Friday, December 3, 2010

SEMANIS KURMA - Bahagiakan kahwin muda?

Last night, sambil-sambil potong kain, saya sempat tengok rancangan favourite, Semanis Kurma. Topiknya sangat menarik iaitu pasal kahwin muda. Berdasarkan perbincangan ustaz, ustazah dan panel malam tadi, hampir semuanya membicarakan mengenai hal-hal positif pasal kahwin muda. Betul kata mereka, kahwin muda ni elok untuk elakkan maksiat. Bagi yang masih belajar, jiwa mereka lebih tenang bila berkahwin dan mudah fokus kepada pelajaran. Tambahan pula, sokongan yang diberikan oleh pasangan masing-masing tak ada batasan.

Tapi, saya nampak banyak juga keburukan kahwin muda ni. Berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan jiran-jiran saya di kampung, apa yang saya dapat lihat, kahwin muda ni tak berpanjangan. Semalam saya cuba juga call talian bebas tol Semanis Kurma, nak juga tanya pendapat dan nasihat ustaz dan ustazah. Tapi, line sibuk sangat. Try banyak kali pun, tak boleh masuk lagi.

Antara contoh negatif kahwin muda yang berlaku di depan mata saya:

1. Pasangan ni berkahwin semasa usia suaminya 20 tahun dan isterinya 19 tahun. Kedua-duanya belajar sampai SPM saja. Suaminya bekerja di syarikat yang sama dengan kakaknya (maknanya dapat kerja sebab kakak yang recommend lah). Isteri pula suri rumah. Selepas setahun bekerja, mereka dikurniakan anak. Beberapa tahun lepas tu dapat lagi anak kedua. Memandangkan suami ni tak ada pelajaran tinggi, kerja pun tak tetap. Maklumlah, bila rasa kerja ni gaji sikit, dia tukar syarikat lain yang gaji banyak. Si isteri ni pula duk tengok kawan-kawan dia yang masih seronok hidup membujang. Bercinta pula dengan lelaki berduit. So, isteri ni mula lah terasa rimas dan bosan. Di usia awal 20-an ni, dia tak boleh enjoy macam orang lain. Dia terpaksa duduk di rumah, uruskan suami dan anak-anak. Bila dah bosan, suami pula tak mampu nak bagi dia duit banyak, mula la dia meragam. Last-last, ambil keputusan bercerai. Anak-anak dibahagikan seorang satu. Habis sahaja edah, isteri ni kahwin dengan lelaki lain yang dia kenal masa mereka belum bercerai lagi. Kononnya lelaki ni kawan lama dia. Lepas tu pula, lelaki ni mampu bagi dia kesenangan.. huhuhu..

2. Pasangan ni bercinta dari sekolah menengah, lepas tu sama-sama masuk universiti dan belajar dalam kelas yang sama. Lepas saja habis belajar, mereka terus kahwin. Bila dah berkahwin, masing-masing tak pandai nak pikul tanggungjawab. Disebabkan dah terlalu lama bercinta, mereka dah terbiasa dengan perangai baik buruk masing-masing. So, dah kahwin pun masih lagi berperangai sama. Isteri tak pandai uruskan rumahtangga. Suami pun tak pandai nak didik isteri. Suami dah bosan, dia pergi cari perempuan lain. Maklumlah, dekat 10 tahun duk mengadap perempuan yang sama, bila dapat perempuan baru ni, excitednya lebih la. Disebabkan kedua-duanya tak nak berubah dan membetulkan kesilapan, akhirnya mereka berpisah. Nasib baik tak ada anak. Tapi kalau anak, rasanya tak jadi macam ni kot... entahlah..

So, sebenarnya kahwin muda ni ada baik dan buruknya. Seeloknya sebelum berkahwin, kedua-dua belah keluarga dengan berbincang dulu supaya perjalanan rumahtangga anak yang bakal dibina ni aman dan berkekalan hingga ke akhir nyawa. Seperti kata ustaz dan ustazah malam tadi, kalau nak kahwin muda, pastikan dapat restu ibu bapa dan bersedia untuk hidup susah senang bersama serta pandai pikul tanggungjawab masing-masing. Pendek kata, untuk pasangan yang terasa nak kahwin muda tu, sebelum kahwin fikir dulu. Minta pendapat orang tua yang lebih berpengalaman.

No comments:

Post a Comment