Saturday, January 22, 2011

Baju Tidur & Baju Princess Line

Sudah masuk sesi kedua (another 16 hours) kelas jahitan saya. 16 jam pertama dah habis. Saya sempat belajar sampai baju blaus butang hadapan. Untuk baju-baju yang seterusnya, saya tambah lagi 16 jam. Bayaran sama, RM100 sahaja. Untuk sesi kedua ni, pembelajaran jadi lebih cepat sebab saya dah tahu teknik menjahit sedikit sebanyak. Jadi, saya hanya belajar buat pola dan cara jahit di kelas.Then, saya akan jahit baju tersebut di rumah menggunakan mesin jahit sendiri.

Selepas buat blaus, saya buat baju tidur. Baju tidur ni agar lebar saiznya, tapi bila pakai ok je. Saya buat baju tidur yang simple dulu, tanpa lengan dan singkat. Ini lah hasilnya....


 Terangnya.. huhu.. kain ni export dari turkmenistan tau. Best yang bagi.. Thanks Aza.. ini cuma half of the kain. Another half tgh pikir nk buat baju apa. Kalau boleh yang special sket. Since kain ni terlalu colourful dan terang, kena combine dengan kain plain utk jadikan sepasang baju. I will think about it later.. Apa pun, thanks to Aza coz bagi kain ni. Sedap dipakai. Lembut jer...

Next, baju cutting princess line. Mula-mula saya tak boleh bayang ini baju apa. Kak Ida bagi pola, saya lukis je, tak nampak pun cara nak jahitnya macam mana. Kat kelas, kak Ida ajar cara nak potong. Rupanya baju ni adalah baju yang selalu dipakai oleh princess dalam cerita lama-lama tu. Antaranya cerita puteri kayangan lakonan Juliana Evans tu. Cuma bezanya, skirt dia kembang sebab dia dah letak kain keras kat dalam supaya skirt tu jadi kembang. Yang saya punya ni tak kembang sgt lah..


Ni bahagian atasnya yang agak susah nak jahit
 Bila dah pakai, macam nilah jadinya...


Tak nampak sangat line nyer coz pakai kain yang sama nyer. sepatutnya buat combination 2 kain, plain & bercorak. Tapi yang second nanti, rasanya taknak buat yang kembang lah. Macam tak cantik pula kalau saya pakai baju kembang ni..

Baju seterusnya kurung moden. Baju dah siap jahit, tinggal kain ja. Saya akan cuba siapkan hari ni juga. Esok boleh post..

No comments:

Post a Comment