Thursday, March 31, 2011

Jotun Nilai Opening Ceremony

Semalam, bersamas-sama my superior (Cik Zue) and Customs Dept officer (Pn. Fazillah), saya pergi ke nilai untuk Majlis Perasmian Kilang Cat Jotun @ Kawasan Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan. Kami bertolak pukul 2.30pm dari KL Sentral. Sampai Nilai dalam pukul 3 lebih. Memangdangkan event start pukul 4, kami makan-makan dulu kat McD.

This is my first time to paint factory. Dalam fikiran saya, kilang cat ni tak ada lah special sgt, just process of mixing and blending jer. Tapi, I was wrong. Bila sampai kat Jotun, kami surprise tengok all the equipment and machinery. Mostly imported from Germany. Teknologi memang tip top.

Based on the company's announcement, the investment of this project is about RM160 million. Besar tu untuk kami punya KPI.. hehe.. Sebagai seorang insan kerdil yang turut terlibat (minor contribution) dalam pembukaan kilang Jotun ni, saya rasa bangga sangat bila dapat tengok kilang Jotun ni.

Event semalam pun tak kurang hebatnya. Mereka import band khas from Norway. The grandson of Jotun founder pun datang (from Norway). And the best thing is Adibah Noor sebagai pengacara majlis dan juga penghibur. Kagum sangat dengan semangat Penguin mereka (Logo Jotun kan Penguin). hampir semua staff Jotun terlibat buat performance semalam. Very interesting.

Bab makan, for sure lah terbaik. Chinese food, I love it. Tapi, semalam tak boleh makan banyak coz perut dah kenyang makan McD.

So, jom beli cat Jotun!!! hehe.. Cat lain pun best jugak tp post kali ni nak promote Jotun memandangkan rumah skrg memang pakai cat Jotun.

Tuesday, March 29, 2011

Masalah... Masalah...

Bukan niat nak buka pekung di dada tapi dada ni dah tak tahan sangat nak menanggung. Marah, sakit hati, kecewa, semuanya dah buat sarang kat dalam hati ni. Umur yang makin meningkat ni sepatutnya selari dengan akal fikiran yang makin matang. Ini tidak, dah besar panjang, ada anak bini, tapi otak masih lagi tak boleh nak fikir. Masa kecil, mak ayah dah susah payah nak jaga kita. Bagi makan, pakai. Bila dah besar, pandai-pandailah bantu mak ayah pula. Bukannya tahu menyusahkan saja. Perkataan yang paling kasar nak keluar kat mulut ni.. Dari kecil sampai besar, tak habis2 nak susahkan orang..

Orang tua biasalah. Kalau ada 10 orang anak pun, 10 10 dia sayang. Mana diaorg reti nak abaikan anak-anak. Apa yang anak buat, tak kira betul atau salah, mestilah diaorg nak bela. Dah namanya mak dengan ayah. Diaorg yang lahirkan anak ni kat dunia, of course lah diaorg nak anak diaorg hidup senang dan tak menderita.

Tapi, kita ni sebagai anak, takkan masa susah dan derita je baru nak cari mak ayah. Masa senang, ada nak ingat mak ayah? Ada nak pikir mak ayah makan apa kat rumah? Kalau ada duit lebih, ada nak hantar bagi mak ayah? Besarkan perut sendiri tau lah pulak. Perut mak ayah yang makin kempis tu ada diaorg nak kisah? Nasib baik mak ayah ni ada anak lain yang sanggup berhempas pulas bekerja. Asal ada duit lebih je, mak ayah lah yang diutamakan.

Bila mak ayah dah senang lenang, hidup suka ria, riang gembira, barulah datang anak bertuah nak minta tolong itu ini. Angkut semua anak bini, menempek dengan mak ayah bila dah mula susah. Mak mana yang tak sayang anak? Yang tak suka anak balik ke pangkuan? Tapi kalau balik nak menyusahkan, buat apa? Kang ditegur, lain pulak cerita nya. Cakap elok2 bukannya nak faham bahasa.

Harap-harap, raya tahun ni tak bertukar jadi perang dunia. Semoga hamba-hamba Allah yang terlibat ni sedar, insaf, bertaubat!!! Melarikan diri bukanlah jalan penyelesaian. Ingatlah Allah, perbaikilah segala kesilapan sementara masih ada nyawa ni. Kepada yang terpaksa menahan marah dan sakit hati, sama-sama lah kita berdoa agar Allah tenangkan hati kita dan jadikan kita orang yang sabar...

Allahu Akbar... Semoga Allah permudahkan segala-galanya...

Wednesday, March 23, 2011

POLA BAJU KURUNG

Ramai orang anggap jahit baju kurung adalah senang. Pada saya, baju kurung ni memang nampak senang tapi leceh. Saya lagi senang jahit baju kurung moden. Tapi, macam biasalah, Practice Makes Perfect. So, setakat ni saya dah jahit 3 pasang baju kurung. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan dan tak ada masalah lagi.

Baju yang pertama saya jahit mengikut ukuran badan saya yang telah diukur oleh Kak Ida dulu. Bila saya jahit, saya rasa tak selesa pakai. Macam ada yang tak kena dengan ukuran tu. So, saya guna petua kakak saya. Guna ukuran baju yang kita selalu pakai, that means yang kita rasa selesa lah. Untuk baju kedua dan seterusnya, saya gunalah petua tu. Alhamdulillah, betul.. Memang sedap pakai.

Pola baju kurung tak susah macam baju-baju lain. Straight forward. Tak payah lukis kat kertas pun tak apa, boleh terus potong pada kain. Tapi, kalau baru nak belajar tu, better lukis atas kertas dululah, takut nanti serong pulak kain yang dipotong. Kat bawah ni saya serta pola baju kurung dan skirt susun tepi.

A - lebar bahu
B - labuh baju
C - panjang tangan
D - bukaan tangan
E - pesak bawah (untuk saiz saya "S", saya guna 3 1/2")
F - pesak atas (saya ambil 2 1/2")
G & H - kekek (saya ambil 2 1/2")
I - lubang leher (normal adalah 6")
J&K - lubang leher (normal adalah 4" setiap satu)
L - B tolak D

X - lilitan punggung bahagi 2 + 1"
Y - labuh skirt
Z - untuk susun tepi (biasanya saya ambil 21" bahagi 3 parts, so akan jadi 4 lipatan)

Cara jahit baju
  1. Cantumkan kedua-dua pesak dengan kekek dahulu, kemudian cantum tangan pula
  2. Tebuk leher pada kain berasingan dan lekatkan pada kain untuk badan. Tampal kain tersebut pada kain badan (jahit keliling lubang dan garisan K). Lepas jahit baru tebuk lubang leher pada kain badan mengikut lubang leher pada kain berasingan tadi.
  3. Kemudian, cantumkan kain badan yang dah siap lubang lehernya dengan kain pesak yang telah bercantum dengan kekek dan lengan tadi.
  4. Kemaskan bukaan lengan dan bahagian bawah baju dengan jahitan silang pangkah.
Cara jahit skirt
  1. Cantum kain terlebih dahulu dan tinggalkan ruang untuk zip pada bahagian atas.
  2. Jahit Zip
  3. Lipat kain di sebelah zip untuk dijadikan susun tepi. Ikut garisan yang dibuat. Jahitkan bahagian lipatan tersebut 8" dari atas untuk kemasan.
  4. Jahit pinggang sama ada dengan menggunakan pinggang keras atau pinggang getah.
  5. Jahit bahagian bawah skirt untuk kemasan.
Then siap!!! Selamat mencuba...

Monday, March 21, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

 

Sabtu malam yang lepas, abang beria ajak pergi tengok cite Hikayat Merong Mahawangsa. Dia kata kena sokong nih, filem org Melaysia kita. So, after solat Maghrib, kami bertolak ke Mid Valley dengan harapan sempat beli tiket untuk cite pukul 9.45 mlm. Sampai kat kaunter pukul 9.15, tgk2 tiket dah habis. hanya ada pukul 12.15 pagi. Tak mahu kempunan punya pasal, abang beli jugak tiket pukul 12.15 tu. Berjam-jam lah lepak kat Mid valley sementara tunggu cite start.

Memang tak rugi tunggu 3 jam lebih untuk tengok cerita hebat hasil KRU Studios ni. Puas hati sangat. Jalan cerita menarik, pelakon dan lakonan menarik, suasana pun menarik. Semuanya menariklah. Cerita ni dah setaraf dengan cerita Narnia. Memang best.

So, sementara masih ditayangkan ni, pakat ramai-ramai gi tengok Merong Mahawangsa. Tak rugi dan anda tak akan menyesal.

Tahniah to KRU Studios and all the actors/actress.

Monday, March 14, 2011

POLA BLAUS

Untuk baju yang pertama ni, saya nak kongsi pola blaus dulu. Blaus ni boleh dijahit mengikut citarasa, sama ada nak buat zip belakang atau butang hadapan. Untuk lihat pola dengan lebih jelas, click pada gambar..


Sesiapa yang tidak jelas @ tidak faham, anda boleh emailkan kepada saya (azlina.hussin@yahoo.com) ukuran badan yang diperlukan. Saya akan sediakan pola menggunakan kertas minyak dengan harga RM8 sahaja (tidak termasuk pos). Saya juga akan sertakan sekali cara-cara menjahit blaus sama ada zip belakang atau butang hadapan.

Selamat mencuba!!!

Thursday, March 10, 2011

Jom Tengok Trilogi Cinta

Kata Rosyam Nor dalam program Sehati Sejiwa, TV1, kalau rating mencapai 2 juta, dia akan sambung cerita ni. So, jom pakat tengok TRILOGI CINTA!!!
PETALING JAYA: Pelakon Rosyam Nor berharap rating drama Trilogi Cinta lakonan dan terbitan syarikatnya, Suhan Movies Trading berjaya melepasi sasarannya iaitu 2 juta penonton.

Setakat ini, drama yang disiarkan di TV1 pada setiap Ahad hingga Selasa, pukul 10 malam itu telah berjaya mencatat rating 1.5 juta penonton.

Rosyam yang dihubungi mStar Online bersyukur dan lega dengan sambutan positif yang diberikan penonton drama yang turut dilakonkan oleh Fouziah Gous, Amyza Aznan, Yuswaizar, Aida Khalida dan Siti Fazurina itu.

“Saya bersyukur kerana Trilogi Cinta menjadi bualan hangat ketika ini walaupun banyak drama yang disiarkan di televisyen.

“Saya juga mendapat tahu banyak reaksi yang diberikan oleh pengunjung blog-blog di Internet tentang drama ini.

“Saya menganggap kejayaan drama ini hasil kerjasama banyak pihak yang mana kita lihat drama ini diangkat dari tiga buah novel popular Sharifah Abu Salem yang pastinya sudah mempunyai pengikut tersendiri dan pastinya mereka mahu melihat cerita tersebut dihasilkan dalam bentuk visual,” katanya ketika melawat ibunya, Rubiah Kamarudin, 68, di Hospital Pantai, Bangsar, Isnin.

Ibu Rosyam telah selamat menjalani pembedahan pada matanya pada 23 Februari lalu dan telah seminggu dirawat di hospital tersebut.

Tambahnya: “Walaupun drama ini tidak berjaya memenuhi 100 peratus mengikut novel tersebut, tetapi saya rasa sekurang-kurang 70 peratus perkara yang terdapat dalam drama ini dikira ‘menjadi’.

“Saya mendapat tahu ramai yang berpuas hati dengan gabungan pelakon-pelakon hebat dalam drama ini. Tahniah juga diucapkan kepada Fouziah Gous yang melakonkan watak utama sebagai Norjinah dalam drama ini dengan baik serta pengarah drama ini, Amie Maziah.”

Dalam perkembangan lain, Rosyam bakal menerbitkan drama Asmara 2 dan drama muzikal Inspirasi Kasih yang dilakonkan oleh artis Pilih Kasih.

Selain itu, drama Begitukah Cinta terbitan Suhan Movies sedang disiarkan di TV3.

Monday, March 7, 2011

Baju Kebaya

After jahit baju kurung kedah dengan kain seliseh nya, on the next day tu, saya jahit pula baju kebaya. Rumit sikit tang jahit butang tu.. huhu.. Baju kebaya ni saya buat dengan skirt belah depan. Sepatutnya skirt ni ketat tapi macam tak best lak kalau nak pakai skirt ketat dan belah ni.. Kang nampak betis bila jalan.. tak best...



Baju tu saya nak tambah butang cina kat depan. Nampak lebih kemas dan menarik...

Baju Kurung Kedah

Sebelum ni saya tak pernah pakai baju kurung kedah. Tapi, sebab dah belajar ni, jahit sajalah. Bila dah siap jahit, cuba pakai.. Menarik juga baju kurung kedah ni rupanya. Lepas ni boleh lah jahit lagi.. Tapi betul cakap kawan2, baju kurung kedah ni hanya sesuai dan nampak cantik kalau guna kain plain utk baju dan bercorak utk skirt. Nanti saya share cara nak jahit yer..


Friday, March 4, 2011

ASAS JAHITAN - Pinggang Keras

After belajar jahit zip, saya belajar jahit pinggang skirt pula. Pinggang ni ada 2 jenis, satu yang keras, satu lagi getah. Yang getah agak rumit sikit. Saya nak buat nota pun susah. So, saya buat nota pinggang keras dulu yer. At least dah tahu basis, senang la nak buat pinggang getah nanti.

Picture ni agak kecil, kalau nak besar, click saja, ok?


Wednesday, March 2, 2011

Baju Kurung

Lamanya tak update pasal aktiviti menjahit saya ni. Sebenarnya kelas jahitan saya dah habis cuma baju-baju je belum siap dijahit. After buat baju kurung moden yang saya post hari tu, saya jahit lagi 1 helai baju kurung moden tapi yang singkat. Alhamdulillah, dah mahir lah sikit buat kurung moden.

After kurung moden, saya belajar buat baju kurung biasa pula. Rupanya, jahit baju kurung biasa ni lagi susah dari kurung moden. Sebabnya ada kekek. Susah juga nak cantumkan kekek dengan pesak dan lengan. Tapi akhirnya, berjaya juga saya siapkan baju kurung pertama saya ni.. Nilah hasilnya...


Ini bajunya..

Ini kainnya..

Jahit kain ni senang. Saya pun dah pandai jahit pinggang getah. Kakak2 kat ofis saya ni yang ajar. Kak Ida cikgu jahit saya ajar potong kain ni serong sikit kat bahagian atas. Tapi, saya ni pandai2 sendiri. Saya potong straight jer. Pastu letak getah tu pun tak cantum kain. Tiru kakak saya punya stail. Lagi senang dan jimat masa. Bahagian susun kain tu, saya jahit tepi supaya nampak kemas.

Lepas ni saya post baju kurung kedah pula. Dah potong kainnya cuma belum hantar jahit tepi. Nanti dalam kelas jahitan percuma saya, saya terangkan lebih detail macam mana nak jahit baju2 wanita based on apa yang Kak Ida ajar saya.

Jom pakat-pakat belajar jahit baju sendiri.. dapat jimat kos.. hehe