Wednesday, March 23, 2011

POLA BAJU KURUNG

Ramai orang anggap jahit baju kurung adalah senang. Pada saya, baju kurung ni memang nampak senang tapi leceh. Saya lagi senang jahit baju kurung moden. Tapi, macam biasalah, Practice Makes Perfect. So, setakat ni saya dah jahit 3 pasang baju kurung. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan dan tak ada masalah lagi.

Baju yang pertama saya jahit mengikut ukuran badan saya yang telah diukur oleh Kak Ida dulu. Bila saya jahit, saya rasa tak selesa pakai. Macam ada yang tak kena dengan ukuran tu. So, saya guna petua kakak saya. Guna ukuran baju yang kita selalu pakai, that means yang kita rasa selesa lah. Untuk baju kedua dan seterusnya, saya gunalah petua tu. Alhamdulillah, betul.. Memang sedap pakai.

Pola baju kurung tak susah macam baju-baju lain. Straight forward. Tak payah lukis kat kertas pun tak apa, boleh terus potong pada kain. Tapi, kalau baru nak belajar tu, better lukis atas kertas dululah, takut nanti serong pulak kain yang dipotong. Kat bawah ni saya serta pola baju kurung dan skirt susun tepi.

A - lebar bahu
B - labuh baju
C - panjang tangan
D - bukaan tangan
E - pesak bawah (untuk saiz saya "S", saya guna 3 1/2")
F - pesak atas (saya ambil 2 1/2")
G & H - kekek (saya ambil 2 1/2")
I - lubang leher (normal adalah 6")
J&K - lubang leher (normal adalah 4" setiap satu)
L - B tolak D

X - lilitan punggung bahagi 2 + 1"
Y - labuh skirt
Z - untuk susun tepi (biasanya saya ambil 21" bahagi 3 parts, so akan jadi 4 lipatan)

Cara jahit baju
  1. Cantumkan kedua-dua pesak dengan kekek dahulu, kemudian cantum tangan pula
  2. Tebuk leher pada kain berasingan dan lekatkan pada kain untuk badan. Tampal kain tersebut pada kain badan (jahit keliling lubang dan garisan K). Lepas jahit baru tebuk lubang leher pada kain badan mengikut lubang leher pada kain berasingan tadi.
  3. Kemudian, cantumkan kain badan yang dah siap lubang lehernya dengan kain pesak yang telah bercantum dengan kekek dan lengan tadi.
  4. Kemaskan bukaan lengan dan bahagian bawah baju dengan jahitan silang pangkah.
Cara jahit skirt
  1. Cantum kain terlebih dahulu dan tinggalkan ruang untuk zip pada bahagian atas.
  2. Jahit Zip
  3. Lipat kain di sebelah zip untuk dijadikan susun tepi. Ikut garisan yang dibuat. Jahitkan bahagian lipatan tersebut 8" dari atas untuk kemasan.
  4. Jahit pinggang sama ada dengan menggunakan pinggang keras atau pinggang getah.
  5. Jahit bahagian bawah skirt untuk kemasan.
Then siap!!! Selamat mencuba...

16 comments:

  1. good iniative. i pun minat jahit dan tahu buat baju sendiri tapi tetap antar kat tailor. Hope ramai viewer dapat buat baju kurung sendiri based on your info

    ReplyDelete
  2. Thanks Azie.. I dah lama minat since my mum and sisters semua pandai jahit. Sekarang, I dah jahit baju sendiri, tak perlu susahkan my sisters lagi because they all buat business. I ni buat hobby je.

    ReplyDelete
  3. mekasih bebanyak ye info awak sangat sy perlukan ...thanks

    ReplyDelete
  4. sy nk try buat baju kurung sendiri jugak... so harap2 menjadi... wish me luck...=)

    ReplyDelete
  5. lupe pulak... 10q for sharing tis knowledge... =)

    ReplyDelete
  6. U r welcome Ekyn.. InsyaAllah, bolehnya.. gambate!!!

    ReplyDelete
  7. tahniah admin sbb sudi berkongsi macam2 info menarik dlm blog ni...makin bertambah2 ilmu dan rezeki Puan, insyaAllah...

    Just nak share2...ni kelas menjahit baju kurung yg saya tau di KL/ Selangor:
    ==> Kelas Menjahit 1
    ==> Kelas Menjahit 2

    Ni pulak panduan lengkap jahit baju kurung yg lg murah drpd kelas menjahit baju kurung:
    ==> Panduan Menjahit Baju Kurung

    Terpulang pd individu macamana nak belajar jahit baju kurung ni. Yg penting boleh jimat duit utk upah baju & boleh juga tambah duit poket kalau ambik upah jahit baju kawan-kawan :-)

    ReplyDelete
  8. perkongsian ilmu yg sngat berguna buat sya yg baru berjinak2 dlm arena penjahitan hehehe..semoga inayus mendapat ganjaran pahala di atas ilmu yg diberikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing is caring my dear.. thanks... :)

      Delete
  9. salam kak. Boleh saya share polanya di blog saya. Karena setelah saya coba, pola yang kakak kasi adalah pola paling mudah untuk diterapkan dibanding pola lain yang buat pening. Terima kasih untu ilmunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. boleh jer... terima kasih sebab sudi berkongsi. Semoga semua org dapat manfaatnya... :)

      Delete
  10. ini tulisanku kak, sudah selesai. terima kasih ya.
    http://suitforme.blogspot.com/2013/12/cantiknya-baju-kurung-part-2.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaahhhh... terima kasih banyak2...

      Delete
  11. Nice Info kak.. Terimakasih untuk sharing informasinya.. Regards : Fitinline..

    ReplyDelete