Tuesday, October 19, 2010

BAJET 2011

APA YANG MENARIK DALAM BAJET 2011?

Pada 15 Oktober 2010, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib telah membentangkan bajet tahun 2011 dengan tema “TRANSFORMASI KE ARAH NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI”.

Antara intipati bajet 2011 yang menarik perhatian saya adalah:-

  1. Perlaksanaan MRT di Lembah Klang menjelang tahun 2020 – lambat lagi tapi harapan saya agar kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dengan perlaksanaan MRT ini. Lebih elok jika perkhidmatan ini diluaskan ke kawasan lain sebagai alternatif kepada kemudahan sedia ada.
  2. Pembinaan menara 100 tingkat (Warisan Merdeka) oleh PNB – semoga dapat meningkatkan industri pelancongan dalam negara.  Jangan dilupa kepada warganegara Malaysia yang masih hidup dalam serba kekurangan.
  3. Program Latihan 1Malaysia – saya pun berminat nak turut serta dalam kursus menjahit dan ‘baking’. Bolehlah tambah pendapatan sedia ada.
  4. Pengurangan bilangan pekerja asing – majikan perlu lebih peka tentang nasib warga tempatan yang menganggur. Tawaran gaji yang bersesuaian pasti akan menarik lebih ramai warga tempatan untuk mengantikan pekerja asing di semua sector terutama sector perindustrian (dan juga pembantu rumah).
  5. Meneruskan rebat bayaran bil elektrik di bawah RM20 – terima kasih PM kerana prihatin kepada golongan yang berpendapatan rendah.
  6. Kemudahan Klinik 1Malaysia – lebih elok sekiranya klinik tersebut mempunyai sekurang-kurang seorang doktor yang bertugas pada hari bekerja. Dengan ini, sijil sakit dapat dikeluarkan kepada pesakit yang memerlukannya.

Alhamdulillah, PM kita prihatin dengan rakyat. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diberi penambahbaikan. PM kita tidak dapat memenuhi kehendak semua rakyat sekali gus, jadi bersyukurlah seadanya. Semoga bajet tahun 2011 ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

No comments:

Post a Comment