Tuesday, December 28, 2010

Antara Garisan


Baru lepas layan cerita Antara Garisan. Memandangkan saya tak pasang astro kat rumah, terpaksa la layan cerita ni melalui youtube. Tak tahu pun kewujudan cerita ni until ia menang anugerah skrin hari tu. Sekarang baru saya tahu kenapa cerita ni menang banyak anugerah termasuk drama terbaik 2010.
Saya tak nak perkatakan mengenai kehebatan para pelakon drama ni. Sudah terbukti, lakonan Noorkhiriah dan lain-lain memang mantap dan memberi kesan. Mengenai kisah yang dipaparkan dalam drama ni.

Di awal cerita, saya membayangkan kealiman dan keindahan budi ustaz Arman. Saya juga memandang serong terhadap imam masjid (lakonan zaibo) yang ditonjolkan sebagai seorang imam yang gagal menjalankan tanggungjawab. Tetapi, rupanya apa yang berlaku adalah yang sebaliknya.

Saya setuju dengan pengolahan cerita ni. Betul, kita sebagai manusia tiada hak untuk mempersoalkan dosa, pahala orang lain. Apatah lagi menjatuhkan hukuman di atas kesalahan orang lain. Saya ingatkan ustaz Arman akan memimpin Ayu ke jalan yang benar. Tetapi rupanya ustaz Arman yang terpesong ke jalan yang salah. Tak sangka pula watak Hattan tu sebenarnya watak jahat yang menyamar menjadi baik. Inilah yang dikatakan syaitan bertopengkan manusia.

Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa. Ilmu yang dianugerahkan kepada manusia bukanlah untuk bermegah2 sebaliknya ilmu itu perlu digunakan untuk membimbing orang lain. Berjihad ke jalan Allah bukanlah dengan kekerasan dan menghukum orang yang melakukan kemungkaran. Sebaliknya jihad yang sebenar adalah mengubah orang yang mungkar itu menjadi orang yang beriman. Kuasa Allah yang maha penyayang. Sejahat-jahat mana pun manusia itu, dia tetap berhak untuk mendapat pengampunan Allah. Dan sebaik-baik manusia itu, tidak bermakna dia terhindar dari melakukan sebarang kemungkaran. Syaitan ada di mana-mana sahaja untuk menyesatkan manusia. Oleh itu, kita tidak boleh leka dan megah dengan kebaikan yang telah dilakukan.

Saya tak sangka, cerita ni berakhir dengan maksiat yang dilakukan oleh ustaz dan Wida. Tatkala Ayu sedang berjihad untuk mendekati Allah dan memohon taubat, ustaz dan Wida hanyut dalam permainan syaitan.

Kepada teman2 yang belum tonton cerita ni, boleh tonton di Malay Movie. Semoga kita akan mendapat pengajaran dan iktibar daripada cerita ni. Tahniah kepada semua krew dan pelakoan Antara Garisan. You all did a good job. Keep it up!

No comments:

Post a Comment