Thursday, November 25, 2010

Akhirnya Dia Bertemu Jodohnya

Cerita mengenai seseorang yang rapat dengan saya.

Usianya hampir mencecah 30 tahun tapi dia belum berumahtangga. Dalam keluarganya, hanya tinggal dia seorang yang membujang. Adik beradiknya semua sudah berkeluarga termasuk adiknya.

Dia ni pernah bercinta sejak dari zaman universiti lagi. Kekasihnya seorang ustaz yang saya kenali juga. 5 tahun juga mereka berhubungan. Mereka jarang berjumpa, sekadar bersms dan call saja.

Takdir telah menentukan, mereka tiada jodoh untuk bersama. Ustaz ni meninggal dunia. Sakitnya saya tak pasti. Kalau tak silap, bermula dengan demam biasa saja. Kemudian merebak sehingga arwah koma dan akhirnya kembali ke rahmatullah.

Selepas kekasihnya meninggal dunia, hatinya seolah-olah tertutup untuk menerima lelaki lain. Katanya, susah nak cari orang lain seperti arwah ustaz ni. Tapi, sebagai orang yang rapat dengannya, saya selalu nasihatkan dia supaya jangan tutp hati dia untuk lelaki. Saya juga berdoa semoga Allah buka pintu hatinya dan menemukan dia dengan lelaki yang baik untuk hidup bersama.

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya. Semalam saya dapat sms dari dia mengatakan dia dah jumpa lelaki yang difikirkan sesuai dan insyaAllah, mereka akan bersatu tahun depan. Gembiranya hati saya bila terima perkhabaran ni. Rasa tak sabar pula untuk melihat dia berkahwin dengan lelaki pilihannya ni.

Dengan ikhlas, saya tawarkan khidmat percuma saya untuk buat hantaran bagi pihak dia. Kalau tiada halangan, saya juga nak make upkan dia dia hari bahagianya nanti. Dia setuju.. Syukur pada Allah..

Saya doakan semoga Allah memberkati jodoh mereka dan menganugerahkan kebahagiaan yang berkekalan buat mereka berdua. Amin..

No comments:

Post a Comment