Thursday, April 28, 2011

POLA SKIRT SELISEH DEPAN

Ada kawan rapat bertanya macam mana nak jahit skirt susun/lipat depan. Memandangkan saya pun dah lama tak post tentang kelas jahit ni, elok sangatlah kalau saya kongsi cara jahit ni kepada semua yang berminat. Skirt jenis ni biasanya dipakai dengan kebaya, kebarung ataupun kurung kedah. Skirt ni boleh dikatakan senang juga lah. Sebelum saya explain lebih details, tengok dulu gambar di bawah (click untuk gambar yang lebih jelas):

  1. Sediakan kain mengikut ukuran yang diperlukan. Labuh kain perlu basi sekurang-kurangnya 3" untuk lipatan pada bawah kain dan lipatan pinggang getah. Lebar kain pula mengikut kiraan seperti yang dinyatakan di dalam gambar. Sekiranya lilitan punggung anda adalah 36", lebar kain yang diperlukan adalah 63" (36 + 3/4*36). Sediakan basi 1" ye.
  2. Lipatkan kain dan cantum. Tinggalkan sedikit di bahagian atas untuk jahitan zip. Kemudian, jahit zip seperti biasa.
  3. Buat lipatan pada kain. Lebar lipatan mestilah muat dengan saiz punggung anda. Kalau lilitan punggung adalah 36", lebar kain yang telah dilipat mestilah tidak kurang dari 18". Lipatan kain perlu menghala ke sebelah zip, tidak kira kiri atau kanan, mengikut keselesaan masing-masing. Lipatan itu juga tidak terlalu di tengah-tengah, sebaiknya jadikan ia 3/4 daripada lebar kain yang dilipat tadi.
  4. Selepas berpuas hati dengan kelebaran kain dan kedudukan lipatan, jahit sedikit di bahagian atas lipatan tersebut (lebih kurang 6") untuk memastikan susunan kain tidak bergerak dan kemas.
  5. Last sekali, cantumkan pinggang getah mengikut saiz pinggang yang diperlukan.
  6. SIAP!!!
Senang kan? Selamat mencuba...

Sunday, April 24, 2011

Hantaran Perkahwinan - Bekas Cincin & Gelang

Memandangkan pengantin perempuan amat sukakan warna pink, so saya bagi pilihan kepadanya untuk memilih warna combination pink+blue atau pink+green. Kedua-dua combination ni memang menarik. Dengan syarat colour yang digunakan adalah baby calour iaitu colour lembut dan tidak terlalu terang. Pengantin perempuan memilih pink+blue. Bekas cincin dan bekas gelang ini adalah untuk majlis pernikahan di mana, cincin adalah daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki dan gelang adalah daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan.

Untuk majlis pernikahan ni, saya akan sediakan 3 bekas hantaran iaitu bekas cincin, bekas gelang dan bekas duit mas kahwin. Untuk bekas duit mas kahwin, saya belum siapkan lagi. Yang dah siap hanya bekas cincin dan bekas gelang ni saja. Jom tengok!!!

Bekas Cincin - cincin tu saya punya tau (cincin pertunangan)

Bekas Gelang - gelang tu dibeli menggunakan duit mas kahwin

RM30 setiap satu (tak termasuk cincin dan gelang tau)

Cantikkan combination pink+blue??? Rasa macam nak buat lagi satu untuk koleksi peribadi.. hehe.. Abang loves it!!

Hantaran Perkahwinan - Tema Purple & Green

Alhamdulillah, dah siap bekas hantaran pihak lelaki, saya teruskan pula dengan bekas hantaran pihak perempuan. Memandangkan kedua-duanya memilih bekas jenis bakul, saya terpaksa bezakan hiasan pada bakul tersebut supaya nampak berbeza dan attractive.

Untuk set hantaran perempuan ni, saya tak buat seorang diri. Abang pun turut serta. Tak sangka kreatif juga suami saya ni.. hehe... Thanks abang for your support. Gambar-gambar hantaran yang telah siap adalah seperti di bawah:

Pandangan Depan

Pandangan sisi


Pandangan atas


Kos set hantaran kali ni lebih sikit berbanding set hantaran tema putih & merah sebelum ni. Harga yang saya letak untuk set yang ni adalah RM47 sahaja. Seperti set sebelumnya, harga ni adalah harga asas bakul dan hiasannya saja.

Thursday, April 21, 2011

Semanis Kurma - KAWAN MAKAN KAWAN

Hebat tajuk malam ni. Pastinya ramai yang terkena atau terasa. Tak terkecuali saya. Bila ingatkan balik, memang sedih. Sampai sekarang saya boleh rasa peritnya kena tikam dengan kawan yang kita anggap seperti keluarga sendiri. Alhamdulillah, walaupun saya tak boleh nak lupakan keperitan tu, dalam jiwa saya tak pernah terbit perasaan dendam atau benci pada orang yang berkenaan. Saya jadikan apa yang pernah berlaku pada saya itu sebagai pengajaran untuk saya lebih berhati-hati dalam memilih kawan. 

Pesan ustaz dan ustazah sekejab tadi, jangan berkawan dengan 5 orang seperti di bawah:
  1. Pembohong
  2. Orang bodoh/jahil
  3. Orang bakhil/kedekut
  4. Pengecut
  5. Orang fasik

Ciri-ciri orang yang tidak boleh dianggap sebagai kawan:
  1. Memiliki perasaan dengki
  2. Gemar jatuhkan air muka
  3. Ceritakan rahsia
  4. Menikam dari belakang
  5. Busuk hati
  6. Anggap dirinya perfect
  7. Bersikap mempergunakan

Doa-doa yang boleh diamalkan:

Surah Ad Dhukan ayat 12

 رَّبَّنَا ٱكۡشِفۡ عَنَّا ٱلۡعَذَابَ إِنَّا مُؤۡمِنُونَ
"Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!"

Surah Al Qamar ayat 10

فَدَعَا رَبَّهُ ۥۤ أَنِّى مَغۡلُوبٌ۬ فَٱنتَصِرۡ
"Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!"

Semoga ilmu-ilmu yang diberikan oleh ustaz dan ustazah serta tetamu jemputan pada malam ni dapat kita manfaatkan bersama. Kepada kawan-kawan (kawan saya atau kawan orang lain), dan kepada diri saya sendiri, ikhlaskan diri dalam persahabatan. Jadikan persahabatan kita ini membawa kebahagiaan dan kejayaan bersama dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana kini Dia telah tunjukkan kepada saya siapa yang sebenarnya layak dipanggil kawan. Thanks to all my friends. Thanks to abang juga sebab jadi kawan paling baik dalam hidup saya. Semoga hubungan ini berkekalan dunia dan akhirat.

Wednesday, April 20, 2011

Hantaran Perkahwinan - Tema Red & White/Silver

Selepas beli bakul dari Nilai 3 hari tu, saya beli pula barang-barang hiasan kat kedai uncle yang saya cakap sebelum ni. Baru puas hati saya. Fyi, renda crystal yang saya beli hanya RM6.90/meter (compare to Nilai, paling x lawa pun RM9.90/meter). Bunga glitter pula hanya RM7.90 sekuntum (kat Nilai paling murah RM15). Then, bunga ros sejambak hanya RM2.50 untuk 5 kuntum (kat Nilai paling-paling pun RM6-7). Murahkan???

So, after balik kerja semalam, saya siapkan dulu hantaran pihak lelaki dengan tema red and white (plus silver sikit). Ini kira halfway la sebab barang hantarannya belum letak lagi. Tengah tunggu my friend hantarkan barang-barang tu ke rumah. Macam ni lah jadinya...

Pandangan atas


Pandangan depan

Pandangan sisi

Ok tak? Ok lah kot kan? Nanti dah tambah hiasan lain, nampak lagi meriah. Bila dah siap sepenuhnya nanti, saya post lagi yer...

Setelah ditimbang, dikira harga belian barang + upah buat, harga untuk satu bakul (average size) dalam RM45 sahaja.

Monday, April 18, 2011

Jalan-jalan Nilai 3 - cari barang hantaran kahwin

Hari Sabtu lepas, saya bersama abang dan seorang teman rapat (bakal pengantin) pergi ke Nilai 3. Nilai 3 ni memang glamour dengan jualan kain, carpet dan aksesori perkahwinan. Saya ni memang tak pernah pergi ke sana. Masa saya kahwin dulu, saya beli barang kat SSF, Jalan TAR jer. Bila teman rapat saya ni minta buat hantaran perkahwinan dia dgn pasangan dia sekali, saya suggestkan kat dia untuk survey barang kat Nilai 3. (dulu hantaran pertunangan dia pun saya yang buat - theme maroon & gold tu).

Memang tak nafikan, Nilai 3 tu mcm syurga beli belah barang kahwin. Naik pening mata tengok koleksi hantaran. Cantik dan mahal... Terkejut saya bila tengok harga. 2-3 kali ganda lebih mahal dari barang yang saya biasa beli kat kedai uncle Cina dekat rumah saya. Walhal barangnya sama saja. Ada satu bakul ni, uncle tu jual RM7.90 saja tapi kat Nilai 3, harga cecah RM15 (after diskaun 15% dapatlah RM12.50 lebih kurang). Bila dah survey 3-4 kedai, harga sama je. Kecewa betul hati saya.

Ada yang jual set hantaran yang dah siap. Paling murah yang kami jumpa RM399 (7 bekas). Simple sangat. Bakul dan hiasan bunga saja. Bunga tu memang cantiklah. tapi harga tu melampau sangat. Saya kira-kira ikut harga kedai uncle tu, bole dapat dalam RM200 je, mungkin kurang. Dari petang sampai malam kami kat sana. Cuci mata saja lah.. Kawan saya cakap, kita round2 cari idea je lah.

Sampailah pada kedai yang last sekali, masa tu dah dekat pukul 9 mlm. Tagline kedai ni, HARGA DARI 25SEN!!!. So, kami decide nak masuklah. Kami cari barang harga 25sen tu, tak jumpa lah pulak. Tapi bila compare, barang kedai ni murahlah sikit berbanding kedai-kedai sebelumnya. Salesgirl dia pun baik and sporting. Dah puas pilih, akhirnya kawan saya decide nak beli bakul je. Itupun after dapat 15% plus diskaun lagi yang kami minta sebab beli banyak.

Kami beli 6 bakul untuk pihak lelaki dan 7 bakul untuk pihak perempuan. Setiap jenis bakul ada 3 saiz. Gambarnya seperti di bawah:

 Ini untuk hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki

Ini pula untuk hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

Total harga semua barang yang dibeli (bakul2, bunga 3 jambak & kotak kayu) ialah RM195. Kira murahlah tu. Puas hatilah round sampai malam then dapat harga tu.

Untuk majlis akad nikah, saya kena buat 3 bekas hantaran. Yang ni special sikit. Saya nak beli kedai uncle Cina tu. Nanti saya postkan pula bakul2 yang siap dihias plus 3 bekas hantaran special untuk majlis pernikahan.

Tuesday, April 12, 2011

Pisangku dah berbuah...

Alhamdulillah.. setelah hampir setahun keluarkan modal untuk projek tanam pisang ni, akhirnya hari ni saya dapat khabar gembira yang pokok pisang sudah mula berbuah. Tapi, belum berbuah semuanya lagi. Kakak saya cakap, baru 8 pokok. balance yang beratus lagi tu, tak tahu bila. Coming soon lah kot.

Gambar-gambar buah pisang ku...



Yang atas tu pisang kebatu (tak tahu apa nama commercialnya). Yang bawah tu pisang nangka (goreng sodap neh!!!). Terliur pulak tengok jantung pisang yang besar2 tu. Kalau dapat buat kerabu, best juga yer.. Kalau ayah dengan abang, senang jer.. Rebus jantung tu, cicah budu. Memang favourite diaorg..

Tak sabar nak balik kampung, nak tengok dengan mata sendiri. Abang, bila nak cuti seminggu ni???


Monday, April 11, 2011

Trilogi Cinta dah tamat~~

Semalam adalah episod last Trilogi Cinta. Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan cerita ni. Cuma semalam, jalan cerita untuk episod terakhir terlalu pendek dan macam nak cepat habis. Kalau ikutkan cerita dalam buku, jalan cerita dia lagi panjang dan lebih menarik. Mungkin pihak produksi ada sebab mengapa dia pendekkan jalan cerita tersebut. Mungkin juga sebab Rosyam Nor dah promise nak sambung lagi 26 episod. Bila tu tak tahulah. Tapi harap jangan lama sangat yer...

Tahniah buat RTM sebab berjaya menarik hati berjuta-juta penonton seluruh dunia untuk tengok cerita ni. Kalau ikut statistik RTM, jumlah penonton dah lebih 2 juta. Statistik Rosyam sendiri hampir 4 juta (campur astro katanye). Tapi statistik saya lebih lagi sebab campur dengan yang tengok online kat website RTM. Sure cerita ni paling meletop lah abad ni..

Agak-agaklah kan, bagaimana sambungan cerita ni? Saya pun terfikir-fikir juga. Boleh jadi....
  • Konflik cinta antara Seha, Badrul & Syarifah Yasmin (menarik juga)
  • Layanan Norjinah terhadap Amira dan Balkis berubah sejak melahirkan Amirul (macam tak sesuai jer)
  • Kisah Azizi / Anuar & Tini (tak tunjuk lagi perkahwinan mereka)
Rasanya yang paling best yang first tu kot.. hahaha.. tiba-tiba kuar idea dalam otak saya macam mana nak sedapkan cerita ni. Tapi, setakat idea je lah. Berangan sorang-sorang je lah... hehe.. Sharifah Abu Salem sure ada idea yang lebih bagus kan. Tak sabar nak tunggu next season..

Friday, April 8, 2011

POLA SKIRT KIPAS BELAKANG

Based on my stats, ada a few search tentang cara jahit skirt susun/kipas belakang. Biasanya skirt macam ni kita pakai dengan baju kebaya atau kurung moden. So, untuk entry kali ni, saya share pola skirt susun/kipas belakang ni untuk panduan teman-teman semua.



Panduan pola:-
- Bahagian yang bertanda 'star' adalah lipatan kain.
- Lebihan kain 8" untuk bahagian belakang adalah untuk lipatan/kipas.
- Garis 3 segi pada bahagian pinggang adalah untuk 'dart'. Bagi yang menggunakan pinggang getah, 'dart' tidak diperlukan.

Cara jahit:-
- Cantumkan bahagian atas belakang skirt dulu untuk jahitkan zip.
- Jahit 'dart' di kedua-dua kain depan dan belakang.
- Cantum kain depan dan belakang.
- Lipat bahagian kipas dengan lipatan ke dalam.. cube tengok contoh kain yang dah siap yer. Saya biasa gunakan lipatan selebar 2", so setiap kiri dan kanan kipas akan ada 3 lipatan. Pinkan bahagian yang telah dilipat.
- Jahit garis lurus pada bahagian atas lipatan ataupun hiaskan dengan kain lain (tampal kain bentuk 6 segi). Boleh contoh di post 'Baju Kurung Moden' saya.

Ok, selamat mencuba...

Penangan Hantu Kak Limah

Rasanya dah ramai orang yang menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni. Boleh jadi tengok kat panggung, beli vcd, atau ada juga yang tengok tru youtube jer (termasuklah saya..) huhu.. Bukan taknak support cerita Melayu tapi saya tak confident nak tengok cerita ni kat panggung sebab kat tv tak ada pula preview menarik cerita ni macam cerita Ngangkung tu. Bila dah habis tayangan kat panggung, ramai pulak yang bercerita pasal cerita Mamat Khalid ni. Mostly cakap filem ni best. So, saya dengan husband pun curi2 tengok cerita ni kat youtube. Hahahaha.. memang nak pecah perut kitaorg tengok cerita ni. Kelakar giler. Setiap skrip yang yang dituturkan ada saja maksud tersiratnya.

Bila cerita kak limah ni dah glamour, ramai pula yang terkena penangannya. Kat office saya, mahupun kat kilang husband, yang jadi trend skrg ni aksi2 usop dgn husin.

Ce cite.. Ce cite..
Kite bakor jer!!!
... dan banyak lagi lah..

Gelak, gelak juga. Lawak, lawak juga. Tapi jangan gelak saja yer. Banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil dari cerita ni.

Rasa bersalah pula dengan Mamat Khalid sebab tengok cerita ni kat youtube je. Tak support langsung hasil penat lelah dia. Takper abang Mamat. Saya janji, kuar je sekuel hantu kak limah ni (Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit), saya & husband akan tengok kat panggung. Nak tebus balik.. hehe..

Thursday, April 7, 2011

Baju Khas untuk Kanak-Kanak Perempuan

Actually, dah lama sangat saya jahit baju ni tapi tak ter'post'. Baju ni saya jahit ikut suka hati sendiri tapi based on ukuran baju Farisha. Farisha ni anak kepada kawan office saya, umur dah setahun lebih. Memandangkan ni baju pertama kanak-kanak yang saya jahit dan menggunakan farisha sebagai model free, saya bagi je baju ni kat dia. Gambar baju yang saya jahit seperti di bawah:



Ok, saksikan gaya seksi Farisha dengan baju trial saya...





Hai, comelnyer dia bergaya... Thanks to Alin (mama Farisha) kerana sudi pakaikan Farisha dengan baju saya ni.. Nanti saya bagi pattern / cara jahit baju ni yer.. senang saje...