Friday, December 30, 2011

Aniza Medical Centre vs Poliklinik Murni

Sudah ditakdirkan, saya betul-betul demam hari Rabu lepas. Hari Selasa tu dah start batuk-batuk. Balik rumah, basah lencun kena hujan. Malam tu takleh nak tidur, kepala bergoyang-goyang macam naik bot laju.

Esoknya, hari Rabu, saya memang tak pergi kerjalah. Lepas Zuhur, abang bawa saya pergi Klinik Murni (panel company saya). Sampai je sana, pembantu klinik bagitahu, doktor baru nak rehat. So, kena tunggu sejam atau lebih. So, kami keluar dari klinik dan pergi ke Klinik Aniza (panel company abang).

Ingatkan pergi time weekday plus office hour, Klinik Aniza ni ok lah. Tapi masuk-masuk je....

Doktor: Sakit apa?
Saya: Demam
(Doktor ambil tape ukur suhu, lekat kat dahi, pastu geleng2 kepala)
Doktor: Demam takda
(Saya terkejut. Takda? Tengok dia tulis temperature 36.5 C)
Doktor: Ada selsema?
(Saya angguk)
(Doktor minta nurse sebelah dia cari nama ubat dalam PC)
Doktor: Ada batuk?
(Saya angguk)
(Doktor minta nurse sebelah dia cari nama ubat dalam PC)
Doktor: Ada sakit tekak?
(Saya angguk lagi)
(Doktor minta lagi nurse sebelah dia cari nama ubat dalam PC)
Doktor: bla bla bla bla (entah apa dia cakap, saya tak paham. perlahan campur dengan sleng "k****g".)

Itu saja check up nya. Saya keluar, ambil ubat dengan rasa bengang!

Balik rumah, saya hanya berani makan PCM je. Sebab ubat-ubat lain yang dia bagi tu buat saya tak yakin. Dia tak check pun saya, hanya sekadar bertanya... huhu...

Telan 2 biji PCM, kepala still goyang. Hidung berair-air.. After 4 jam, telan lagi 2 biji, still sama. Batuk makin kuat dan berkahak.

Masuk hari kedua (Khamis), kepala goyang-goyang lagi. Lepas solat Subuh, mesej orang office, bagitahu nak MC lagi.

Kali ni, pergi awal sikit. Terus ke Klinik Murni. Masuk2 je...

Doktor: Kenapa?
Saya: Ni dah hari ketiga saya batuk, selsema, pening. Makan panadol pun tak hilang.
Doktor: Ada demam tak?
Saya: (teringat doktor semalam cakap tak demam) Entahlah, badan macam tak panas sgt.
(Doktor ambil penyukat suhu yg mcm pistol tu, tembak kat dahi)
Doktor: Panas ni, demam lah ni.
(Doktor check BP, pernafasan, tekak)
Doktor: Sakit kepala tak? Dah teruk ni. Kalau selsema, batuk macam ni, mesti sakit kepala. Rehatlah, jangan minum air sejuk. Jus buah pun jangan minum. Minum air suam banyak-banyak.

Alhamdulillah, lega sikit rasa... Balik makan ubat, tidur. Hari Jumaat saya dah boleh bangun dengan senang dan boleh pergi kerja....

Haaa... kalau nak cerita pasal Klinik Aniza ni, banyak sgt. Sebab ini bukan kali pertama. Panjang pulak post ni nanti. To be continue lah bila ada masa....

Tuesday, December 27, 2011

Pening + Penat = Nak Demam....

Penat tak terkira. Kepala pun goyang-goyang dah ni. Hidung pedih jer. Tekak perit, asyik batuk.

Hari Khamis minggu lepas, saya telefon kakak kat Banting. Minta tolong dia datang rumah saya untuk tolong kemas dan angkut barang plus bersihkan rumah kat Saujana. Nasib baik dia setuju. Pagi-pagi lagi hari Sabtu tu, dia sampai. Kakak saya ni cergas orang nya. Sekejab je dia sumbat kain baju saya ke dalam beg dan barang-barang ke dalam kotak.

Lepas solat Zuhur, kami bertolak ke Saujana dengan 2 kereta yang penuh dengan barang. Sampai saja Saujana, operasi membasuh lantai bermula. Aduyai, sakit belakang tak terkira sebab terbongkok-bongkok memberus lantai. Betis pula cramp sebab turun naik tangga. Pukul 12 malam baru kami berhenti dan balik Bukit Beruntung semula.

The next day, same thing happened. Pagi kemas barang, lepas Zuhur bertolak ke Saujana lagi. Stop kejab kat JUSCO yang baru buka. Shopping dulu barang-barang keperluan yang belum ada. Sampai Saujana, operasi bermula. Basuh lantai tingkat bawah pula plus susun barang dalam kitchen cabinet dan kemas baju. Sambil kemas baju sambil tengok Merlin (nasib baik baik tv siap2, takda lah bosan sangat). Pukul 12 malam gak, perut bunyi-bunyi minta diisi. Dalam perjalanan balik ke Bukit Beruntung, singgah makan dulu. Akhirnya jam 2 pagi baru sampai.

Adei, 2 malam turut-turut tidur lewat. Bangun je pagi Isnin semalam, otak weng. Kakak plan nak balik ke Banting pagi, last2 petang juga, lepas Asar sebab dia penat sangat sampai tertidur atas sofa. Kesian dia, jadi mangsa buli adik dia ni. Atas jasa dia tu lah, satu bilik kat tingkat atas di rumah Saujana tu, saya reserve untuk dia, complete dengan katil dan almari supaya bila dia datang rumah saya nanti, dia ada bilik sendiri yang selesa.

Tak tahu macam mana nak balas jasa kakak sorang ni. Mujur ada dia yang sudi membantu. Nak harapkan ipar duai yang dekat ni, hurm.... no comment. Suami saya a.k.a abang pun, takda nak contact adik beradik dia untuk datang tolong. Tak paham! Tapi bagus juga diaorg tak tolong, tak adalah nanti saya terhutang budi. Baik terhutang budi dengan kakak sendiri yang memang ada di sisi saya setiap masa susah nak senang.

Kalau ikut planning, hari Sabtu ni nak start pindah barang pakai lori. Tak tahulah macam mana keadaan saya nanti. Kakak pula dah tak boleh tolong sebab sekolah dah nak buka, dia mesti sibuk. Terpaksalah saya berhempas pulas sendiri dengan abang... huhu..

Monday, December 26, 2011

APARTMENT UNTUK DISEWA - sebar-sebarkan...



Apartment untuk disewa:

Alamat - E-1-39, Apartment Kemuning, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Selangor.

Lokasi - 5 minit ke plaza tol Bukit Beruntung (40 minit ke KL), 10 minit ke TESCO Bukit Sentosa, 20 minit ke bandar Rawang, kurang 1 jam ke Genting Highlands.

Rumah - lengkap dengan kabinet dapur, grill, tempat jemuran, tingkap sliding dan langsir disediakan percuma. 3 bilik tidur, 1 bilik mandi, 1 tandas. Lengkap dengan lampu. Kipas siling di ruang tamu.

Perkhidmatan bas dari apartment ke rawang (Bas Mini, Bas Metro) & dari tol Bukit Beruntung ke KL (Bas SJ, Tanjung Malim-KL, Starcoach)

Sewa bulanan - RM300 sahaja
Deposit 2 bulan (tak termasuk api & air) - Api & air pakai meter sendiri, tak share dgn rumah lain.

Sekiranya berminat, boleh hubungi saya (azlina.hussin@yahoo.com)

Monday, December 12, 2011

POLA SKIRT A LINE




Dah lama betul saya tak buat nota jahit ni. Kesian pula apabila tengok ada orang search tentang cara jahit skirt. Actually, skirt A-Line ni adalah skirt yang paling simple dan senang nak jahit. Masa kat kelas menjahit dulu pun, skirt ni lah yang saya mula-mula belajar. So, kali ni saya nak share pola dan cara jahit. 


Ukuran:
1-2 = 8 1/2 inci
1-3 = labuh kain
1-4 = keliling pinggang bahagi 4
4-5 = 1 inci
1-8 = 3 1/2 inci
8-9 = 4 1/2 inci
2-6 = keliling punggong bahagi 4 dan tambah 1 inci
3-7 = ukuran 2-6 tambah 2 inci
2 titik no. 12 = lipatan kain

Cara jahit:
  1. Potong 2 keping kain mengikut pola.
  2. Cantumkan kain dan jahit zip di sebelah kiri atau kanan, mengikut kesukaan. Simpan basi 1/2 inci untuk pinggang kertas keras atau 2 1/2 inci untuk pinggang getah.
  3. Jahit pinggang.
  4. Kemaskan bawah kain dengan jahitan lurus.
Senang je kan?

Anda boleh pilih untuk buat zip tepi atau zip belakang. Cara di atas adalah untuk zip tepi. Kalau nak buat zip di belakang, pola dan cara jahitnya lain sikit. Nanti saya buat nota baru bila berkesempatanya...

Selamat mencuba...

Monday, December 5, 2011

Sahabat Blogger Baru

Hari ni saya ambil Emergency Leave. Penat sangat dari hari Jumaat hingga Ahad, saya berkampung di Sepang Goldcoast atas sebab kerja. Dek kerana terlupa nak apply cuti last week, terpaksalah ambil EL hari ni. Boleh rehatkan kepala yang terlalu penat bekerja. Plus, boleh selesaikan kerja rumah yang abang tak sempat selesaikan since dia pun kerja masa weekend hari tu.

Sambil2 jahit baju yg ditempah, saya saja2 browse artikel mengenai kaedah alternatif untuk hamil. Terjumpa pula satu kaedah yg rasanya pernah dengar sebelum ni tapi dah lupa iaitu IUI or permanian berhadas. So, saya hantar enquiry ke PMC Sg Buloh sama ada kat sana ada tak kaedah ni dan berapa kosnya. Kalau kena gaya, saya berminat nak cuba.

Kebetulan, terjumpa beberapa blog yang berkongsi nasib sama dengan saya. Menitis air mata apabila membaca entry masing2. Selain daripada berkongsi perasaan, ada juga kata2 nasihat yg boleh dibuat panduan. Terima kasih Umaira + Umar, Azra dan Aku.

Doa yg dipetik daripada blog Umaira + Umar:

"Ya Allah, Jika rezeki masih di langit, turunkanlah...Jika di BUMI, keluarkanlah..Jika sukar, permudahkanlah..Jika haram, sucikanlah...Jika jauh, dekatkanlah."

Amin... Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Tuesday, November 22, 2011

Kitchen Cabinet

Sebenarnya, kitchen cabinet ni dah siap 2 minggu lepas lagi tapi asyik tertangguh je nak update kat blog ni. Sekarang ni saya dah kurang free time. Asal weekend je, mesti keluar pergi bersihkan rumah baru la, jumpa kontraktor la, beli barang2 la. Nak menjahit baju pun tak sempat. Terpaksa curi-curi masa waktu malam demi nak menyiapkan tempahan.

Ada 3 pasang lagi baju yang ditempah. Tambah pula dengan langsir untuk rumah baru yang belum siap jahit sepenuhnya lagi.. Aduih, pening jugak lah. Belum lagi tambah kerja office yang berlambak tak ingat ni....

Apa pun, entry kali ni saya nak tunjuk kitchen cabinet ni. Bukan nak menunjuk-nunjuk (takde makna pun nak action), tapi sebagai sumber inspirasi buat kawan-kawan yang nak naik rumah baru jugak nanti (Alin & Mai lah terutamanya).

Memandangkan bajet saya tak banyak since saya guna je saving yang ada, ini saja lah yang termampu saya buat.....



Ukuran untuk kabinet atas adalah 8 kali. Ukuran untuk kabinet bawah adalah 6 kaki x 6 kaki. Harga RM3,400 termasuk rak pinggan dan piping bawah sink (sink dan tap tak masuk).

Kualiti kerja bagus. Hasil pun memuaskan. Alhamdulillah...

Tauke dia Melayu dan pekerja pun Melayu. Tauke dia akan turun padang untuk buat kerja sekali. So, kalau kita tak tolong orang Melayu sendiri, siapa lagi nak tolong kan? Dengan syarat orang Melayu tu pun jangan ambil kesempatan pula.

Sekian untuk entry kitchen cabinet. Next time saya kongsi cerita pasal grill pula (pun dah siap)...

Tuesday, November 1, 2011

Rumahku Syurgaku

Apabila baca post Alin pasal rumah dia, tiba-tiba terasa nak tiru pulak. Thanks Alin for the idea.. :)..

Sebaik sahaja dapat surat confirmation taraf berpencen (after 3 year-service), saya terus survey cari rumah. Dah penat tinggal atas rumah orang, bawah pun rumah orang. So, saya nak rumah atas tanah, bawah langit pula.

Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa website Glomac, tengok satu design rumah yang terus buat saya berkenan. Apa lagi, terus call Glomac tapi pada awalnya orang Glomac tu cakap, rumah yang design macam tu dah habis jual. Cuma ada 3 lot je lagi yang tengah tunggu kelulusan loan. Andai kata ada rumah yang pembelinya tak lulus loan, boleh lah saya beli.

Dah memang rezeki saya. Ketiga-tiga rumah tu, pembelinya tak lulus loan. 1 rumah intermediate, 1 rumah end lot dan 1 lagi rumah corner lot. Kalau ikut nafsu memang nak corner lot lah because tanah dia luas macam boleh buat rumah lagi sebijik. Tapi, kita ikut saja lah kemampuan. Janji dapat rumah yang selesa dan tiap-tiap bulan tak merana membayar hutang.

So, confirm, ambik rumah intermediate tu... Design rumah tu macam ni...


Sebelum bagi duit booking, saya dan abang tengok rumah contoh dulu... Waaa... memang terpegun dengan floor plan dia. Menetapi citarasa saya....



So, apa lagi, keluarkan RM500, booking! Then dalam masa setahun ding dong dengan lawyer, developer and BPP, akhirnya pada 21 Oktober 2011, saya diberikan kunci rumah yang telah siap sepenuhnya untuk didiami. Alhamdulillah.... Cuma, ada sedikit masalah. Rumah kami dah dimasuki pencuri. Mereka kopak sliding door dan curi wiring electric kat tingkat atas. Nasib baik developer tanggung semua kerugian tu.

Hari esoknya, saya terus call kawan yang pasang grill tu untuk buat ukuran. Pada hari yang sama juga pekerja developer pun sibuk pasang balik wiring dan perbaiki mana-mana ruang yang ada kekurangan. Hari Sabtu lepas, saya panggil pula kawan untuk ukur kitchen cabinet. Alhamdulillah, semua harga memuaskan. Lepas raya haji ni, proses pemasangan bermula.

Nanti dah siap pasang, saya post kat blog. Kita tengok hasil kerja mereka pasang grill and kitchen cabinet nanti. Kalau ok, saya bagi contact details supaya kawan-kawan saya yang ingin masuk rumah baru (termasuk Alin) boleh buat reference... Ok?

Wednesday, October 19, 2011

POLA LEHER BAJU KURUNG

Sebelum ni, kalau nak buat leher baju kurung, saya selalunya akan buat lukisan pada kain badan dengan menggunakan pembaris "L". Kakak saya cakap, cara saya tu lambat dan bentuk leher pun tak cantik. Dia bagi contoh "bulan" leher baju, untuk saya tiru. Tapi, sebab dah terlalu selesa dengan cara guna pembaris "L" tu, saya abaikan je. Entah kat mana lah contoh bulan tu sekarang...

Bila dapat tempahan dari pelanggan, saya tengok je lubang leher baju contoh yang diberikan. Nampak kemas dan cantik je bulatannya. Beberapa hari lepas pula, teman office saya cakap, buatlah "bulan" tu. Senang sikit. Cantik pun cantik...

Saya fikir2 balik, betul juga. Kenapalah sebelum ni, tak terbuka hati nak buat bulan tu??? So, balik rumah hari tu, terus saya ambil kertas manila kad dan lukiskan "bulan" tu. Tapi, bulan tu tak boleh lukis sesuka hati rupanya. Saya fikir punya fikir, saya come out dengan 1 idea...

Jeng Jeng Jeng...



Gambar kat atas ni, adalah lakaran penuh untuk leher baju. Untuk buat bulan pada kertas manila tu, saya belah tengah bulatan leher tu (garisan hijau menegak). Titik temu garisan hijau tu penting sebagai penanda. garisan hijau mendatar tu merupakan garisan atas baju (bahu). Bulan yang telah siap akan ditekap di bahagian dalam kain yang dilipat 4. Mudah saja kan?

Kepada kawan-kawan yang masih tercari-cari cara nak buat lubang leher baju kurung ni, boleh cuba cara saya ni. Kalau tak faham, jangan segan bertanya. Kalau ada masa, saya tunjuk cara jahit pula (yang ni kena lengkap dengan gambar, baru orang mudah faham).

Ok, selamat mencuba....

Thursday, October 13, 2011

Borang Pendaftaran E-Kasih

Rasanya umum mengetahui tentang isi kandungan bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB PM kita pada 7 Oktober yang lepas. Salah satunya adalah pemberian RM500 kepada rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan. Untuk berita lanjut, boleh refer website Berita Harian (click).

Apabila baca berita ni, saya teringat saudara mara dan jiran tetangga di kampung. Ramai yang layak. Namun, mengikut kenyataan dalam Berita Harian tu, individu berkenaan perlu berdaftar dengan E-Kasih melalui LHDN. Borang pendaftaran boleh didapati di website LHDN. Saya cuba juga cari dalam website LHDN, tapi tak jumpa pula. Kebetulan, tengah google-menggoogle, saya terjumpa website http://www.ekasih.gov.my/

Tapi, saya terfikir, kalau dah orang tu miskin, mana lah dia tahu pasal internet2 ni kan? Apatah lagi nak isi borang melalui website. So, saya cadangkan, sekiranya teman-teman ada saudara mara, jiran tetangga atau kenalan yang benar-benar layak untuk dapat bantuan ni, ringan2 kan tulang anda untuk membantu mereka membuat pendaftaran E-Kasih ni. Kalau tak silap saya, selain dapat bantuan RM500 ni, pemegang kad E-Kasih juga boleh membeli barangan keperluan rumah dengan harga murah di pasaraya tertentu (Giant salah satunya).

Jadi, saya sertakan link di bawah untuk memudahkan anda membuat pendaftaran. Tapi pendaftaran ni untuk pendapatan RM1,500 (bandar) dan RM1,000 (luar bandar) sahaja. Untuk yang bawah RM3,000 tu, rasanya kena daftar kat LHDN juga.


Sama-sama kita menolong rakyat Malaysia yang masih memerlukan...

Tuesday, October 4, 2011

Cari Jalan Buat Duit Tambahan / Nota Jahit

Assalamualaikum...

Hai, otak ni asyik berputar je nak cari idea macam mana nak generate income lebih. Nak kata tamak duit, tak juga, tapi lebih kepada keseronokan at the same time, boleh tambah income. Hari ahad yang lepas, saya pergi jahit tepi baju kat kedai apek ni. Sementara tunggu dia jahitkan kain tu, saya round2 kedai, tengok gubahan hantaran dan cenderahati. Semuanya cantik-cantik. Selama ni pun, saya memang selalu beli barang2 untuk buat hantaran kat kedai apek ni. Memandangkan saya ni regular customer dia, saya selalu dapat special price. hehe...

Duk tenung2, pikir2, rasa macam nak buat bisnes bunga telur / bunga pahar pulak. Apek tu cakap, kalau saya buat design macam tu, macam ni, saya boleh jual dengan harga paling RM1 - RM5 je. Tengok pada bahan yang saya gunakan lah. So, saya survey2 lah kat internet, rata-rata harga bunga telur yg dijual RM5 ke atas. Saya tanya juga kawan-kawan, biasanya kalau nak bagi door gift bunga telur untuk tetamu, bajet biasanya tak lebih RM2 satu. Kalau yang mahal sikit pun, untuk tetamu VIP (ahli keluarga dan kenalan rapat). So, patut tak saya buat bisnes ni?

Soal masa, jgn risau. Cik Abg dah gerenti yang dia sudi tolong.. hehe...

Haa.. berita gembira untuk penunggu nota jahit baju kurung moden. Macam yang saya inform sebelum ni, nota bertulis dah siap, tinggal nak letak gambar je. So, kain untuk jahit baju kurung moden, saya dah siap potong dan jahit tepi. Weekend ni, saya mulakan operasi menjahit untuk ambil gambar dan masukkan dalam nota saya. Harap2 by Monday next week, saya dapat postkan nota tersebut. Tapi, harga macam mana ni??? Kalau RM6 satu boleh tak? Kalau beli 2 (untuk sepasang baju dan skirt), saya kira diskaun RM10 je. After beli nota ni, saya bagi servis percuma untuk pertanyaan dan tunjuk ajar lebih lanjut melalui emel. Boleh tak?

Monday, September 26, 2011

Jalan-Jalan - Alor Setar & Cameron Highland

Tiba-tiba terasa nak kongsi pengalaman 'best' bercuti di Alor Setar dan Cameron Highland bersama suami dan kawan-kawan. Kebetulan pada 17 September 2011, adalah majlis kenduri perkahwinan sahabat kami (sama sekolah menengah & sama universiti) di sebelah lelaki.

Hari Jumaat, 16 Sept kami bertolak dari Kuala Lumpur. Dekat Alor Setar, kami menginap di Hotel Holiday Villa. Selepas kenduri hari berikutnya, kami bertolak ke Cameron Highland. Kebetulan 2 pasangan suami isteri ni belum sempat honeymoon after kahwin, so, kami ber'honeymoon' ramai-ramai di sana termasuk 2 anak dara yang menjadi pengikut. Untuk saya dan abang, ni dah tak tahu honeymoon kali ke berapa...hehehe...

Tak nak cerita lebih, layan gambar lagi best...

Tahniah buat Fikri & Majidah


2 couples @ Holiday Villa Alor Setar




Rumah Kelahiran Tun Mahathir


Rumah Merdeka Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj





Bharat Tea Plantation - Cameron Highland


Uncle Sam Strawberry Park - Cameron Highland


All of us (Apartment Crown Imperial Court - Cameron Highland)
Lailatul, Sabariah, Azlina, Fauziah, Zakaria, Fariha, Mansor & Yusof

Friday, September 23, 2011

Nota Jahit - Update

Assalamualaikum kawan-kawan...

Maaflah sebab terpaksa menunggu lama. After cuti hari raya hari tu, memang tak sempat nak buat nota. Kerja kat office berlambak. Weekend pula sibuk dengan kenduri sana-sini.

Actually, nota untuk baju kurung moden dengan skirt kipas belakang tu dah siap. Cuma, tak letak gambar sebab tak sempat lagi nak jahit baju. Sekarang ni, saya tengah confius, pening fikir. Macam mana nak jadikan nota tu senang difahami? Kalau saya tengok buku2 jahit yang sedia ada di pasaran skrg ni, notanya agak ringkas dan susah nak ikut especially untuk orang baru nak belajar menjahit.

So, untuk post kali ni, saya nak buat survey lah. Sesiapa yang nak nota saya ni, saya nak tahu juga, anda ni dah tahu guna mesin jahit or belum?

Soalan 1: Tahu guna mesin jahit (Yes/No)

Soalan 2: Boleh jahit zip (Yes/No)

Soalan 3: Boleh jahit pinggang keras / pinggang getah (Yes/No)

Soalan 4: Boleh jahit leher baju (Yes/No)

Kalau semua jawapan di atas adalah "No", susah lah sikit. Better masuk kelas sebab kena belajar secara praktikal.

Tapi, untuk yang dah tahu menjahit, just nak belajar pola dan procedur jahit, tak ada masalah. Rasanya, nota yang sedia ada dengan saya ni pun, dah mencukupi. Tak perlu tambah gambar. Cuma, ada satu lagi masalah.. Macam mana nak kira harga ni? Tak reti lah pulak.. Nak bagi free? Hurmm.. bukan tak sudi tapi nak buat nota tu pun dah satu macam hal. Terjegil biji mata mengadap laptop. Nak lukis pola bukannya senang. Any idea tak kawan-kawan? Help me please....

Wednesday, September 7, 2011

Hantaran Pernikahan (Bekas Cincin & Mas Kahwin) - Tema Ala Fresh Flower

Dalam post yang lepas, saya ada inform pasal tempahan hantaran untuk majlis pernikahan sahabat baik saya. Actually, hantaran ni dah siap sebelum raya lagi, dah bagi kat tuan punya badan pun. Cuma baru sekarang nak post gambarnya.

Untuk hantaran ni, saya buat 3 bekas iaitu bekas cincin, bekas gelang dan bekas mas kahwin. Untuk bekas cincin dan gelang, design adalah sama. Bekas mas kahwin, saya gunakan kotak seperti biasa. Maklumlah, orang belah pantai timur ni, mas kahwin beribu-ribu, ada yang berbelas ribu. So, kena letak dalam kotak atau album. Tapi, album tu style lama, orang tak pakai dah...

Bekas Cincin & Bekas Gelang (Design sama)

Bekas Mas Kahwin

Bekas Mas Kahwin (Pandangan Atas)

Harap tak tertipu dengan hiasan bunga tu. Ala fresh flower je tau, bukan fresh flower betul..

So, harga ketiga-tiga hantaran ni adalah RM255 sahaja..

Tuesday, September 6, 2011

Nota Jahit - Dalam Proses

Assalamualaikum...

Saya rasa ramai yang sedang menunggu nota jahit yang saya janjikan dulu. Harap bersabar yer. Buat nota lengkap ni makan masa sebab saya perlu jahit1 baju untuk memudahkan saya membuat nota lengkap dengan gambar sekali supaya mudah difahami dan diikuti.

Saya akan cuba sedaya upaya untuk siapkan satu nota lengkap sebelum 19 Oktober ni. Maaf yer kalau lambat.

Terima kasih.

Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

ASSALAMUALAIKUM....

DI KESEMPATAN INI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITIR KEPADA RAKAN-RAKAN TERMASUK PELANGGAN SAYA. SEMPENA HARI RAYA YANG MULIA INI, SAYA MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA SALAH DAN SILAP YANG DILAKUKAN SAMA ADA SEDAR ATAU TIDAK / SENGAJA ATAU TIDAK.

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN BAGI RAKAN-RAKAN YANG AKAN MERAIKAN AIDILFITRI DI KAMPUNG BERSAMA KELUARGA TERSAYANG. BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.

SAMA-SAMA KITA DOAKAN AGAR TAHUN DEPAN KITA AKAN DAPAT BERJUMPA DENGAN DENGAN BULAN RAMADHAN. AMIN....

Tuesday, August 23, 2011

Alhamdulillah...

Lega sangat. Semua tempahan baju dah settle. Cuma, saya nak minta maaf kepada semua pelanggan kalau ada kekurangan pada hasil jahitan saya. Hari tu demam lama sangat, so kualiti jahitan akan kurang memuaskan. Kalau dah serik nak tempah dengan saya, tak apa, saya faham.. Lagipun, saya akui yang saya belum expert sangat lagi. Apapun, saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada Alin (officemate), Sue (online customer), Kak Wa (cabmate), Kak Zulia (officemate) dan semualah kerana sudi bagi extra income untuk saya sempena nak menyambut hari raya ni. Alhamdulillah, boleh guna untuk beli persiapan raya. Bonus pulak, boleh simpan untuk masuk rumah baru nanti... hehe...

Ingatkan dah siap tempahan menjahit ni, boleh lah relax sket. Rupanya saya terlupa. Saya perlu jahit satu lagi baju kurung kedah untuk mak. Dah siap potong dan jahit tepi dah pun. Tapi, dek kerana sibuk menyiapkan baju orang lain, baju untuk mak tersadai je kat tepi rak tu. Ampun mak... Tak apa, sempat lagi jahit before balik kampung Sabtu ni...

Tapi, still tak boleh relax jugak sebab ada tempahan hantaran.. Adei... Minat punya pasal, saya buat je dengan rela hati dan seikhlasnya. Lagipun, tempahan dari kawan baik. So, taknak lepaskan peluang untuk gembirakan hati kawan sempena perkahwinannya lepas raya nanti. Nanti saya postkan gambar hantaran tu yek. Kali ni, saya lebih berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya. Lebih cantik dan menawan lah... hehe.. syok sendiri...

Haa.. lupa pulak. Saya dapat email dari seseorang yang sekarang berada di Kuching, Sarawak. Teman ni minta pertolongan saya untuk belajar menjahit. Dia mahu saya sediakan pola baju blaus dan baju kurung moden beserta nota lengkap untuk dia. Katanya, dia akan bayar. Tapi, saya tak tahu pula nak charge berapa. Nak buat pola ni dengan nota lengkap ni kena ambil masa sikit. Saya tak boleh guna pola yang saya post kat blog ni sebab ringkas sangat. Nanti susah pula teman kita ni nak memahaminya. So, saya akan prepare a new one yang lebih lengkap dan mudah diikuti. Alang-alang teman ni dah minta, so saya nak buka juga nota ni untuk orang lain yang berminat. Harga? Nanti saya inform ye, jangan risau, saya takkan charge mahalnya. Tunggu tau!!! Sapa yang berminat, boleh hantar email or write kat comment yer. Terima kasih...

Friday, August 19, 2011

Dugaan di Bulan Ramadhan

Sakitnya hati tak terkira. Cuba tahan air mata ni dari mengalir tapi tak berjaya. Pening kepala otak ni fikir, apalah salah, apalah dosa sampai diperlakukan sebegini rupa. Rasa macam membazir air mata, sia-sia sebab menangis tapi hati kita ni taklah sekuat mana. Dah namanya perempuan, kaya dengan air mata.

Dah 3 tahun lebih, bukannya sekejab. Khidmat yang diberikan selama ni pun, dibayar, bukannya percuma. Bayaran pula tak pernah kurang, malah lebih dari sepatutnya. Tak apalah, halalkan saja. Dengan harapan, pemberian ikhlas kita ni dihargai.

Tapi, rupanya silap. Pemberian kita hanya dianggap sebagai balasan terhadap pertolongannya. Kita ni seolah-olah menagih pertolongannya. Kononya, tiada orang lain yang boleh menolong kita selain dia. Siapa sangat dia tu? Dia bukannya tuhan pun. Dia juga manusia biasa. Adat hidup bermasyarakat, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Atau dalam bahasa mudahnya give and take.

Dulu, kita ikhlas menolongnya. Sanggup mengambil risiko walaupun hanya beberapa bulan mengenalinya ketika itu. Namun, siapa sangka, pertolongan kita tu rupanya tak seberapa untuk dia. Malah dia menganggap sebenarnya dia yang menolong kita, bukan kita yang menolong dia. Mungkin sekarang dia dah lupa akan pertolongan kita itu. Maklumlah, hidup pun sudah senang. Apa yang nak, semua boleh dapat. Sampaikan, kita ni tak diperlukan lagi.

Tak apalah, kita faham benar kata-kata dia tu. Sememangnya dia dah tak mengharapkan kita lagi. Betullah, rezeki bukan di tangan kita. Rezeki dia dari Allah. So, kalau kita tak bagi, orang lain akan bagi kat dia. Cukuplah setakat ini, dah tak sanggup dan berhadapan dengan dia lagi. Dah tak sanggup nak berpura-pura lagi. Hati ni sudah menghampiri rasa benci. Sebelum benci ni benar2 hadir, baik kita berundur. Lupakan saja dia yang tak mengenang budi.

p/s: sekadar luahan hati. terima kasih.

Tuesday, August 9, 2011

Demam + Ulcer

Dear all,

Minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat nak update blog dengan nota menjahit. Since hari kedua puasa, saya dah start kena ulcer. Hari kelima, temperature naik dan terus demam. Hari ni, alhamdulillah, boleh masuk kerja semula walaupun ulcer belum surut. Pening-pening pun ada lagi sikit tapi boleh tahan lah. Kepada yang membuat tempahan tu, jangan risau ye, baju-baju anda dalam proses untuk dijahit. InsyaAllah, semua akan dapat sebelum raya.

Dalam demam-demam ni, kawan saya di Dafinashoppe beritahu ada  permintaan lagi untuk baju kurung kanak-kanak. 3 hari duk rumah, sempatlah saya siapkan 3 pasang (lupa pulak nak ambil gambar). Tak boleh nak jahit lebih sebab separuh hari terpaksa tidur untuk kebahkan demam dan kurangkan sakit kepala.

Semoga ulcer ni cepat sembuh dan kepala pun tak pening lagi. Tak sabar nak continue menjahit dengan selesanya....

Wednesday, August 3, 2011

Tempahan Baju Kurung 12 Pasang

Alhamdulillah, tak sia-sia ambik cuti Isnin n Selasa hari tu. Empat hari duk rumah, kerja saya menjahit je. Berhenti untuk solat, masak, makan n mandi je. Malam, dekat pukul 12 baru tidur. Aduih, memang memenatkan.

Nak dijadikan cerita, sahabat saya yang kerja bank ni, pakat dengan office mate dia untuk sedekahkan baju raya untuk anak-anak yatim. So, kata mereka, kalau nak beli yang siap, mahal, then saiz pun akan jadi masalah. So, mereka ambil ukuran setiap anak-anak yatim ni, dan minta saya belikan kain seterusnya jahitkan baju kurung untuk mereka.

Syukur pada Allah, dapatlah saya buat duit lebih sikit plus dapat juga bersedekah untuk anak-anak yatim ni. Akhirnya semalam, saya berjaya siapkan semua baju-baju tu...


Wah, siap packing dalam plastic lagi tu... hehe...

Monday, July 25, 2011

DaFina Kids ShoPPe: Baju Kurung Kanak-Kanak! MUrah2

DaFina Kids ShoPPe: Baju Kurung Kanak-Kanak! MUrah2: "Tercari2 Baju Kurung kanak2 ! Masih tidak jumpa lagi. Marilar ke Dafina Shoppe~~~ Sweet Pink (1 Set) 1 y - RM 16 2y - RM 17 3 y - RM 18 ..."

Penat Juga Yer

Penat, mengantuk, rasa nak lena je hari ni. 2 hari duk rumah, alhamdulillah, berjaya gunting 12 pasang baju, pastu pula jahit 3 pasang baju.

Bila asyik menjahit je ni, sampai tak ada selera nak makan. Bangun pagi, makan kurma 3 biji dengan milo segelas, kenyang sampai petang. Malam, bedal nangka yang abang beli. Terus tak makan nasi hari Sabtu tu. Hari ahad pun, pagi-pagi goreng nasi, abang yang makan 3/4. Saya jamah 1/4 je, tu pun sebab nak alas perut. Petang tu, teringin nak makan tomyam, buat lah satu periuk. Bau tomyam, barulah naik sikit selera ni.

Walaupun penat, tak apa. Ini baru permulaan. Yang penting hati happy. Seronok bila tengok baju yang orang tempah siap dengan sempurna. Tapi, rumah tak payah cerita lah. Walaupun dah vacuum dan mop, tetap bersepah... Abang senyum je tengok. Pagi, rumah bersih, cantik, kemas je. Masuk tengah hari, tunggang langgang semuanya. Situ gunting, sana jarum, sini pembaris.. Pastu abang cakap,

"Kalaulah abang pandai jahit, boleh abang tolong sayang biar cepat siap..."

Hehe.. tak payah la abang. Kerja abang pun dah penat. Sabtu Ahad pun kena kerja. Yang penting kita sama-sama happy dan bersyukur dengan rezeki dari Allah ni...

p/s: Kalau dapat berhenti kerja, then menjahit full time kan best!!!

Friday, July 22, 2011

Tempahan Jahit Untuk Raya Ditutup

Assalamualaikum... Terima kasih kepada yang sudi hantar tempahan jahit kepada saya. Hari ni, saya nak mohon kemaafan sebab saya terpaksa tutup tempahan untuk hari raya Aidilfitri yang akan datang tak lama lagi. Ianya disebabkan tempahan sedia ada dah banyak dan saya takut kalau ada tempahan lagi, saya tak sempat nak siapkan. Maklumlah, saya buat part time saja menjahit ni. Full time jadi tukang taip kat ofis.. hehe..

Tapi, untuk tempahan selepas raya ni atau untuk raya Aidilahda nanti, saya terima je. Ok? Terima kasih atas sokongan semua...

Monday, July 18, 2011

Baju Kurung Kanak-Kanak (For Sale - Bil. 1)

Assalamualaikum...

Sempena hari raya yang bakal menjelang ni, saya ada menjahit beberapa pasang baju kurung kanak-kanak untuk dijual dengan harga murah. Material yang saya gunakan adalah kain cotton bunga. Gambar baju yang telah siap ada di bawah:




Saiz yang ada untuk pattern di atas adalah sais 1 sampai 6 yakni sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun - 6 tahun. Sekiranya berminat, boleh order kat http://dafinashoppe.blogspot.com/. Buat masa ni, pemilik blog ni belum lagi post pasal baju kurung ni. Nanti tuannya akan update. Sementara tunggu tu, bole tengok baju-baju lain dulu kat blog tersebut yer.

Friday, July 15, 2011

ASAS JAHITAN - Leher Bulat

Saya cuba buat nota cara jahit leher. Susah sikit nak explain tapi saya cuba juga setakat yang termampu. Untuk permulaan ni, buat leher bulat dulu, yang paling senang. Leher buat ni sesuai untuk baju kurung moden. Leher bulat ni juga boleh digunakan untuk baju kurung, just tambah garisan 4" ke bawah di tengah-tengahnya. Tapi, cara jahitan untuk leher baju kurung agak rumit sedikit. Nanti saya buat nota lain yer.

Saya harap anda dapat faham nota leher bulat ni. Tapi, kalau tak faham, saya minta maaf, mungkin nota saya tak jelas. So, boleh email atau tulis pada comment yer.


Memandangkan sekarang ni saya ada tempahan blaus yang memerlukan saya menjahit leher bentuk sampan, saya akan cuba buat nota menggunakan gambar yang saya ambil semasa proses menjahit. Mungkin, dengan cara itu, nota saya akan lebih jelas. InsyaAllah, saya cuba yang terbaik yer. 

Thursday, July 14, 2011

Pisang Oh Pisang (Tips Tanam Pisang)

Mana gambar kebun pisang ni? Hari tu balik kampung, ambil gambar pakai handphone. Tak delete pun. Hari ni nak upload, tengok2 dah tak ada... huhu.. sedihnya, takleh nak bagi tengok pokok-pokok pisang yang berbuah. Selain pokok pisang, rupanya abang ipar saya tanam juga pokok ubi kayu. Dah ada isi pun... tapi tu lah, gambar dah lesap... sayangyer...

Tak apalah, tak ada rezeki nak share gambar. Saya share tips jer la.. Tips ni daripada mak mentua saya. Mak mentua memang ada kebun pisang depan rumah dia. Memandangkan kami ni tak pernah pergi kursus pun pasal tanam pisang ni, kami kursus je lah dengan mak mentua saya yang dah mahir tu...

Tips yang mak mentua saya bagi ialah:
  • Anak pisang yang tumbuh keliling pokok tu jangan terus dicabut. Tunggu sehingga pokok induk tu berbuah dulu, then baru cabut anak dah tanam kat tempat lain.
  • Pokok induk yang rosak/buruk, kena tebang terus supaya tak berjangkit pada anak yang sedang membesar.
  • Semasa pokok pisang sedang meninggi, letak tanah di sekeliling umbi pisang biar tinggi sikit supaya batang pokok jadi gemuk.
  • Rumput-rumput yang dicabut/dimesin dilonggok di sekeliling umbi pisang supaya apabila hujan, air akan terperangkap kat situ. Tanah akan jadi lembap dan cacing akan membiak. So, tanah akan lebih subur dan pokok pisang pun tumbuh dengan sihat.
  • Apabila dah berbuah, tunggu sehingga ada sebiji atau dua biji buah bertukar warna kuning. Lepas tu, boleh tebang pokok pisang tu, dan ambil buahnya, simpan sampai masak.

Setakat itu saja tips untuk hari ni. Nanti ada tips baru, saya kongsi lagi yer...

Wednesday, July 13, 2011

Hari Hari Happy

Dalam seminggu saya bekerja dari hari Isnin sampai Jumaat. Setiap hari saya keluar rumah lebih kurang pukul 7 pagi dan sampai ke rumah lebih kurang pukul 7 petang. Perjalanan dari rumah ke tempat kerja lebih kurang dalam 45 minit - 1 jam bergantung kepada keadaan trafik. So, masa saya di pejabat adalah 10 jam setiap hari.

Masuk saja pejabat, perkara pertama saya buat buka komputer. Sementara tunggu waktu bekerja pukul 8.30, saya akan breakfast dulu dengan kawan-kawan. Kadang-kadang tak sempat habis breakfast, boss dah panggil untuk buat kerja. Boss hanya akan stop cari saya after pukul 6 petang walaupun waktu bekerja saya habis pukul 5.30. Sebabnya boss tahu, transport saya untuk pulang ke rumah adalah pukul 6.

Kerja mana yang tak stress. Kena marah dengan boss, kena sindir dengan kawan sekerja, kena kutuk dengan orang, tu perkara biasa. Dah lali pun. Tapi, kerja tetap jalan. Tanggungjawab tetap dilaksanakan. Kalau dulu, saya selalu bawa balik mood kerja ke rumah. Kalau stress, saya akan masam muka sampai ke rumah. Lepas tu, ada saja benda yang nak dibebelkan.

Tapi, dah 3 tahun lebih kerja ni, saya dah tahu macam mana nak asingkan semua tu. Penat macam mana pun, sampai saja kat rumah (walaupun dengan keadaan rumah yang bersepah), saya rasa lega. Sementara tunggu abang balik, sempat lah saya masak apa yang dia nak makan. Kalau abang kerja malam, abang akan siapkan dinner sebelum saya balik. Then, kami makan sama-sama. After Maghrib, turn abang pula pergi kerja.

Time abang kerja, saya akan menjahit sambil tengok tv. Dekat pukul 12 baru tidur. Kalau tak ada baju yang nak dijahit, saya akan buat cross stitch. Tapi, kalau abang kerja siang, saya kurangkan semua aktiviti tu pada waktu malam. Biasanya, lepas Maghrib kami akan mengaji bersama-sama sampai Isyak. Lepas solat, kami tengok tv sampai pukul 12. Selagi tak pukul 12, mata ni susah nak lelap.

Hari minggu... Kami berdua ni ada tabiat buruk sket. Hari minggu adalah hari bangun lewat. Tak tentu pukul berapa. Lepas Subuh, kami lingkup balik. Bangun je, start buat aktiviti kemas rumah, basuh baju, cuci bilik air, mop lantai dan semua-semualah termasuk iron baju untuk seminggu. Waktu petang pula, abang akan turun ke bawah mengerjakan kebun mini nya.

Kadang-kadang, kalau abang tak overtime, kami keluar juga jalan-jalan ke KL. Tengok wayang, shopping, singgah rumah kawan-kawan dan yang paling best, pergi mandi sungai (dah lama tak mandi sungai rupanya). Kalau ada duit lebih, barulah kami jalan jauh sikit. Tahun ni, kami dah pergi Bukit Merah Laketown Resort dan Felda Hot Spring. InsyaAllah, lepas raya ni pergi Langkawi pula.

Rumah kami pun selalu juga terima tetamu bila hujung minggu. Masa tu lah, kami akan masak sedap-sedap untuk menjamu tetamu. Rasa puas sangat.

So, hidup saya memang seronok. Hari hari seronok. Semoga Allah kekalkan keseronokan ini dan tambah-tambahkan lagi untuk kebahagian kami berdua.

Monday, July 11, 2011

POLA SKIRT KEMBANG

Ada seorang adik menghantar email kepada saya. Adik ni, baru nak belajar jahit skirt sendiri. Alhamdulillah, usaha yang baik ye dik. Adik ni ada attach gambar skirt yang dia ingin jahit. So, dia minta saya lukiskan pola untuk jahit skirt ni.


Apabila saya teliti gambar ni, saya beritahu adik tu yang ianya tak memerlukan pola. Cara jahit dia simple saja cuma kena cermat sikit lah.

So, memandangkan saya ada masa free sikit hari ni, saya terus ambil kertas dan lukiskan cara jahit untuk adik ni. Lukisan saya seperti di bawah:


Skirt ni menggunakan pinggang keras (bukan getah yer). Untuk nampak kemas dan cantik, adik boleh gunakan pinggang 1 setengah inci (yang selalu digunakan untuk buat seluar baju melayu lelaki). Adik boleh refer kat post yang lepas (click) untuk cara menjahitnya. Cara menjahit zip juga ada (click).

Selamat mencuba...

Kalau tak faham or perlukan penjelasan detail, tulis kat comment / email yer..

Saturday, July 9, 2011

Tahajjud Cinta Episod 1

Credits to malaymoviesfull

Episod 1 (Synopsis)
Mengisahkan Citra dan Seri yang sedang menuntut di Cairo bersama 2 orang lagi sahabat mereka iaitu Azihan dan Wadi. Citra merupakan seorang gadis yang nekad dalam memperjuangkan hak wanita ni universitinya sehingga dia dipanggil oleh Professor Khalid. Seri pula sedang dilamun cinta dengan Wadi tanpa mengetahui bahawa ayahnya di kampung telah merancang untuk menikahkan Seri dengan Ustaz Syauki. Ustaz Syauki telah mempunyai 3 orang isteri.

WATCH NOW:

Friday, July 8, 2011

Sekadar Pandangan Peribadi

Sekarang ni satu negara kecoh dengan perhimpunan bersih. Macam-macam berita keluar dekat media. Kadang-kadang saya terfikir sejenak, kita ni sebenarnya berada di negara mana? Katanya, kita dah merdeka lebih dari 50 tahun atau lebih tepat 54 tahun (31 Ogos 2011). Andaikata 54 tahun itu adalah umur manusia, kita sudah dapat bayangkan apakah perwatakan dan tingkah laku manusia tersebut.

54 tahun. Kalau kerja kerajaan, lagi 4 tahun nak pencen. Kalau jawatan kerani, sudah tentu dah naik pangkat jadi CC (ketua kerani). Kalau pangkat pegawai, sudah tentu dah jadi Pengarah / Setiausaha Bahagian. Mungkin juga dah ada yang bergelar Jusa. Itu kalau kerje kerajaan. Kalau tak dibandingkan dengan kerja pun, boleh tengok kehidupan rumahtangga. Pada usia 54 tahun ni, sudah ramai yang begelar datuk atau nenek. Jadi, pada usia itulah, kematangan seseorang diukur melalui perlaksanaan tanggungjawab dan amanah.

Namun, pada ketika Malaysia hendak menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-54, timbul pula satu fenomena yang ternyata mengundang keburukan lebih dari kebaikan. Tidak kira apa alasan, apa sebab sekalipun, cara tersebut ternyata salah. Umum mengetahui, niat tak menghalalkan cara. Jadi, andainya niat untuk berhimpun itu adalah untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan organisasi tertentu, tetapi, caranya adalah dengan mengadakan rusuhan tetap salah. Walaupun arahan sudah dikeluarkan agar perhimpunan diadakan di tempat yang tertutup seperti stadium, adakah kita yakin bahawa ianya tak akan merebak ke jalan raya? Boleh ke kita pastikan?

Apabila fikirkan balik, adakah ini tinggalan Rasulullah untuk ummat baginda? Apakah cara ini yang ditonjolkan oleh Rasulullah ketika menyebar Islam? Adakah terkandung dalam al-Quran yang ummat manusia boleh membuat huru-hara sekiranya ingin membetulkan kesilapan? Sama-sama kita renungkan yer...

Monday, July 4, 2011

Baju Kurung Pesak Gantung

Semata-mata untuk memenuhi tempahan pelanggan tetap saya yang juga merangkap teman baik saya, terpaksalah saya belajar jahitan baju kurung pesak gantung. Teman saya ni jenis tak berkira. Dia sanggup hantar kain-kain dia untuk saya jahit walaupun berulang kali saya cakap yang saya ni belum expert. Dek kerana duk menjahit baju untuk dia plus tempahan kawan-kawan lain, saya dah semakin cekap. Alhamdulillah...

Semasa balik kampung tempoh hari, saya tanya kakak saya cara potong baju kurung pesak gantung ni. Tak susah pun sebenarnya. Cuma bila nak jahit tu, agak confius sikit. Mungkin sebab first time kot. Pastu, terus jahit kain orang.. huhu.. Semalam, sempat saya siapkan satu helai baju kurung pesak gantung dan satu helai baju kurung biasa. Hujung minggu ni baru nak setelkan skirt susun tepi pula.

Tengoklah hasil baju kurung pesak gantung saya ni....


Potongan baju ni agak kecil sebab kawan saya ni saiz XS. Kain ni susah sikit nak jahit sebab terlampau lembut. Tapi, alhamdulillah, menjadi juga. Kain ni hadiah istimewa dari tunangnya, dibeli khas dari Mauritius katanya.. Nice kan???

So, untuk baju kurung pesak gantung ni, saya dah tambah dalam senarai untuk tempahan jahitan. Boleh tengok kat sini untuk harga yer (click).

Sunday, July 3, 2011

Tahajjud Cinta @ TV3

 

Drama: Tahajjud Cinta
Genre Tahajjud Cinta : Semi Islamik
Terbitan Tahajjud Cinta : Rumah Karya Citra
Pengarah Tahajjud Cinta: Erma Fatima
Penolong Pengarah Tahajjud Cinta: Amalina Asmidah
Jurukamera Tahajjud Cinta: Asrar Lukmanal Hakim
Penolong Jurukamera: Ahmad Muhamin, Noor Syaifully Rahmat
Konti: Noor Azura Norman
Pengarah Seni Tahajjud Cinta: Ahmad Fadhli Asmi
Wardrobe: Rohaya Abdullah, Noor Hidayah Murni, Siti Noraisyah Rahman, Azwan Shah Ariffin, Noorrelia Laileyazhar, Muhammad Hazami
Peralatan: Asama Supramaniam, Azura Ahmad
Pencahayaan: Norhisyam Awang, Razdi Mohammad Sarip
Pengurus Produksi: Aziah Azmi
Penolong Pengurus Produksi: Sarif Huddin Abdul
Pekerja Seni: Denny Justin, Mark Ronnald Malajim
Pereka Set: Yaya Ma’embong
Grip: Rsharin Irwan

Pelakon Tahajjud Cinta : Remy Ishak (Solahudin), Fazura (Citra), Fouziah Gous (Seri), Shahz Jaszle (Azihan), Tan Sri Jins Shamsuddin (ayah Citra), Eman Manan (UstazSyauki), Norish Karman (Nora), Tiz Zaqyah (Emelda), Aaron Aziz (suami Nora), Melisa Saila (isteri ketiga), Ziela Jalil (isteri kedua), Erma Fatima (isteripertama), Dira Abu Zahar (isteri keempat), Ahmad Tarmimi Siregar (ayah Seri), Fadilah Mansor Kak Chik (ibu Seri), Haryanto (Tengku Irfan), Neelofa (Armani), Azizah Mahzan (ibu Citra)

Sama-sama kita layan cerita ni nanti yer!!! I like Remy, Fazura, Fouziah, Shahz Jaszle, Tiz & Aaron..

Friday, July 1, 2011

Majlis Menyambut Menantu Zakaria & Fariha @ Marang

Alhamdulillah.. Sahabat baik saya sejak tingkatan 3 hinggalah sekarang, akhirnya telah bertemu jodoh dengan gadis comey lotey dari Kelantan. Bagi meraikan majlis mereka, saya dan abang bertolak dari rumah jam 7 pagi, sampai Marang dalam pukul 12 lebih. Sempat berhenti salin baju kat Dungun dulu sebelum ke tempat kenduri. Kebetulan ketika kami sampai, pengantin perempuan pun baru saja sampai. Tengah duk bergambar, so kami tumpang lah sekaki.


Tak lama selepas tu, bekas guru sekolah menengah saya aka mama datang bersama her family. Lamanya tak jumpa mama, happy sgt dapat jumpa. Muka saya dah mirip muka mama dah pun... hehe..


Dek kerana menunggu teman-teman lain tiba, kami berada kat tempat kenduri sampai pukul 4 petang. Abang sempat makan second round. Apa pun gembira sangat dapat jumpa teman lama. Best...
 
Ex-Smachian 1997 - 2001
(Shazielly, Zakaria & Fariha, Majidah, Azlina, Lailatul, Zaidi, Mansor, Sabariah, Munirah dan Hamimah) - Nice to meet you all friends... May this friendship last forever...

Wednesday, June 29, 2011

Majlis Perkahwinan Norzalman & Siti Hawa @ Trolak

Tarikh: 18 Jun 2011
Lokasi: Felda Trolak Utara, Perak

Norzalman (Man) adalah kawan sekerja abang di Perodua. Kira kawan rapat jugalah. Last year, kami pernah sama-sama tengok wayang kat KLCC. Masa tu, Man bawa tunang dia, Siti Hawa. Kami tengok cerita 2012. 

So, congratulations to Man & Siti. Semoga bahagia selalu, berkekalan dunia dan akhirat..




Friday, June 24, 2011

Harga Tempahan Menjahit Pakaian Wanita

(Kemas kini pada 12 Julai 2011)

Alhamdulillah.. sejak dah belajar menjahit dan boleh jahit baju sendiri ni, saya ada terima beberapa tempahan daripada kawan-kawan. Setakat ni, saya dah siapkan 2 tempahan baju kurung moden. InsyaAllah, lepas ni akan ada lagi since dah ramai yang bertanya. Memandangkan saya ni bukan tailor professional, saya tak letak harga mahal-mahal macam kat butik tu. Sebab, saya tak perlu sewa kedai atau apa-apa barang pun. Just beli benang, zip, butang dan hantar jahit tepi. Kos tak banyak, so boleh lah jimat.

Untuk panduan kawan-kawan yang berminat nak hantar tempahan, boleh refer senarai harga kat bawah ni:
  • Baju kurung - RM25
  • Baju kurung kedah - RM25
  • Baju kurung pesak gantung - RM25
  • Baju kurung moden - RM30
  • Baju kebaya - RM35
(Harga di atas adalah untuk sepasang, baju dan skirt. Tidak termasuk piping, mata lalat/tulang belut, manik dan seumpanya)
  • Blaus biasa - RM12
  • Blaus zip belakang - RM15
  • Blaus butang depan - RM20
  • Skirt - RM10
  • Jubah / Dress labuh - RM40

Harga-harga ni tak termasuk untuk kain jenis sutera lembut, chiffon lembut, satin atau kain-kain licin seperti kain benang hitam. After consult dengan kakak-kakak saya, untuk kain-kain jenis licin dan susah nak potong ni, biasanya ada charge extra bergantung kepada tahap kesusahan kain tu. Harap, anda faham lah ya. Tapi, buat masa ni, saya belum bersedia untuk jahit kain-kain macam ni. Bila dah ready, saya inform, ok?

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberi tambahan pendapatan kepada saya....

Tuesday, June 21, 2011

Cross Stitch - Wedding Gifts

Lama jugak saya tak buat post tentang cross stitch. Walhal, duk kat rumah tu, asyik buat cross stitch je. tapi, tak semua cross stitch yang saya buat, saya post kat blog because cross stitch ni saya buat untuk jadikan wedding gift to my close friends only.

Weekend hari tu, ada 2 wedding (Sabtu & Ahad), kawan abang kat Trolak dan Batang Berjuntai. Abang dah pening-pening, tak tahu nak beli hadiah apa. Masa dah suntuk. So, malam Sabtu tu (kebetulan abang kerja shift malam), saya dapat idea untuk buat cross stitch je. Sebab esoknya dah nak pergi kenduri, saya tak sempat nak fikir idea2 kreatif. Just buat nama saja.

Disebabkan masa jugalah, kami tak sempat nak hantar cross stitch yang dah siap ke kedai untuk diframekan. So, cara mudah, kami beli frame gambar 6R kat kedai photo. Then letak je cross stitch dalam tu.

Comment from abang... "Ok, cantik..."

Hasilnya seperti gambar kat bawah. Gambar ni diambil before letak dalam frame. Yang ni boleh share sebab kawan abang punya.. hehe...



Hari Sabtu, wedding Man & Hawa kat Trolak. Nanti saya nak postkan gambar. Wedding Panjang (Hashim), kami tak sempat bergambar. Apa pun, congratulations to them. Semoga bahagia selalu...

Friday, June 17, 2011

Majlis Pernikahan Zakaria & Fariha

Alhamdulillah, malam tadi sepasang sahabat baik saya sudah selamat bergelar suami isteri. Sama cantik sama padan. Saya tumpang gembira sekali. Walaupun tak dapat attend majlis ni, photo nya sampai juga kat tangan saya. Thanks for sharing Pokya (Zakaria - pengantin lelaki). Majlis ni jauh sangat, kat Kelantan. InsyaAllah, next week saya dan abang akan attend majlis sambut menantu di Marang, Terengganu.

Gambar pernikahan Zakaria & Fariha pada 16 Jun 2011 @ Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.



Cantik tak Fariha? Kawan office saya cakap muka macam hindustan. Nak kata keturunan mamak, kulit putih plus bukan asal Penang pun. Tapi, biasa lah orang cakap, orang Kelantan ni cantik-cantik.

Untuk majlis pernikahan ni, saya sediakan 3 dulang hantaran plus bunga tangan. Gambar bunga tangan ada kat tangan Fariha tu. Nampak kecil pulak. Tapi bak kata Pokya, bunga tangan kecil tak apa, yang penting bunga di hati dan besor... hehe.. Kat bawah ni gambar bekas hantaran cincin untuk pengantin lelaki dan rantai tangan untuk pengantin perempuan. Satu lagi hantaran mas kahwin, saya hanya ada gambar lama yang belum modify. Bekas hantaran baru yang saya buat tu, saya lupa nak ambil gambar. Lets take a look...




Seperti yang saya beritahu kat atas tadi, bekas hantaran mas kahwin tu dah outdated. Sorry...

Thursday, June 16, 2011

POLA BAJU KURUNG KEDAH

Dah lama rasanya saya tak bagi nota jahit. Sorry yer... Kali ni saya nak share pola baju kurung kedah.. Tengok picture kat bawah:


1-4: lebar bahu bahagi 2
4-5: 3.5" - 4.5" (ikut keselesaan)
4-6: labuh tangan
6-7: keliling tangan bahagi 2
1-2: bahu ke dada
2-8: keliling dada bahagi 4 dan tambah 1"
1-3: labuh baju
3-10: keliling punggung bahagi 4 dan tambah 1"
8-9: 3"
After lukis pola ni, potong kepada 2 bahagian (warna biru & warna purple tu bahagiannya). Untuk leher, seperti leher baju kurung yer.

Baju kurung kedah ni sesuai dipakai dengan skirt seliseh depan. Boleh refer nota sebelum ni (click).

Selamat mencuba...

Tuesday, June 14, 2011

Nur Kasih The Movie

Sempena menyambut ulang tahun pernikahan kami yang ketiga, kami ke KLCC, layan Nur Kasih. This year punya anniversary, no cake! no special cook! Just Nur Kasih The Movie. Kalau every year celebrate dengan cake pun bosan jugak kan. So, lets make some difference...

Memang tak menghampakan. Jalan cerita dia berbeza daripada tanggapan saya. Start sahaja cerita, bulu roma saya dah meremang. Babak-babak dalam drama Nur Kasih dulu dah bermain-main kat fikiran. Tiba-tiba rasa menusuk kalbu. Rasa sedih dan nak menangis. Memang berkesan betul cerita ni dalam jiwa saya. Abang macam biasa lah, ala-ala maco gitu. Takkan lelaki nak nangis kot.

Dengar cerita, filem ni dah kutip RM2.3 juta after 4 hari tayangan. Agak-agaknya sekarang ni dah berapa ye? Cuba gak cari update, tapi tak jumpa. Ada siapa-siapa yang boleh tolong update?

Jalan cerita filem Nur Kasih ni betul-betul menguji rasa cinta seorang hamba kepada Penciptanya. Apa yang dipertontonkan memang banyak pengajaran dan iktibar. Betullah, andainya cinta antara pasangan suami isteri itu berlandaskan cinta kepada Allah, pasti Allah akan membawa mereka ke jalan bahagia. Dugaan demi dugaan yang terpaksa dilalui oleh Nur dan Adam membuktikan rasa sayang Allah kepada mereka. Dugaan itulah yang membawa kebahagian hingga ke akhir hayat mereka.

After tengok cerita ni, saya panjatkan doa pada Allah agar Dia kukuhkan kasih sayang antara kami seperti mana kukuhnya kasih sayang antara Nur dengan Adam. Walaupun Nur dan Adam adalah watak rekaan manusia semata-mata, tapi saya rasa seolah-olah mereka ni wujud. Setiap babak yang dilakonkan bukan rekaan, sebaliknya ia pernah berlaku kepada sesiapa saja di muka bumi ini.

Thanks to the penerbit dan pengarah di atas penghasilan filem hebat ini. Semoga pada masa akan datang, lebih banyak filem-filem berunsurkan keagamaan dan kasih sayang ini dihasilkan. Jangan terlalu ghairah dengan cerita-cerita hantu yang kadang kala boleh menyesatkan. Filem/drama juga boleh jadi satu bentuk dakwah yang InsyaAllah akan dikurniakan pahala dan ganjaran oleh Allah swt nanti.

NUR KASIH THE MOVIE


Friday, June 10, 2011

Jubah / Dress Labuh

Dah lama sebenarnya teringin nak jahit jubah ni. Jubah version moden tapi tak ada ketat sangat. Muat-muat badan je, kira sedap pakai lah. Actually, cikgu jahit saya dulu tak ajar pun jahit jubah ni. Tapi saya buat pandai-pandai sendiri. Saya guna pola untuk baju kurung moden dan panjangkan labuh baju. Untuk jubah ni, saya tak buat zip belakang macam baju kurung moden sebab taknak ketat sangat. Untuk mudah pakai, saya tak buat dart.

Boleh tengok gambar jubah saya kat bawah:


Gambar tak cantik sangat coz camera tak power. Pakai camera hp je tu.. Lupa nak mention, bukaan lengan saya buat lebar, ala-ala saloma gitu. Leher pulak saya buat macam baju kurung jahit bukaan bawah tu saya buat bentuk ovul. Boleh lah kan? Nak pola ke? Nanti saya post yer...


Monday, June 6, 2011

Apa Perasaan Anda?

Apakah perasaan dan tindakan anda apabila seseorang berkata sedemikian kepada anda?
  1. Kau telalu angkuh dengan kesenangan yang kau miliki sekarang
  2. Kau tak akan hidup senang sampai bila-bila
Kata-kata seperti di atas dilemparkan tanpa usul periksa dan berdasarkan hasad dengki semata-mata.

Sunday, May 29, 2011

OUR THIRD ANNIVERSARY

ALHAMDULILLAH... SYUKUR KE HADRAT ILAHI DENGAN LIMPAH KURNIANYA KAMI TELAH BERSATU SELAMA 3 TAHUN. SEMOGA HUBUNGAN INI BERKEKALAN SELAMANYA....

Ya Allah, ampunilah dosa kami, maafkan segala kesilapan kami. Ya Allah, jadikan kami pasangan suami soleh dan isteri solehah. Rahmati rumahtangga kami dengan saling mencintai, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Berkati kami dengan rezeki yang halal dan zuriat yang soleh dan solehah. Jadikan kami umatMu yang bersyukur di atas semua kurniaan dan bersabar menghadapi dugaan dan cabaran. Ya Allah, kekalkan kasih sayang antara kami dunia dan akhirat... Amin... 

Mengimbau kembali kenangan di hari perkahwinan kami....






Wedding - Suhailizan & Siti Aminah @ Sabak Bernam

Alhamdulillah... Tanggal 27 Mei 2011, seorang lagi sahabat saya selamat mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihan hatinya. Majlis akad nikah diadakan selepas Asar. Semasa majlis akad nikah ni, saya dipertemukan dengan 3 org gadis jelita.. Adik-adik yang juga merupakan kawan kepada Suhailizan. Seronok sangat berkenalan dengan adik Zana, Icha & Sha.. Mereka ni happy go lucky, peramah dan sporting. Jum tengok photo menarik di bawah:

 Di perkarangan masjid before majlis akad nikah
Dari kiri: Zana, saya, abang, Suhailizan (pengantin), makcik Hairunnisa (mak pengantin), Sha, kawan makcik, Icha & kawan makcik...

Alhamdulillah... selesai sudah...

I like this picture.. kalau jalan sambil pegang tangan lagi nampak cantik kan???

Semoga bahagia dunia dan akhirat

Pengantin lama & pengantin baru...

Rombongan pengantin lelaki...