Sunday, October 31, 2010

Petua Memilih Produk Penjagaan Diri

Pada 25-26 Oct yang lepas, saya telah berpeluang menyertai satu kursus ‘oleochemical’ di Bangi. Kursus ini adalah untuk memperkenalkan keluaran ‘oleochemical’ daripada bahan semulajadi seperti kelapa, kelapa sawit dan lain-lain. ‘Oleochemical ini boleh digunakan sebagai pengganti ‘petrochemical’ yang mana ianya lebih selamat kepada manusia dan persekitaran.

Satu topic yang menarik perhatian saya adalah aplikasi ‘oleochemical’ dalam penghasilan ‘personal care product’ macam sabun mandi, syampu, lotion, cream, moisturizer dan lain-lain. Bahan asas untuk membuat barang-barang ini iaitu ‘basic oleochemical’ akan dicampur dengan ‘additive’ yang juga dari jenis ‘oleochemical’. Setiap ‘additive’ mempunyai fungsi yang tertentu. Antaranya:-

To impart and maintain skin softness and pliability, and in general improve skin’s overall appearance:
  • fatty esters (cetyl palmitate, isopropyl myristate, isopropyl palmitate, octyl palmitate)
  • alkaxylated ethers (PPG-20 cetyl ether, PPG-20 myristyl ether)
  • alkoxylated alcohols (cetearyl alcohol, cetyl alcohol, stearyl alcohol)

Skin conditioning agent that increase the water level and moisture retaining ability of the skin:
  • alcohol (propylene glycol, octyl decanol, polyglycerine compounds)
  • polyol (glycerine, disglycerine)

To prevent moisture evaporation from the skin:
  • oil or wax (castor oil, coconut oil, jojoba oil, jojoba wax, cocoa butter, shea butter)

To remove the outer layer of stratum cornea by scrubbing thus producing a smoother feel to the skin:
  •  loofah, oatmeal, jojoba beads, various seeds

Anti acne:
  •  tee tree oil

So, lepas dah tahu info ni, kalau nak pilih pencuci muka, scrub, cream, lotion atau apa sahaja, boleh lah refer kepada ingredient seperti di atas. Semoga kulit kita terselamat daripada bahan kimia yang merbahaya dan membawa risiko barah.

Selamat mencuba!!!

Friday, October 29, 2010

Pertemuan di KLCC

Pada asalnya, hari ni saya hanya ingin berjumpa dengan Wina di KLCC. Nak bagi dia baju. Sampai je stesen Putra KLCC, tiba-tiba teringat kat kak Nooreen. Terus call dia. Kebetulan dia pun tengah free, so dia nak join sekali.

Masa on the way nak jumpa Wina kat area tengah KLCC tu, terdengar orang menjerit nama saya. Bila toleh ke kanan, nampak Arfah. Ya Allah, tak sangka. Dah 2 tahun lebih tak jumpa dengan dia. Last jumpa masa dia hadir ke wedding saya dulu. Kebetulan dia ada training kat KL hari ni.

Kami pun pergi lepak kat burger king. Wina belanja burger & fries. Tengah borak-borak, kak Nooreen pula datang. Seronok sangat. Puas hati dapat jumpa kawan-kawan yang disayangi dan dirindui ni.

Thursday, October 28, 2010

Penantian~~

Esok, my husband's 29th birthday. Dalam usia yang hampir mencecah 30 tahun ni, dia sepatutnya sudah berada di alam baru iaitu alam bapa. Tapi, Allah belum mengizinkan.

4 Oktober 2010, kali pertama kami menjejakkan kaki ke Putra Medical Centre untuk membuat 'check up' yang sepatutnya. Kami di'refer' kepada Dr. Wan Ratna. Alhamdulillah, dapat doktor perempuan. Dr. Ratna buat 'scanning' pada saya, Alhamdulillah, rahim saya tiada masalah. Then, doktor minta kami datang lagi for next 'check up'.

After balik daripada hospital, husband cakap sesuatu.

"Kawan abang, ada sorang tu, gemuk tak ingat. Jalan pun termengah-mengah. Tapi, anak dah 2. Yang sorang lagi tu, dah la kecik, lg kecik dari abang, kurus pula. Nak angkat barang pun tak larat, tapi wife dia baru je bersalin hari tu. Abang ni, sihat walaufiat, kuat lagi, tapi tak ada anak..."

Huhuhu.. sedih pula apabila mendengar luahan husband ni. Tapi, sebagai isteri, saya tak boleh lah biarkan dia melayan emosi dia tu. Saya just cakap, kena bersabar, Allah sedang menguji kita. Ada lah hikmahnya tu..

Yesterday, 27 Oktober 2010, kami ke Putra Medical Centre lagi. Kali ni, Dr. Ratna ambil sampel darah saya. Dr. Ratna juga bagi ubat hormon untuk saya makan selama 5 hari. Kata Dr. Ratna, jangan tunggu hasil ujian, usaha mesti diteruskan.

Betul kata Dr. Ratna, kami perlu terus berusaha dan bertawakkal. Tak boleh tulis lagi, rasa nak menangis.. =(

Wednesday, October 27, 2010

Kelas Jahitan (1st day)

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga memulakan projek kelas menjahit ni. Setelah setahun lebih saya beli mesin jahit baru sekarang dapat belajar menjahit. Sebelum ini saya hanya belajar jahit biasa biasa saja dengan kakak, setakat nak jahit straight je boleh lah.

Di kelas jahitan yang baru bermula pada 24 Oct hari tu, saya telah belajar 2 benda iaitu jahit zip dan jahit pinggang. Seronok sangat walaupun baru belajar asas. Tak sabar rasanya nak jahit baju siap pulak.

Untuk kelas jahitan ni, saya akan belajar menjahit pakai wanita sahaja seperti baju kurung, kebaya, blaus, baju tidur dan seangkatan dengannya.  Harap-harap lepas dah habis kelas ni, nak sambung kelas jahit pakaian lelaki pula. Lepas tu, nak belajar sulaman pula.. Mesti best!

All the best Azlina!!!

Thank you to my lovely husband yang izinkan saya ke kelas every saturday and sunday!!

Friday, October 22, 2010

Cross Stitch (1)

Hari ini, saya balik lambat sebab teksi yang datang jemput lambat. So, sementara tunggu waktu balik pukul 6.30, saya nak share cross stitch yang saya buat.

Sebenarnya, aktiviti membuat cross stitch bermula semasa saya sedang menjalani latihan praktikal di 'oil and gas company' pada tahun 2005. Pada masa itu, saya perlukan sesuatu berbentuk cenderahati untuk diberikan kepada superiors di syarikat tersebut ('department' berkenaan sajalah). Memandangkan keadaan kewangan yang tidak menggalakan, saya membuat keputusan untuk membuat cross stitch sahaja dan memberikannya kepada setiap orang di 'department' tersebut. Alhamdulillah, mereka semua menyukai hasil kerja tangan saya.

Mulai daripada saat itu, saya sering membuat cross stitch untuk dihadiahkan kepada kawan sempena hari lahir dan perkahwinan. Bukan sahaja dapat menjimatkan kos, tetapi hadiah sebegini lebih dihargai kerana hasil buatan sendiri khas untuk teman-teman istimewa.

Sebelum berkahwin, saya juga ada membuat cross stitch ini untuk dilekatkan pada dinding rumah kami. Hasilnya....


Cantik tak???

Cross stitch yang saya buat sebagai hadiah kepada kawan-kawan tidak dapat dipamerkan kerana P&C..  Kalau ada kawan yang berminat untuk menempah, saya alu-alukan. Bermacam-macam 'design' yang ada boleh dibuat seperti 'flowers, cartoons, alphabets, fruits' dan macam-macam lagi. Harga bergantung pada saiz kain dan bilangan benang yang digunakan.




















Gambar Terbaru Kebun Pisang

Inilah gambar terbaru kebun pisang yang diambil pada 21 Oktober 2010.




Rumput telah diracun dan kelihatan telah bertukar ke warna kuning. Menunggu masa untuk mati dah kawasan akan kembali 'clear'.

Thanks to my brother for taking care of my 'kebun pisang'.


Kesan Minum Ais

       

Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.  

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.  

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.   Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.   Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa, Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.   Marilah kita berwaspada dan berhati-hati, Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup.

- Credit to i-buletin 


Tuesday, October 19, 2010

Penanaman Pisang

Sebagai seorang insan yang datang dari kampung, saya tidak dapat menyekat diri saya daripada melakukan aktiviti lazim masyarakat kampung. Selain daripada minat yang mendalam, saya juga ingin mencari jalan untuk menambah pendapatan. Pada masa yang sama, saya ingin menolong keluarga di kampung menambah pendapatan mereka juga.

Bermula bulan April 2010, saya bersama abang yang berada di Kelantan bersepakat untuk menjalankan projek penanaman pisang. Pada awalnya, saya ingin membuat tanaman cendawan. Tetapi, atas nasihat keluarga dan juga mertua, saya beralih kepada tanaman pisang.

Memandangkan saya berada di ibu kota, saya telah memberi amanah kepada abang saya untuk menguruskan projek tersebut di tanah miliknya di Kelantan. Alhamdulillah, kini, projek kami berjalan lancar dan InsyaAllah, awal tahun depan, kami akan mendapat hasil pertamanya.


 24 April 2010 - Proses meratakan tanah seluas lebih kurang 1 ekar.

 4 Jun 2010 - Tanah yang sudah 'clear'

 26 Jun 2010 - Anak pisang (sengaja ditanam dalam keadaan serong bagi memudahkan pembesaran pokok)

25 Julai 2010 - Anak pisang mulai tumbuh. Kawasan agak berumput kerana belum diracun.

Saya sedang mendapatkan gambar terbaru daripada abang saya dan akan di'upload' kemudian.

Kepada sesiapa yang membaca 'post' ini dan mempunyai pengalaman dalam penanaman pisang, saya alu-alukan pandangan dan nasihat anda.

Terima kasih.

BAJET 2011

APA YANG MENARIK DALAM BAJET 2011?

Pada 15 Oktober 2010, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib telah membentangkan bajet tahun 2011 dengan tema “TRANSFORMASI KE ARAH NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI”.

Antara intipati bajet 2011 yang menarik perhatian saya adalah:-

  1. Perlaksanaan MRT di Lembah Klang menjelang tahun 2020 – lambat lagi tapi harapan saya agar kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dengan perlaksanaan MRT ini. Lebih elok jika perkhidmatan ini diluaskan ke kawasan lain sebagai alternatif kepada kemudahan sedia ada.
  2. Pembinaan menara 100 tingkat (Warisan Merdeka) oleh PNB – semoga dapat meningkatkan industri pelancongan dalam negara.  Jangan dilupa kepada warganegara Malaysia yang masih hidup dalam serba kekurangan.
  3. Program Latihan 1Malaysia – saya pun berminat nak turut serta dalam kursus menjahit dan ‘baking’. Bolehlah tambah pendapatan sedia ada.
  4. Pengurangan bilangan pekerja asing – majikan perlu lebih peka tentang nasib warga tempatan yang menganggur. Tawaran gaji yang bersesuaian pasti akan menarik lebih ramai warga tempatan untuk mengantikan pekerja asing di semua sector terutama sector perindustrian (dan juga pembantu rumah).
  5. Meneruskan rebat bayaran bil elektrik di bawah RM20 – terima kasih PM kerana prihatin kepada golongan yang berpendapatan rendah.
  6. Kemudahan Klinik 1Malaysia – lebih elok sekiranya klinik tersebut mempunyai sekurang-kurang seorang doktor yang bertugas pada hari bekerja. Dengan ini, sijil sakit dapat dikeluarkan kepada pesakit yang memerlukannya.

Alhamdulillah, PM kita prihatin dengan rakyat. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diberi penambahbaikan. PM kita tidak dapat memenuhi kehendak semua rakyat sekali gus, jadi bersyukurlah seadanya. Semoga bajet tahun 2011 ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Saturday, October 16, 2010

Salam Pembuka Bicara

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk menjadi ‘active blogger’, akhirnya hari ini (16/10/2010), saya nekad untuk memulakan blog saya. Objektif saya hanya satu iaitu perkongsian. Segala maklumat, berita terkini, isu semasa, ilmu pengetahuan dan kemahiran ingin saya kongsikan dengan teman-teman di samping turut sama menimba ilmu.

Teman-teman yang sudi melayari blog ini, dialu-alukan untuk memberi komen atau pendangan atau apa saja bentuk maklumat untuk dikongsi bersama. Semoga kita sama-sama dapat menambah ilmu pengetahuan ke arah kemajuan agama, bangsa dan Negara.

Sekian, Wassalam.

Salam perkenalan,
Azlina Hussin