Monday, November 22, 2010

Raya Korban

Rasa sekejab sahaja masa berlalu. Seminggu berada di kampung bukanlah satu tempoh yang lama. Apatah lagi bila terpaksa berulang alik antara 2 rumah (rumah mak/ayah dan rumah mentua). Penat juga tapi seronok memandangkan ramai adik beradik yang balik. Rasa macam sambut hari raya puasa pula.

Hari raya pertama, saya dan suami berada di rumah mentua memandangkan seekor lembu milik abang ipar akan dikorbankan. Adik beradik sebelah suami 7 orang semuanya. Jadi cukuplah untuk seekor lembu. 6 bahagian dijadikan korban dan 1 lagi akikah. Disebabkan ada 1 bahagian yang akikah tu lah yang buat saya letih sangat. Terpaksa jadi tukang masak walaupun tak pandai sangat. Menjadi jugalah masak singgang tulang dan goreng kunyit daging. Masakannya biasa cuma kuantitinya yang banyak. Letih jugalah nak mengacau kuali dan periuk besar.

Ada berita gempar sebenarnya masa proses melapah daging lembu ni. Suami dan anak-anak buahnya bawa perut lembu yang dikorbankan untuk dicuci di sungai. Rumah mentua saya ni berdekatan dengan sungai. Selain menjadi sasaran tempat mandi kami, sungai ni juga memudahkan kerja-kerja membersih daging lembu setiap kali musim raya korban. Semasa sedang mencuci perut lembu ni, anak saudara suami terperasan ada kalimah Allah pada perut lembu tersebut. Saiznya cuma sebesar tapak tangan. Suami sempat ambil gambar. Nanti saya postkan gambar itu ya..

Suami nak bawa balik perut tu nak tunjuk pada kami yang berada di rumah tapi tak sempat. Kalimah Allah tu hilang dengan sendirinya. Sempat juga saya pesan pada suami dan anak-anak buah. Itu petunjuk daripada Allah supaya kita insaf dan bertaubat.. huhu..

Lepas solat zuhur, barulah berpeluang balik ke rumah mak/ayah. Tak jauh sangat, lebih kurang 20 minit perjalanan saja. Bertambah-tambah lah rasa seronok dapat jumpa anak kakak yang saya rindu sgt.. Syazani.. Syazani ni rapat sangat dengan saya. Umur dia baru 7 bulan. Kata kakak, budak kecik ni, dia tahu orang sayangkan dia dan betul betul ikhlas nak pegang dia. Sebab tu Syazani tak kisah duk dengan saya. Seronok dapat mandikan dia, main-main dengan dia..

Malamnya, kami bakar sate. Berpeluh-peluh tapi berbaloi. Licin sate tu, maklumlah keluarga saya besar. Anak-anak buah pula ringan tulang, tolong apa yang patut. Suami saya apa lagi, aktiviti memancing la dengan anak buah yang sulung tu. Sabar je lah..

Sekejabnya rasa. Tak sabar nak tunggu hari raya tahun depan pula. Masa ni lah kami adik beradik nak berkumpul ramai-ramai. Semoga Allah panjangkan usia kami dan permudahkan urusan kami supaya dapat lagi kami berkumpul di tahun depan..

No comments:

Post a Comment