Friday, December 31, 2010

Hanya RM25 Sekotak

HARUMAN ADAM
Ibn Sina (by Desire Red)
Ibn Khaldun (by Energize)
Ibn Rusyd (by Starwalker)
Ibn Taimiyyah (by Contradiction)

HARUMAN HAWA
Balqis (by Miracle)
Sumaiyah (by P. Hilton)
Adawiyah (by YSL)
Asiah (by Still)

HARUMAN YUSOF & ZULAIKHA
Ar-Razi (by Cool Water)
Al-Ghazali (by Desire Blue)
Mashitah (by Escape)
Maryam (by Tommy Girl)

Kelebihan:
- Pati Minyak wangi tanpa campuran alkohol
- Sesuai digunakan ketika solat
- Botol Roll On yang mudah dibawa
- Tahan sepanjang hari
- Bauan yang terkenal tanpa berbelanja ratusan ringgit

Saiz botol: 4ml
Harga Sekotak: RM25.00
 
Untuk pembelian, sila hubungi saya melalui email azlina.hussin@yahoo.com / suami saya mohdyusof.chemat@yahoo.com.

Bayaran pos RM5. 
Bayaran pos percuma bagi pembelian 3 kotak ke atas.

Thursday, December 30, 2010

Gambar Terbaru Pokok Pisang


Lamanya tak update pasal pokok pisang ni. Sedar tak sedar dah besar rupanya pokok ni.. hai, tak sabar nk tengok hasilnya. Tengoklah tu, rajin betul abg saya uruskan kebun kami ni. Alhamdulillah, usaha kami sudah menghampiri kejayaan. 

Kat bawah ni gambar pokok yang bermasalah. Mungkin tak cukup baja. Abg cakap ada 70 pokok yang macam ni. Risau jugak. Harap2 masalah ni tak berlarutan.

Piala AFF Suzuki

Tahniah buat team Harimau Malaya di atas kemenangan malam tadi. Tahniah juga buat Rajagopal. Dan terima kasih YB PM kerana bagi cuti esok.. yeay~~

Tuesday, December 28, 2010

Antara Garisan


Baru lepas layan cerita Antara Garisan. Memandangkan saya tak pasang astro kat rumah, terpaksa la layan cerita ni melalui youtube. Tak tahu pun kewujudan cerita ni until ia menang anugerah skrin hari tu. Sekarang baru saya tahu kenapa cerita ni menang banyak anugerah termasuk drama terbaik 2010.
Saya tak nak perkatakan mengenai kehebatan para pelakon drama ni. Sudah terbukti, lakonan Noorkhiriah dan lain-lain memang mantap dan memberi kesan. Mengenai kisah yang dipaparkan dalam drama ni.

Di awal cerita, saya membayangkan kealiman dan keindahan budi ustaz Arman. Saya juga memandang serong terhadap imam masjid (lakonan zaibo) yang ditonjolkan sebagai seorang imam yang gagal menjalankan tanggungjawab. Tetapi, rupanya apa yang berlaku adalah yang sebaliknya.

Saya setuju dengan pengolahan cerita ni. Betul, kita sebagai manusia tiada hak untuk mempersoalkan dosa, pahala orang lain. Apatah lagi menjatuhkan hukuman di atas kesalahan orang lain. Saya ingatkan ustaz Arman akan memimpin Ayu ke jalan yang benar. Tetapi rupanya ustaz Arman yang terpesong ke jalan yang salah. Tak sangka pula watak Hattan tu sebenarnya watak jahat yang menyamar menjadi baik. Inilah yang dikatakan syaitan bertopengkan manusia.

Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa. Ilmu yang dianugerahkan kepada manusia bukanlah untuk bermegah2 sebaliknya ilmu itu perlu digunakan untuk membimbing orang lain. Berjihad ke jalan Allah bukanlah dengan kekerasan dan menghukum orang yang melakukan kemungkaran. Sebaliknya jihad yang sebenar adalah mengubah orang yang mungkar itu menjadi orang yang beriman. Kuasa Allah yang maha penyayang. Sejahat-jahat mana pun manusia itu, dia tetap berhak untuk mendapat pengampunan Allah. Dan sebaik-baik manusia itu, tidak bermakna dia terhindar dari melakukan sebarang kemungkaran. Syaitan ada di mana-mana sahaja untuk menyesatkan manusia. Oleh itu, kita tidak boleh leka dan megah dengan kebaikan yang telah dilakukan.

Saya tak sangka, cerita ni berakhir dengan maksiat yang dilakukan oleh ustaz dan Wida. Tatkala Ayu sedang berjihad untuk mendekati Allah dan memohon taubat, ustaz dan Wida hanyut dalam permainan syaitan.

Kepada teman2 yang belum tonton cerita ni, boleh tonton di Malay Movie. Semoga kita akan mendapat pengajaran dan iktibar daripada cerita ni. Tahniah kepada semua krew dan pelakoan Antara Garisan. You all did a good job. Keep it up!

Thursday, December 23, 2010

Ukuran Saiz Baju

Setelah sekian lama mencari, barulah saya jumpa. Ukuran di bawah ni akan saya gunakan untuk menjahit baju-baju untuk dijual nanti. Untuk pengetahuan sahabat dan teman semua, saya dan kawan baik saya merancang untuk mengambil tempahan baju (pelbagai jenis baju lelaki dan wanita) bermula tahun hadapan. Kawan saya ni dah expert menjahit. Next year, dia berhajat nak menjahit secara full time. So, saya akan jadi back up sajalah. Harap-harap project kami ni menjadi dan mendapat sambutan.

<><>
</></><><></></>
XS
S
M
L
XL
XXL
Bahu
14
15
16
17
19
20
Dada
17
18
20
21
25
25
Labuh Baju
38
39
40
41
42
42
Pinggang
24
26
28
30
32
34
Labuh Kain
38
39
40
41
42
42


Mengenai harga, kami belum finalize lagi. Semuanya masih dalam perancangan. Kali ini biar saya pamerkan dulu ukuran untuk dijadikan panduan nanti. Tentang harga, tak perlu risau, sebab harga yang akan kami putuskan nanti adalah murah dan berpatutan. Diskaun istimewa akan diberikan kepada pelanggan terawal.. InsyaAllah..

Antara baju yang ditawarkan adalah:
- Baju kurung / kurung kedah / kurung pesak gantung / kurung moden / kebaya
- Baju melayu johor / cekak musang / raihan
- Blaus dan skirt
- Jubah

Monday, December 20, 2010

First Time...

Penatnyer.. hampir 2 tahun ada kereta sendiri, baru sekarang saya dengan beraninya drive ke Nilai semata-mata kerana kerja... huhu.. Malam tadi macam tak dapat tidur gak la, asyik pikir macam mana lah nak drive sorang2 time balik nanti. Rasa takut, bimbang, macam-macam lah. Maklumlah, lebuhraya PLUS ni terlalu byk accident. Fobia jugak la sedikit sebanyak coz selalu nampak accident time pergi or balik kerja.

Nasib baik ada Alin (teman sekerja) yang sudi temankan saya dari tol bukit beruntung ke KL sentral. Laju jugak saya bawa. Before pukul 8 dah sampai KL sentral. Ambik Kak Ayu di KL sentral and proceed to Nilai tru Duta. Jauhnyer rasa. Nasib baik jalan tak jam. Kul 9 lebih sampai juga ke tempat yang nak dituju.

Tiba je time nak balik, saya berdebar2 lagi. Kak Ayu minta hantar dia ke rumah dia di putrajaya. Saya terpaksa beranikan diri, kuatkan semangat. After hantar Kak Ayu, saya terpaksa menempuh perjalanan seorang diri sampai ke bukit beruntung. Aduhai, jam pula.. Sabar and sabar. Lagi 5 km nak exit bukit beruntung, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Aduh, dah la mata ni rabun, tak boleh bawa kete time hujan. Nak berenti tepi jalan, bahaya pula. So, proceed je la pelan2.

Alhamdulillah, kul 7 tepat saya dah terpacak depan rumah. Syukur pada Allah. Malam tadi, before tidur, saya panjatkan doa kepada Allah banyak2 agar beri saya semangat untuk drive ke Nilai. Allah dah makbulkan doa saya. Lepas ni saya akan lebih bersemangat dan akan sentiasa berhat-hati di jalan raya. Thanks to abang coz bagi sokongan dan semangat.

Thursday, December 16, 2010

Special for Mummy

Nampak sangat takde kerja hari ni. Duk main blog jer.. hehe..

Kali ni saya nak share hasil cross stitch yang sepatutnya saya hadiah kat mak masa balik kampung raya haji hari tu. Tapi tertinggal pulak. Mesti mak gembira nanti..


Kami semua 7 beradik, seibu sebapa. Ada seorang lagi anak ayah dengan first wife dia tetapi tak masuk dlm kami punya geng. See, I'm the youngest.. hehe.. Sedikit pengenalan diri ibubapa, kakak2 dan abang2 saya.

Hussin - lahir tahun 1935 (still sihat walaufiat, Alhamdulillah)
Limah - lahir tahun 1949 (lovely mummy)

Anak-anak mereka:
Hasiah (lahir tahun 1966) - bersuami dan anak 3
Ameran (lahir tahun 1969) - beristeri dan anak 3
Mohamad (lahir tahun 1972) - beristeri dan anak 4
Aidah (lahir tahun 1976) - beristeri dan anak 6 (paling ramai & paling kecoh)
Mohd Asri (lahir tahun 1978) - beristeri dan anak 4
Anita (lahir tahun 1982) - next year kot bersuami.. InsyaAllah
Azlina - saya ler ni..

Kelas Jahitan (Blaus Ketat Zip Belakang)

Seronoknya menjahit ni. Rasa puas hati apabila dapat pakai baju yang dijahit sendiri. Skirt dah, sekarang blaus pula. Kak Ida ajar saya 2 jenis blaus which are blaus ketat zip belakang and blaus longgar butang hadapan. Blaus ketat ni dah 100% siap dan pakai pun sekali. Rasa selesa sangat sebab blaus ni ikut ukuran badan sendiri, compare to yang kita beli kat kedai tu. Cuma, kain yang saya guna untuk jahit blaus ni, kain murah.. huhuhu RM2.50 je semeter. Purposely untuk belajar menjahit ni. Kan beli yang mahal2, tak menjadi, buat rugi je. But now, saya dah ada confident sikit.

Dalam blog ni saya hanya post gambar2 blaus ketat zip belakang jer. Blaus longgar butang depan belum 100% siap, butang belum jahit. Plus saya buat modification sikit, lain dari yang kak ida ajar. saya tambah renda & bahagian tangan saya letak butang gak.. tapi, itu kemudian nyer.. Now, just take a look at my 'blaus ketat zip belakang'.. jeng jeng jeng

Muat-muat but a bit longgar coz tak nak terlalu fit

 Front look! Leher V-shape.

At the back... zip 20 inches

Monday, December 6, 2010

Kelas Jahitan (Skirt)

Dah lama tak update pasal kelas menjahit ni. Awal-awal dulu saya diajar jahitan basic seperti jahit zip, pinggang dan jahit 5 jenis leher. Kemudian, lesson seterusnya adalah menjahit skirt. 2 jenis skirt iaitu skirt A line dan skirt kedut. Ni lah hasil jahitan saya...





Yang atas tu skirt kedut. Rasa macam kelakar pulak. Tak berapa menjadi kedutannya tu. Skirt A line tu ok. Pakai pun rasa selesa. Next lesson, jahit blaus pula. Tunggu hasil kerja saya yang seterusnya..

Friday, December 3, 2010

SEMANIS KURMA - Bahagiakan kahwin muda?

Last night, sambil-sambil potong kain, saya sempat tengok rancangan favourite, Semanis Kurma. Topiknya sangat menarik iaitu pasal kahwin muda. Berdasarkan perbincangan ustaz, ustazah dan panel malam tadi, hampir semuanya membicarakan mengenai hal-hal positif pasal kahwin muda. Betul kata mereka, kahwin muda ni elok untuk elakkan maksiat. Bagi yang masih belajar, jiwa mereka lebih tenang bila berkahwin dan mudah fokus kepada pelajaran. Tambahan pula, sokongan yang diberikan oleh pasangan masing-masing tak ada batasan.

Tapi, saya nampak banyak juga keburukan kahwin muda ni. Berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan jiran-jiran saya di kampung, apa yang saya dapat lihat, kahwin muda ni tak berpanjangan. Semalam saya cuba juga call talian bebas tol Semanis Kurma, nak juga tanya pendapat dan nasihat ustaz dan ustazah. Tapi, line sibuk sangat. Try banyak kali pun, tak boleh masuk lagi.

Antara contoh negatif kahwin muda yang berlaku di depan mata saya:

1. Pasangan ni berkahwin semasa usia suaminya 20 tahun dan isterinya 19 tahun. Kedua-duanya belajar sampai SPM saja. Suaminya bekerja di syarikat yang sama dengan kakaknya (maknanya dapat kerja sebab kakak yang recommend lah). Isteri pula suri rumah. Selepas setahun bekerja, mereka dikurniakan anak. Beberapa tahun lepas tu dapat lagi anak kedua. Memandangkan suami ni tak ada pelajaran tinggi, kerja pun tak tetap. Maklumlah, bila rasa kerja ni gaji sikit, dia tukar syarikat lain yang gaji banyak. Si isteri ni pula duk tengok kawan-kawan dia yang masih seronok hidup membujang. Bercinta pula dengan lelaki berduit. So, isteri ni mula lah terasa rimas dan bosan. Di usia awal 20-an ni, dia tak boleh enjoy macam orang lain. Dia terpaksa duduk di rumah, uruskan suami dan anak-anak. Bila dah bosan, suami pula tak mampu nak bagi dia duit banyak, mula la dia meragam. Last-last, ambil keputusan bercerai. Anak-anak dibahagikan seorang satu. Habis sahaja edah, isteri ni kahwin dengan lelaki lain yang dia kenal masa mereka belum bercerai lagi. Kononnya lelaki ni kawan lama dia. Lepas tu pula, lelaki ni mampu bagi dia kesenangan.. huhuhu..

2. Pasangan ni bercinta dari sekolah menengah, lepas tu sama-sama masuk universiti dan belajar dalam kelas yang sama. Lepas saja habis belajar, mereka terus kahwin. Bila dah berkahwin, masing-masing tak pandai nak pikul tanggungjawab. Disebabkan dah terlalu lama bercinta, mereka dah terbiasa dengan perangai baik buruk masing-masing. So, dah kahwin pun masih lagi berperangai sama. Isteri tak pandai uruskan rumahtangga. Suami pun tak pandai nak didik isteri. Suami dah bosan, dia pergi cari perempuan lain. Maklumlah, dekat 10 tahun duk mengadap perempuan yang sama, bila dapat perempuan baru ni, excitednya lebih la. Disebabkan kedua-duanya tak nak berubah dan membetulkan kesilapan, akhirnya mereka berpisah. Nasib baik tak ada anak. Tapi kalau anak, rasanya tak jadi macam ni kot... entahlah..

So, sebenarnya kahwin muda ni ada baik dan buruknya. Seeloknya sebelum berkahwin, kedua-dua belah keluarga dengan berbincang dulu supaya perjalanan rumahtangga anak yang bakal dibina ni aman dan berkekalan hingga ke akhir nyawa. Seperti kata ustaz dan ustazah malam tadi, kalau nak kahwin muda, pastikan dapat restu ibu bapa dan bersedia untuk hidup susah senang bersama serta pandai pikul tanggungjawab masing-masing. Pendek kata, untuk pasangan yang terasa nak kahwin muda tu, sebelum kahwin fikir dulu. Minta pendapat orang tua yang lebih berpengalaman.