Saturday, February 26, 2011

Kelas Jahit Sesi Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Saya menerima maklum balas positif daripada rakan-rakan yang berminat untuk bersama-sama saya belajar menjahit. Memandangkan saya juga ada pekerjaan tetap, adalah sukar untuk saya mengendalikan kelas jahitan. Jadi, apa gunanya ada blog kalau saya tak boleh buat kelas secara online, betul tak? So, setelah berfikir panjang, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya memulakan kelas jahitan saya secara online dengan percuma. Tapi bukannya percuma terus tau. Bayarannya akan ada tapi itu kemudiannya punya cerita. Kita proceed yang free dulu, ok?

Untuk belajar menjahit ni, ada beberapa peralatan yang anda perlu ada sebelum kelas dimulakan. So, hari ni saya akan senaraikan peralatan yang diperlukan.
  1. Kain (saya prefer kain cotton sebab senang dipotong dan dijahit)
  2. Pembaris tukang jahit - ada 3 iaitu lurus, lengkok dan bentuk L
  3. Gunting kain, gunting benang dan gunting kertas
  4. Tali tape (atau dikenali dengan tali inci)
  5. Kapur tukang jahit (atau pencil tukang jahit)
  6. Roda sureh
  7. Penetas
  8. Kertas karbon tukang jahit
  9. Jarum peniti
  10. Benang
  11. Kertas gam (yang nipis)
  12. Kertas minyak untuk buat pola
  13. Dan yang paling penting adalah MESIN JAHIT.
Sila sediakan peralatan seperti di atas terlebih dahulu. Next blog, kita akan mulakan kelas yang pertama.

Sebelum tu, saya minta kerjasama anda yang berminat untuk mengikuti kelas jahitan ni, sila beritahu saya melalui email atau tulis saja di ruangan komen. At least saya boleh monitor siapa yang sudi berkongsi ilmu dengan saya ni. Saya juga alu-alukan pandangan dan komen daripada pakar-pakar jahit seluruh Malaysia. Semoga kita sama-sama dapat berkongsi dan meningkatkan ilmu.

23 comments:

  1. hello, kalau nak belaja menjahit dari u sendiri boleh ke?

    ReplyDelete
  2. Boleh tu boleh. Tapi macam mana?

    ReplyDelete
  3. salam awak.....tahniah kerana berkongsi ilmu dan sesungguhnya ilmu yang awak curahkan ini akan berkekalan digunakan oleh orang lain selagi blogger tak tutup.....saya doakan awak dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata....InsyaAllah ada rezeki awak...teruskan berusaha....Allah swt mendengar rintihan hambanya....dan mudah-mudahan ilmu yang awak curahkan ini menjadi keberkatan di dalam kehidupan awak....amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Thank you Lembayung Senja.
      Amin ya rabbal alamin... :)

      Delete
  4. Saya berminat sangat nak belajar.. Harap Cik ina dapat bantu sya yg memang xpandai lgsung. Sudi berkongsi ilmu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. boleh.. kita sama2 kongsi yer.. saya pun tak terer sgt lg. masih belajar juga.. :)

      Delete
  5. Saya minat sgt nak belajar menjahit tp zero knowledge.....dulu blaja menjahit ms form 2 itupun 20 thn lepas....harap dpt tunjuk ajar....bole ke saya email puan kalo ada pertanyaan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh... email saya azlina.hussin@yahoo.com.

      Delete
  6. Salam.. tqvm sbb share ilmu..

    ReplyDelete
  7. Salam - email saya rosnitaahmad032@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  8. Saya berminat tapi mesin jahit pulak takde. Mcm mana?

    rozihana@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada mesin jahit dulu lah sis.. hehe

      Delete
  9. Assalammualaikum...
    Haaa saya ni berminat juga nak join. Dulu ada la juga basic menjahit cuma dh lama tak pegang mesin rasa mcm dh lupa lak cara nk buat dasar baju. Harap2 saya dapat la join dan Inayus sudi mengajarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... boleh jer... dalam blog ni ada je tutorial yg simple dan mudah difahami. Kalau nak tahu lebih lanjut ttg cara lukis dasar, boleh beli e notes atau e pola dr saya... :-)

      Delete
  10. terima kasih inayus.... saya memang nak belajar menjahit sgt sebab minat tapi tak tahu nak mulakan langkah.... boleh suggest tak mesin jahit yang sesuai untuk digunakan... bajet yang sderhana... tidak mudah rosak dan apa2 berkaitan dengan mesin jahit.... terima ksih skali lagi inayus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba brand singer atau juki. Ambil yg basic. Better tanya tauke kedai sebab saya x expert sgt bab mesin ni. Saya beki mesin jahit epal tu, brand matsuyuki rasanya. Alhamdulillah, tahan lama jugak laa

      Delete
  11. Hi salam perkenalan.

    Blog anda sangat menarik dan saya pasti kunjungi sebagai rujukan. Minat menjahit saya telah kembali setelah dikurniakan anak perempuan (usia 6 bulan). yela...5 tahun menunggu pastinya saya mahukan sesuatu ekslusif utk dia...(jahit sendiri).. insyallah. Blog ini pasti akan saya kunjungi sekerap mungkin. Rujukan sangat jelas. :)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum... ramai juga yang minat nak belajar menjahit. Saper2 yang x ada mesin jahit lagi boleh contact akak untuk beli mesin jahit. Bayaran ansuran pun ada. Lawati http://epaljohor.blogspot.com/
    Call/sms/whatsapp pun boleh.. 012-7032846

    ReplyDelete