Tuesday, October 19, 2010

Penanaman Pisang

Sebagai seorang insan yang datang dari kampung, saya tidak dapat menyekat diri saya daripada melakukan aktiviti lazim masyarakat kampung. Selain daripada minat yang mendalam, saya juga ingin mencari jalan untuk menambah pendapatan. Pada masa yang sama, saya ingin menolong keluarga di kampung menambah pendapatan mereka juga.

Bermula bulan April 2010, saya bersama abang yang berada di Kelantan bersepakat untuk menjalankan projek penanaman pisang. Pada awalnya, saya ingin membuat tanaman cendawan. Tetapi, atas nasihat keluarga dan juga mertua, saya beralih kepada tanaman pisang.

Memandangkan saya berada di ibu kota, saya telah memberi amanah kepada abang saya untuk menguruskan projek tersebut di tanah miliknya di Kelantan. Alhamdulillah, kini, projek kami berjalan lancar dan InsyaAllah, awal tahun depan, kami akan mendapat hasil pertamanya.


 24 April 2010 - Proses meratakan tanah seluas lebih kurang 1 ekar.

 4 Jun 2010 - Tanah yang sudah 'clear'

 26 Jun 2010 - Anak pisang (sengaja ditanam dalam keadaan serong bagi memudahkan pembesaran pokok)

25 Julai 2010 - Anak pisang mulai tumbuh. Kawasan agak berumput kerana belum diracun.

Saya sedang mendapatkan gambar terbaru daripada abang saya dan akan di'upload' kemudian.

Kepada sesiapa yang membaca 'post' ini dan mempunyai pengalaman dalam penanaman pisang, saya alu-alukan pandangan dan nasihat anda.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment