Monday, February 28, 2011

ASAS JAHITAN - Zip

Sebelum belajar jahit baju/skirt, kena tahu jahit zip dulu. So, untuk yang belum tahu macam mana nak jahit zip, bolehlah guna panduan seperti di bawah:

Biar saya terangkan dengan lebih detail:
  • Untuk langkah no. 2, basi yang diambil kebiasaanya adalah 1 inci. Sebelum mulakan jahitan, ukur dulu panjang zip dan buat tanda.
  • Titik b seeloknya di atas hujung zip yang ada besi tu. Tengok pic di atas ni:
  •  Jahitan c ke d adalah untuk menutup gigi zip.
  • Seeloknya, sebelum jahit juna mesin, jahit jelujur dulu dengan tangan supaya kain dan zip tak lari.
Bila dah pandai jahit zip ni, kita belajar pula jahit pinggang. Lepas tu baru boleh buat skirt. Selamat menjahit!!!

Saturday, February 26, 2011

Kelas Jahit Sesi Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Saya menerima maklum balas positif daripada rakan-rakan yang berminat untuk bersama-sama saya belajar menjahit. Memandangkan saya juga ada pekerjaan tetap, adalah sukar untuk saya mengendalikan kelas jahitan. Jadi, apa gunanya ada blog kalau saya tak boleh buat kelas secara online, betul tak? So, setelah berfikir panjang, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya memulakan kelas jahitan saya secara online dengan percuma. Tapi bukannya percuma terus tau. Bayarannya akan ada tapi itu kemudiannya punya cerita. Kita proceed yang free dulu, ok?

Untuk belajar menjahit ni, ada beberapa peralatan yang anda perlu ada sebelum kelas dimulakan. So, hari ni saya akan senaraikan peralatan yang diperlukan.
  1. Kain (saya prefer kain cotton sebab senang dipotong dan dijahit)
  2. Pembaris tukang jahit - ada 3 iaitu lurus, lengkok dan bentuk L
  3. Gunting kain, gunting benang dan gunting kertas
  4. Tali tape (atau dikenali dengan tali inci)
  5. Kapur tukang jahit (atau pencil tukang jahit)
  6. Roda sureh
  7. Penetas
  8. Kertas karbon tukang jahit
  9. Jarum peniti
  10. Benang
  11. Kertas gam (yang nipis)
  12. Kertas minyak untuk buat pola
  13. Dan yang paling penting adalah MESIN JAHIT.
Sila sediakan peralatan seperti di atas terlebih dahulu. Next blog, kita akan mulakan kelas yang pertama.

Sebelum tu, saya minta kerjasama anda yang berminat untuk mengikuti kelas jahitan ni, sila beritahu saya melalui email atau tulis saja di ruangan komen. At least saya boleh monitor siapa yang sudi berkongsi ilmu dengan saya ni. Saya juga alu-alukan pandangan dan komen daripada pakar-pakar jahit seluruh Malaysia. Semoga kita sama-sama dapat berkongsi dan meningkatkan ilmu.

Friday, February 25, 2011

1.3 Juta Penonton Trilogi Cinta

SELEPAS enam minggu disiarkan, drama Trilogi Cinta lakonan Rosyam Nor, Amyza Adnan dan Fouziah Gous berjaya menduduki tempat ke-22 dalam carta senarai 50 rancangan popular AC Nielson dengan jumlah penonton lebih sejuta orang.

Trilogi Cinta menjadi drama pertama TV1 yang berjaya meraih jumlah penonton tertinggi selepas dua tahun tidak mencapai kedudukan rancangan terbaik. Sehingga kini, drama Trilogi Cinta berjaya mencatat jumlah penonton melebihi 1.3 juta.

Justeru, ia kembali menjadikan TV1 tarikan penonton.

Disiarkan tiga hari berturut-turut dari Ahad hingga Selasa, jam 10 malam drama ini memaparkan konflik kekeluargaan suami isteri - Razif, Salmi dan Norjinah. Sebanyak 40 episod, ia diadaptasi daripada tiga novel popular nukilan Sharifah Abu Salem.

Diterajui pelakon berpengalaman, Rosyam berjaya melakonkan watak Razif, seorang suami yang sabar dan penyayang terhadap isterinya, Salmi walaupun wanita itu pernah curang. Bahkan, Razif juga ikhlas menerima Salmi yang lumpuh akibat kemalangan.

Bagaimanapun, kehadiran Norjinah lakonan Fouziah dalam keluarga Razif yang mempunyai dua anak perempuan nyata sangat bermakna. Namun, Salmi (Amyza) pula cemburu kerana mendapati Razif dan anak-anaknya lebih rapat serta menyayangi Norjinah.


Demi kasih sayang pada suami dan anak, Salmi sanggup hidup bermadu dan menyuruh Razif mengahwini Norjinah. Sejauh manakah, Salmi mampu menerima kehadiran Norjinah dalam keluarganya? Teruskan menonton drama Trilogi Cinta di TV1.

Justeru, antara barisan pelakon lain yang menjayakan drama terbitan Suhan Movies and Trading Sdn Bhd ialah Siti Fazurina, Aida Khalidah, Raisuddin Hamzah, Yuswaisar Nadzim Othman, Addy Ashraf, Roslan Salleh, Mak Wan Dan Rey Redzuan.

Bagi Norjinah yang ikhlas menerima Razif sekeluarga, mampukah dia melayari kehidupan sebagai isteri dengan tenang? Oleh itu, penonton drama Trilogi Cinta pastinya ingin tahu bagaimanakah berakhirnya kisah cinta tiga segi yang menyentuh hati ini.

- Sumber Harian Metro 24 Februari 2011

Friday, February 18, 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
 
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh."

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku."

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
 

Wednesday, February 9, 2011

Aroma Footpatch - RM25 sekotak

Kelebihan:
- Mengaktifkan sel-sel badan
- Melegakan sakit tumit dan tapak kaki
- Membantu merawat masalah jerawat
- Membantu tidur lena
- Membantu merawat mereka yang masalah sinus/resdung
- Membantu melegakan sakit pinggang
- Melegakan gout
- Penyakit-penyakit lain melalui titk refleksologi di tapak kaki

Kuantiti: 6 pcs untuk kegunaan 3 malam
Harga: RM25.00

Tuesday, February 8, 2011

TAHNIAH

Congratulations to my lovely niece Mimi Husaira a.k.a. adik for getting a job as a staff nurse at Gleneagles Medical Centre, Penang.

Pesan chesu untuk adik..

"Kerja dengan hati yang ikhlas kerana Allah. Semoga rezeki yang dikurniakan mendapat keberkatanNya. Jangan lupa berbakti kepada ibubapa yang banyak berjasa. Dan, jangan lupa belanja chesu yer"

Monday, February 7, 2011

Trilogi Cinta Rosyam Nor dan Fouziah Gous



Sharifah Abu Salem dan Rosyam Nor - kedua-duanya saya minat. Semasa zaman universiti, saya banyak membeli novel karya Sharifah Abu Salem, antaranya ialah novel trilogi TAK SEINDAH MIMPI, TAK SEMANIS IMPIAN & TIADA LAGI MIMPI.

Seingat saya suatu ketika dahulu pernah sekali novel Sharifah Abu Salem diadaptasi menjadi drama. Saya lupa tajuknya tapi watak utamanya kalau tak salah saya adalah Sharifah Emily. Drama tersebut disiarkan waktu petang melalui saluran RTM. Seingat saya, saya hanya menonton 2-3 episod sahaja. Sebabnya, 1-Jalan cerita jadi tak menarik, 2-Lakonan watak utama yang kaku.

Apabila dapat tahu yang sekali lagi novel Sharifah Abu Salem akan dijadikan drama, saya tidak lepaskan peluang untuk menontonnya. Kali ini, Rosyam Nor dengan beraninya memikul tanggungjawab untuk menghidupkan watak-watak yang dicipta oleh Sharifah Abu Salem di dalam 3 novel bersirinya. So, untuk drama TRIOLOGI CINTA ni, saya bagi 5 bintang kepada Rosyam Nor kerana beliau telah berjaya menghasilkan drama yang hebat ini. Saya juga berpuas hati dengan lakonan semua pelakon dalam drama ini.

Kepada teman-teman, jangan lupa saksikan drama terhebat daripada Rosyam Nor iaitu TRILOGI CINTA setiap hari ahad, isnin dan selasa, jam 10.00 malam di TV1.. Jom layan... Best... 


Watch TRILOGI CINTA online now (click)