Monday, January 31, 2011

Wajah Baru inayus.blogspot

Hari ni memandangkan ramai orang bercuti, kerja saya pun tak banyak, so sambil2 buat database oleochemicals ni, saya curi2 masa untuk touch up blog page saya ni mengikut selera sendiri. Saya ni cepat bosan, so dari semasa ke semasa, blog saya ni akan bertukar wajah.

Saya sempat juga view blog kawan-kawan termasuk blog seorang kawan pejabat saya ni. Dalam entry terbarunya, dia beritahu bahawa banyak benda yang dia nak buat tapi belum buat-buat lagi. Sebenarnya, bukan dia seorang saja macam tu, saya pun sama.

Dalam hal macam ni, kita tak boleh nak salahkan siapa2 sebab kita sendiri tahukan kerja kita di office ni. Nama saja government tapi kerja mengalahkan private sector. Tak apalah, dah namanya berkhidmat untuk negara, kan?

Jadi, untuk dipermudahkan segala urusan seharian kita, jangan lupa baca doa ni setiap kali selepas solat Subuh...

Maksudnya:

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"

thanks to http://doaharian.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment