Sunday, April 24, 2011

Hantaran Perkahwinan - Bekas Cincin & Gelang

Memandangkan pengantin perempuan amat sukakan warna pink, so saya bagi pilihan kepadanya untuk memilih warna combination pink+blue atau pink+green. Kedua-dua combination ni memang menarik. Dengan syarat colour yang digunakan adalah baby calour iaitu colour lembut dan tidak terlalu terang. Pengantin perempuan memilih pink+blue. Bekas cincin dan bekas gelang ini adalah untuk majlis pernikahan di mana, cincin adalah daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki dan gelang adalah daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan.

Untuk majlis pernikahan ni, saya akan sediakan 3 bekas hantaran iaitu bekas cincin, bekas gelang dan bekas duit mas kahwin. Untuk bekas duit mas kahwin, saya belum siapkan lagi. Yang dah siap hanya bekas cincin dan bekas gelang ni saja. Jom tengok!!!

Bekas Cincin - cincin tu saya punya tau (cincin pertunangan)

Bekas Gelang - gelang tu dibeli menggunakan duit mas kahwin

RM30 setiap satu (tak termasuk cincin dan gelang tau)

Cantikkan combination pink+blue??? Rasa macam nak buat lagi satu untuk koleksi peribadi.. hehe.. Abang loves it!!

1 comment:

  1. lin...thanks very much sebab sudi komen...tp oghe terpaksa delete entry tu sebab xnak ada kontroversi nnt...at least dh luahkan sekejap pun xpo la...thanks lin

    ReplyDelete