangan merungut kehidupan ni susah atau senang
  • Yang paling penting - Jangan lupakan Allah, sesungguhnya Allah tahu apa yang ditakdirkan untuk hambanya sama ada kebaikan atau keburukan.
To Metrowealth, secara ikhlas, saya bagi filem ni 5 bintang! Setaraf dengan filem seram komedi Hollywood. Tapi lagi bagus sebab ada nilai-nilai agama yang boleh dicontohi. Tahniah to Metrowealth and all the actors / actresses.

Thursday, November 25, 2010

Akhirnya Dia Bertemu Jodohnya

Cerita mengenai seseorang yang rapat dengan saya.

Usianya hampir mencecah 30 tahun tapi dia belum berumahtangga. Dalam keluarganya, hanya tinggal dia seorang yang membujang. Adik beradiknya semua sudah berkeluarga termasuk adiknya.

Dia ni pernah bercinta sejak dari zaman universiti lagi. Kekasihnya seorang ustaz yang saya kenali juga. 5 tahun juga mereka berhubungan. Mereka jarang berjumpa, sekadar bersms dan call saja.

Takdir telah menentukan, mereka tiada jodoh untuk bersama. Ustaz ni meninggal dunia. Sakitnya saya tak pasti. Kalau tak silap, bermula dengan demam biasa saja. Kemudian merebak sehingga arwah koma dan akhirnya kembali ke rahmatullah.

Selepas kekasihnya meninggal dunia, hatinya seolah-olah tertutup untuk menerima lelaki lain. Katanya, susah nak cari orang lain seperti arwah ustaz ni. Tapi, sebagai orang yang rapat dengannya, saya selalu nasihatkan dia supaya jangan tutp hati dia untuk lelaki. Saya juga berdoa semoga Allah buka pintu hatinya dan menemukan dia dengan lelaki yang baik untuk hidup bersama.

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya. Semalam saya dapat sms dari dia mengatakan dia dah jumpa lelaki yang difikirkan sesuai dan insyaAllah, mereka akan bersatu tahun depan. Gembiranya hati saya bila terima perkhabaran ni. Rasa tak sabar pula untuk melihat dia berkahwin dengan lelaki pilihannya ni.

Dengan ikhlas, saya tawarkan khidmat percuma saya untuk buat hantaran bagi pihak dia. Kalau tiada halangan, saya juga nak make upkan dia dia hari bahagianya nanti. Dia setuju.. Syukur pada Allah..

Saya doakan semoga Allah memberkati jodoh mereka dan menganugerahkan kebahagiaan yang berkekalan buat mereka berdua. Amin..

Tuesday, November 23, 2010

Gambar Perut Lembu Korban

Picture taken by my husband..




Subhanallah.. rasa macam tak percaya jer.. Kuasa Allah kan, siapa yang tahu...

Congratulations to A&A

Gambar-gambar bahagia Azanin & Aizat.. (Majlis Akad Nikah @ Bukit Beruntung)



Monday, November 22, 2010

My Best Friend's Wedding

Tanggal 12 November 2010, seorang lagi best friend saya selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hatinya iaitu Azanin & Aizat. Ini bermaksa tinggal sorang saja lagi antara kami yang masih bujang trang tang tang which is Sakina. Huda, coming soon in Dicember.

Saya nak ungkit balik kisah Azanin & Aizat ni.. hehe..

Masa tu saya satu rumah dengan Azanin di Kerteh. Kami sama-sama sedang jalani industrial internship di Petronas. Kebetulan masa tu saya ada boyfriend, si H. Bila Azanin tengok gambar si H ni, dia kata muka si H sama dengan muka seorang budak yang satu group dengan dia masa kelas OB. Budak tu adalah Aizat. Kata Azanin, dia sukakan Aizat tu tapi tak terfikir pula nak couple.

Bila habis practical, masuk balik universiti, Azanin & Aizat ni rancak main sms and chatting. Jumpa? Tak pernah kot. Masing-masing jual mahal. Dalam hati nak, tapi tak nak tunjuk. Time tu la kami (Kina, Auji, Huda & Tini) duk ngusik dia and Aizat.

Tub-tub bila dah habis belajar, time convocation, barulah kami nampak mereka bersama. Rasanya lebih 3 tahun juga mereka bercinta. Akhirnya hubungan mereka menjadi apabila dah selamat menjadi pasangan suami isteri. Tahniah to Azanin & Aizat.

Saya dan Kina sengaja ambik cuti on that Friday semata-mata nak hadir majlis akad nikah mereka di Bukit Beruntung. Terasa sebak pula melihat ayah Azanin mengucapkan sesuatu kepada anak dan menantunya selepas akad nikah dijalankan. Tak sangka ayah Azanin yang nampak garang tu rupanya berjiwa sensitif. Tentu berat hati dia nak lepaskan anak kesayangannya. Tapi, kami semua yakin yang Aizat takkan kecewakan ibu dan ayah Azanin untuk jaga Azanin dengan baik.

On the next day, majlis bersambung di Kelab Shah Alam Selangor. Mereka buat combine wedding, satu majlis sahaja untuk kedua-dua pihak. Senang kan, jimat kos. Entah macam mana pula, hari tu saya boleh demam. Tapi itu bukan penghalang. Majlis kawan baik, mesti kena hadir juga.

Terasa bahagia bila tengok kawan saya ni bahagia. Harap-harap, dapat hadir wedding Huda pula nanti. So, Kina, 11/11/11, jadi ke? Fikri macam on je dengan tarikh tu.. ehehe..

Raya Korban

Rasa sekejab sahaja masa berlalu. Seminggu berada di kampung bukanlah satu tempoh yang lama. Apatah lagi bila terpaksa berulang alik antara 2 rumah (rumah mak/ayah dan rumah mentua). Penat juga tapi seronok memandangkan ramai adik beradik yang balik. Rasa macam sambut hari raya puasa pula.

Hari raya pertama, saya dan suami berada di rumah mentua memandangkan seekor lembu milik abang ipar akan dikorbankan. Adik beradik sebelah suami 7 orang semuanya. Jadi cukuplah untuk seekor lembu. 6 bahagian dijadikan korban dan 1 lagi akikah. Disebabkan ada 1 bahagian yang akikah tu lah yang buat saya letih sangat. Terpaksa jadi tukang masak walaupun tak pandai sangat. Menjadi jugalah masak singgang tulang dan goreng kunyit daging. Masakannya biasa cuma kuantitinya yang banyak. Letih jugalah nak mengacau kuali dan periuk besar.

Ada berita gempar sebenarnya masa proses melapah daging lembu ni. Suami dan anak-anak buahnya bawa perut lembu yang dikorbankan untuk dicuci di sungai. Rumah mentua saya ni berdekatan dengan sungai. Selain menjadi sasaran tempat mandi kami, sungai ni juga memudahkan kerja-kerja membersih daging lembu setiap kali musim raya korban. Semasa sedang mencuci perut lembu ni, anak saudara suami terperasan ada kalimah Allah pada perut lembu tersebut. Saiznya cuma sebesar tapak tangan. Suami sempat ambil gambar. Nanti saya postkan gambar itu ya..

Suami nak bawa balik perut tu nak tunjuk pada kami yang berada di rumah tapi tak sempat. Kalimah Allah tu hilang dengan sendirinya. Sempat juga saya pesan pada suami dan anak-anak buah. Itu petunjuk daripada Allah supaya kita insaf dan bertaubat.. huhu..

Lepas solat zuhur, barulah berpeluang balik ke rumah mak/ayah. Tak jauh sangat, lebih kurang 20 minit perjalanan saja. Bertambah-tambah lah rasa seronok dapat jumpa anak kakak yang saya rindu sgt.. Syazani.. Syazani ni rapat sangat dengan saya. Umur dia baru 7 bulan. Kata kakak, budak kecik ni, dia tahu orang sayangkan dia dan betul betul ikhlas nak pegang dia. Sebab tu Syazani tak kisah duk dengan saya. Seronok dapat mandikan dia, main-main dengan dia..

Malamnya, kami bakar sate. Berpeluh-peluh tapi berbaloi. Licin sate tu, maklumlah keluarga saya besar. Anak-anak buah pula ringan tulang, tolong apa yang patut. Suami saya apa lagi, aktiviti memancing la dengan anak buah yang sulung tu. Sabar je lah..

Sekejabnya rasa. Tak sabar nak tunggu hari raya tahun depan pula. Masa ni lah kami adik beradik nak berkumpul ramai-ramai. Semoga Allah panjangkan usia kami dan permudahkan urusan kami supaya dapat lagi kami berkumpul di tahun depan..

Monday, November 8, 2010

Alhamdulillah.. Pokok Pisang Sudah Besar

Gambar yang diambil pada 1 November 2010



Syukur alhamdulillah.. pokok-pokok ni tumbuh dgn sihat. Kata abang, pokok ni perlukan baja. Ok boss!! balik raya haji nanti kita beli baja.. kasi pokok makin sihat dan besar..

Bila tengok pisang ni dah hampir berjaya, teringin pula nak tambah investment. Tapi dah tak ada tanah..

Monday, November 1, 2010

Kelas Jahitan (2nd day)

Hari sabtu, 30 Okt, hari kedua belajar menjahit. Alhamdulillah, dah pandai jahit zip dan pinggang untuk skirt. Next, belajar buat leher baju pulak. Dah potong kain dah, tinggal nak jahit je. Ada 5 jenis leher baju tak termasuk leher baju kurung tu. Nampak macam susah jugak tapi belum cuba belum tahu kan?

Yang seronoknya belajar kat Lisya Collections ni, cikgu dia iaitu Kak Ida, baik sangat. Dia ajar dengan teliti dan pastikan jahitan saya bukan saja menjadi, tetapi mesti kemas. Lisya Collections ni bukan sahaja kelas belajar menjahit, tetapi juga butik pengantin. Boleh tahan jugak koleksi pelamin dan baju pengantin dia. Pasal harga, saya tak pasti pula, standard price lah kot.

Tak sabar pula nak belajar jahit baju ni...

Sunday, October 31, 2010

Petua Memilih Produk Penjagaan Diri

Pada 25-26 Oct yang lepas, saya telah berpeluang menyertai satu kursus ‘oleochemical’ di Bangi. Kursus ini adalah untuk memperkenalkan keluaran ‘oleochemical’ daripada bahan semulajadi seperti kelapa, kelapa sawit dan lain-lain. ‘Oleochemical ini boleh digunakan sebagai pengganti ‘petrochemical’ yang mana ianya lebih selamat kepada manusia dan persekitaran.

Satu topic yang menarik perhatian saya adalah aplikasi ‘oleochemical’ dalam penghasilan ‘personal care product’ macam sabun mandi, syampu, lotion, cream, moisturizer dan lain-lain. Bahan asas untuk membuat barang-barang ini iaitu ‘basic oleochemical’ akan dicampur dengan ‘additive’ yang juga dari jenis ‘oleochemical’. Setiap ‘additive’ mempunyai fungsi yang tertentu. Antaranya:-

To impart and maintain skin softness and pliability, and in general improve skin’s overall appearance:
  • fatty esters (cetyl palmitate, isopropyl myristate, isopropyl palmitate, octyl palmitate)
  • alkaxylated ethers (PPG-20 cetyl ether, PPG-20 myristyl ether)
  • alkoxylated alcohols (cetearyl alcohol, cetyl alcohol, stearyl alcohol)

Skin conditioning agent that increase the water level and moisture retaining ability of the skin:
  • alcohol (propylene glycol, octyl decanol, polyglycerine compounds)
  • polyol (glycerine, disglycerine)

To prevent moisture evaporation from the skin:
  • oil or wax (castor oil, coconut oil, jojoba oil, jojoba wax, cocoa butter, shea butter)

To remove the outer layer of stratum cornea by scrubbing thus producing a smoother feel to the skin:
  •  loofah, oatmeal, jojoba beads, various seeds

Anti acne:
  •  tee tree oil

So, lepas dah tahu info ni, kalau nak pilih pencuci muka, scrub, cream, lotion atau apa sahaja, boleh lah refer kepada ingredient seperti di atas. Semoga kulit kita terselamat daripada bahan kimia yang merbahaya dan membawa risiko barah.

Selamat mencuba!!!

Friday, October 29, 2010

Pertemuan di KLCC

Pada asalnya, hari ni saya hanya ingin berjumpa dengan Wina di KLCC. Nak bagi dia baju. Sampai je stesen Putra KLCC, tiba-tiba teringat kat kak Nooreen. Terus call dia. Kebetulan dia pun tengah free, so dia nak join sekali.

Masa on the way nak jumpa Wina kat area tengah KLCC tu, terdengar orang menjerit nama saya. Bila toleh ke kanan, nampak Arfah. Ya Allah, tak sangka. Dah 2 tahun lebih tak jumpa dengan dia. Last jumpa masa dia hadir ke wedding saya dulu. Kebetulan dia ada training kat KL hari ni.

Kami pun pergi lepak kat burger king. Wina belanja burger & fries. Tengah borak-borak, kak Nooreen pula datang. Seronok sangat. Puas hati dapat jumpa kawan-kawan yang disayangi dan dirindui ni.

Thursday, October 28, 2010

Penantian~~

Esok, my husband's 29th birthday. Dalam usia yang hampir mencecah 30 tahun ni, dia sepatutnya sudah berada di alam baru iaitu alam bapa. Tapi, Allah belum mengizinkan.

4 Oktober 2010, kali pertama kami menjejakkan kaki ke Putra Medical Centre untuk membuat 'check up' yang sepatutnya. Kami di'refer' kepada Dr. Wan Ratna. Alhamdulillah, dapat doktor perempuan. Dr. Ratna buat 'scanning' pada saya, Alhamdulillah, rahim saya tiada masalah. Then, doktor minta kami datang lagi for next 'check up'.

After balik daripada hospital, husband cakap sesuatu.

"Kawan abang, ada sorang tu, gemuk tak ingat. Jalan pun termengah-mengah. Tapi, anak dah 2. Yang sorang lagi tu, dah la kecik, lg kecik dari abang, kurus pula. Nak angkat barang pun tak larat, tapi wife dia baru je bersalin hari tu. Abang ni, sihat walaufiat, kuat lagi, tapi tak ada anak..."

Huhuhu.. sedih pula apabila mendengar luahan husband ni. Tapi, sebagai isteri, saya tak boleh lah biarkan dia melayan emosi dia tu. Saya just cakap, kena bersabar, Allah sedang menguji kita. Ada lah hikmahnya tu..

Yesterday, 27 Oktober 2010, kami ke Putra Medical Centre lagi. Kali ni, Dr. Ratna ambil sampel darah saya. Dr. Ratna juga bagi ubat hormon untuk saya makan selama 5 hari. Kata Dr. Ratna, jangan tunggu hasil ujian, usaha mesti diteruskan.

Betul kata Dr. Ratna, kami perlu terus berusaha dan bertawakkal. Tak boleh tulis lagi, rasa nak menangis.. =(

Wednesday, October 27, 2010

Kelas Jahitan (1st day)

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga memulakan projek kelas menjahit ni. Setelah setahun lebih saya beli mesin jahit baru sekarang dapat belajar menjahit. Sebelum ini saya hanya belajar jahit biasa biasa saja dengan kakak, setakat nak jahit straight je boleh lah.

Di kelas jahitan yang baru bermula pada 24 Oct hari tu, saya telah belajar 2 benda iaitu jahit zip dan jahit pinggang. Seronok sangat walaupun baru belajar asas. Tak sabar rasanya nak jahit baju siap pulak.

Untuk kelas jahitan ni, saya akan belajar menjahit pakai wanita sahaja seperti baju kurung, kebaya, blaus, baju tidur dan seangkatan dengannya.  Harap-harap lepas dah habis kelas ni, nak sambung kelas jahit pakaian lelaki pula. Lepas tu, nak belajar sulaman pula.. Mesti best!

All the best Azlina!!!

Thank you to my lovely husband yang izinkan saya ke kelas every saturday and sunday!!

Friday, October 22, 2010

Cross Stitch (1)

Hari ini, saya balik lambat sebab teksi yang datang jemput lambat. So, sementara tunggu waktu balik pukul 6.30, saya nak share cross stitch yang saya buat.

Sebenarnya, aktiviti membuat cross stitch bermula semasa saya sedang menjalani latihan praktikal di 'oil and gas company' pada tahun 2005. Pada masa itu, saya perlukan sesuatu berbentuk cenderahati untuk diberikan kepada superiors di syarikat tersebut ('department' berkenaan sajalah). Memandangkan keadaan kewangan yang tidak menggalakan, saya membuat keputusan untuk membuat cross stitch sahaja dan memberikannya kepada setiap orang di 'department' tersebut. Alhamdulillah, mereka semua menyukai hasil kerja tangan saya.

Mulai daripada saat itu, saya sering membuat cross stitch untuk dihadiahkan kepada kawan sempena hari lahir dan perkahwinan. Bukan sahaja dapat menjimatkan kos, tetapi hadiah sebegini lebih dihargai kerana hasil buatan sendiri khas untuk teman-teman istimewa.

Sebelum berkahwin, saya juga ada membuat cross stitch ini untuk dilekatkan pada dinding rumah kami. Hasilnya....


Cantik tak???

Cross stitch yang saya buat sebagai hadiah kepada kawan-kawan tidak dapat dipamerkan kerana P&C..  Kalau ada kawan yang berminat untuk menempah, saya alu-alukan. Bermacam-macam 'design' yang ada boleh dibuat seperti 'flowers, cartoons, alphabets, fruits' dan macam-macam lagi. Harga bergantung pada saiz kain dan bilangan benang yang digunakan.




















Gambar Terbaru Kebun Pisang

Inilah gambar terbaru kebun pisang yang diambil pada 21 Oktober 2010.




Rumput telah diracun dan kelihatan telah bertukar ke warna kuning. Menunggu masa untuk mati dah kawasan akan kembali 'clear'.

Thanks to my brother for taking care of my 'kebun pisang'.


Kesan Minum Ais

       

Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.  

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.  

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.   Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.   Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa, Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.   Marilah kita berwaspada dan berhati-hati, Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup.

- Credit to i-buletin 


Tuesday, October 19, 2010

Penanaman Pisang

Sebagai seorang insan yang datang dari kampung, saya tidak dapat menyekat diri saya daripada melakukan aktiviti lazim masyarakat kampung. Selain daripada minat yang mendalam, saya juga ingin mencari jalan untuk menambah pendapatan. Pada masa yang sama, saya ingin menolong keluarga di kampung menambah pendapatan mereka juga.

Bermula bulan April 2010, saya bersama abang yang berada di Kelantan bersepakat untuk menjalankan projek penanaman pisang. Pada awalnya, saya ingin membuat tanaman cendawan. Tetapi, atas nasihat keluarga dan juga mertua, saya beralih kepada tanaman pisang.

Memandangkan saya berada di ibu kota, saya telah memberi amanah kepada abang saya untuk menguruskan projek tersebut di tanah miliknya di Kelantan. Alhamdulillah, kini, projek kami berjalan lancar dan InsyaAllah, awal tahun depan, kami akan mendapat hasil pertamanya.


 24 April 2010 - Proses meratakan tanah seluas lebih kurang 1 ekar.

 4 Jun 2010 - Tanah yang sudah 'clear'

 26 Jun 2010 - Anak pisang (sengaja ditanam dalam keadaan serong bagi memudahkan pembesaran pokok)

25 Julai 2010 - Anak pisang mulai tumbuh. Kawasan agak berumput kerana belum diracun.

Saya sedang mendapatkan gambar terbaru daripada abang saya dan akan di'upload' kemudian.

Kepada sesiapa yang membaca 'post' ini dan mempunyai pengalaman dalam penanaman pisang, saya alu-alukan pandangan dan nasihat anda.

Terima kasih.

BAJET 2011

APA YANG MENARIK DALAM BAJET 2011?

Pada 15 Oktober 2010, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib telah membentangkan bajet tahun 2011 dengan tema “TRANSFORMASI KE ARAH NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI”.

Antara intipati bajet 2011 yang menarik perhatian saya adalah:-

  1. Perlaksanaan MRT di Lembah Klang menjelang tahun 2020 – lambat lagi tapi harapan saya agar kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dengan perlaksanaan MRT ini. Lebih elok jika perkhidmatan ini diluaskan ke kawasan lain sebagai alternatif kepada kemudahan sedia ada.
  2. Pembinaan menara 100 tingkat (Warisan Merdeka) oleh PNB – semoga dapat meningkatkan industri pelancongan dalam negara.  Jangan dilupa kepada warganegara Malaysia yang masih hidup dalam serba kekurangan.
  3. Program Latihan 1Malaysia – saya pun berminat nak turut serta dalam kursus menjahit dan ‘baking’. Bolehlah tambah pendapatan sedia ada.
  4. Pengurangan bilangan pekerja asing – majikan perlu lebih peka tentang nasib warga tempatan yang menganggur. Tawaran gaji yang bersesuaian pasti akan menarik lebih ramai warga tempatan untuk mengantikan pekerja asing di semua sector terutama sector perindustrian (dan juga pembantu rumah).
  5. Meneruskan rebat bayaran bil elektrik di bawah RM20 – terima kasih PM kerana prihatin kepada golongan yang berpendapatan rendah.
  6. Kemudahan Klinik 1Malaysia – lebih elok sekiranya klinik tersebut mempunyai sekurang-kurang seorang doktor yang bertugas pada hari bekerja. Dengan ini, sijil sakit dapat dikeluarkan kepada pesakit yang memerlukannya.

Alhamdulillah, PM kita prihatin dengan rakyat. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diberi penambahbaikan. PM kita tidak dapat memenuhi kehendak semua rakyat sekali gus, jadi bersyukurlah seadanya. Semoga bajet tahun 2011 ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Saturday, October 16, 2010

Salam Pembuka Bicara

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk menjadi ‘active blogger’, akhirnya hari ini (16/10/2010), saya nekad untuk memulakan blog saya. Objektif saya hanya satu iaitu perkongsian. Segala maklumat, berita terkini, isu semasa, ilmu pengetahuan dan kemahiran ingin saya kongsikan dengan teman-teman di samping turut sama menimba ilmu.

Teman-teman yang sudi melayari blog ini, dialu-alukan untuk memberi komen atau pendangan atau apa saja bentuk maklumat untuk dikongsi bersama. Semoga kita sama-sama dapat menambah ilmu pengetahuan ke arah kemajuan agama, bangsa dan Negara.

Sekian, Wassalam.

Salam perkenalan,
Azlina Hussin