Monday, January 31, 2011

Wajah Baru inayus.blogspot

Hari ni memandangkan ramai orang bercuti, kerja saya pun tak banyak, so sambil2 buat database oleochemicals ni, saya curi2 masa untuk touch up blog page saya ni mengikut selera sendiri. Saya ni cepat bosan, so dari semasa ke semasa, blog saya ni akan bertukar wajah.

Saya sempat juga view blog kawan-kawan termasuk blog seorang kawan pejabat saya ni. Dalam entry terbarunya, dia beritahu bahawa banyak benda yang dia nak buat tapi belum buat-buat lagi. Sebenarnya, bukan dia seorang saja macam tu, saya pun sama.

Dalam hal macam ni, kita tak boleh nak salahkan siapa2 sebab kita sendiri tahukan kerja kita di office ni. Nama saja government tapi kerja mengalahkan private sector. Tak apalah, dah namanya berkhidmat untuk negara, kan?

Jadi, untuk dipermudahkan segala urusan seharian kita, jangan lupa baca doa ni setiap kali selepas solat Subuh...

Maksudnya:

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"

thanks to http://doaharian.blogspot.com/

Friday, January 28, 2011

Hantaran Pertunangan - Tema White & Cream

Tempahan kali ini tak banyak, 2 bekas sahaja memandangkan tuan punya badan tak nak buat hantaran banyak-banyak. 3 bekas termasuk tepak sireh. So, saya hanya diminta untuk buat bekas cincin dan bakul buah. Design kali ni agak rumit sikit, tapi alhamdulillah berjaya siapkan seperti yang diminta.


 Bekas Cincin


 Bekas Buah



Ok lah kan? Tapi bekas cincin tu macam tak lengkap. Ingat nak tambah hiasan lagi tp tuan punya badan cakap dah ok. So, kira ok lah.. Harga untuk 2 bekas ni agak mahal sikit since renda yang digunakan ada kristal plus nak buat pun susah sikit. Dalam RM120 sahaja.

Wednesday, January 26, 2011

Hantaran Pertunangan - Tema Maroon & Gold

Alhamdulillah.. akhirnya ada juga teman yang sudi menempah hantaran pertunangan dengan saya. Untuk tempahan pertama ni, saya berjaya buat 7 bekas hantaran iaitu 4 kotak dan 3 bakul termasuk tempat letak cincin. Harga yang dibayar untuk kesemua bekas ni adalah RM250 sahaja.


 Kotak (pandangan atas)

Kotak (pandangan sisi)

Bakul buah

Bakul Sireh

Bekas Cincin

Inilah hasilnya secara keseluruhan


Next, ada satu lagi set hantaran pertunangan yang sedang dalam proses...

Sunday, January 23, 2011

Aroma Perfume Spray - RM29.90 sahaja

For Men Inspired by Paco Rabban

 For Women Inspired by Ralph Lauren
Kelebihan:
- Pati Minyak wangi tanpa campuran alkohol
- Sesuai digunakan ketika solat
- Botol Roll On yang mudah dibawa
- Tahan sepanjang hari
- Bauan yang terkenal tanpa berbelanja ratusan ringgit
Saiz botol: 15ml
Harga sekotak: RM29.90

Baju Kurung Moden

Alhamdulillah.. semalam sempat juga saya siapkan baju kurung moden. Rasa happy and tak sabar nak pakai pergi kerja. hehe.. Nak jahit baju tak ada masalah, cuma kainnya agak rumit. Kain kipas belakang.. susah juga to akhirnya berjaya. Hasilnya.....



Apabila pakai, jadilah macam ni...







Macam mana, jadi tak? boleh lah kan.. nak tempah? tunggu.. tak expert lagi. kena practice byk2 dulu.

Saturday, January 22, 2011

Baju Tidur & Baju Princess Line

Sudah masuk sesi kedua (another 16 hours) kelas jahitan saya. 16 jam pertama dah habis. Saya sempat belajar sampai baju blaus butang hadapan. Untuk baju-baju yang seterusnya, saya tambah lagi 16 jam. Bayaran sama, RM100 sahaja. Untuk sesi kedua ni, pembelajaran jadi lebih cepat sebab saya dah tahu teknik menjahit sedikit sebanyak. Jadi, saya hanya belajar buat pola dan cara jahit di kelas.Then, saya akan jahit baju tersebut di rumah menggunakan mesin jahit sendiri.

Selepas buat blaus, saya buat baju tidur. Baju tidur ni agar lebar saiznya, tapi bila pakai ok je. Saya buat baju tidur yang simple dulu, tanpa lengan dan singkat. Ini lah hasilnya....


 Terangnya.. huhu.. kain ni export dari turkmenistan tau. Best yang bagi.. Thanks Aza.. ini cuma half of the kain. Another half tgh pikir nk buat baju apa. Kalau boleh yang special sket. Since kain ni terlalu colourful dan terang, kena combine dengan kain plain utk jadikan sepasang baju. I will think about it later.. Apa pun, thanks to Aza coz bagi kain ni. Sedap dipakai. Lembut jer...

Next, baju cutting princess line. Mula-mula saya tak boleh bayang ini baju apa. Kak Ida bagi pola, saya lukis je, tak nampak pun cara nak jahitnya macam mana. Kat kelas, kak Ida ajar cara nak potong. Rupanya baju ni adalah baju yang selalu dipakai oleh princess dalam cerita lama-lama tu. Antaranya cerita puteri kayangan lakonan Juliana Evans tu. Cuma bezanya, skirt dia kembang sebab dia dah letak kain keras kat dalam supaya skirt tu jadi kembang. Yang saya punya ni tak kembang sgt lah..


Ni bahagian atasnya yang agak susah nak jahit
 Bila dah pakai, macam nilah jadinya...


Tak nampak sangat line nyer coz pakai kain yang sama nyer. sepatutnya buat combination 2 kain, plain & bercorak. Tapi yang second nanti, rasanya taknak buat yang kembang lah. Macam tak cantik pula kalau saya pakai baju kembang ni..

Baju seterusnya kurung moden. Baju dah siap jahit, tinggal kain ja. Saya akan cuba siapkan hari ni juga. Esok boleh post..

Tuesday, January 4, 2011

Blaus Butang Depan

Kali ni saya nak share gambar blaus butang depan yang dah siap dijahit. Macam saya beritahu sebelum ni, saya ada buat modification sket iaitu tambahan renda kat depan dan butang di pergelangan tangan. Baju ni dah pakai pun sekali hari tu. Oklah, selesa.. cuma kat pergelangan itu ketat sikit. Tersalah ukur, maklumlah budak baru belajar.


After siap baju ni, saya buat 2 lagi blaus butang depan ni untuk pakai bila ada factory visit. So, payah risau nak pakai baju kemeja yang singkat dan ketat lagi. Baju buatan sendiri lagi selesa.. Next, baju tidur pulak.