Sunday, April 24, 2011

Hantaran Perkahwinan - Tema Purple & Green

Alhamdulillah, dah siap bekas hantaran pihak lelaki, saya teruskan pula dengan bekas hantaran pihak perempuan. Memandangkan kedua-duanya memilih bekas jenis bakul, saya terpaksa bezakan hiasan pada bakul tersebut supaya nampak berbeza dan attractive.

Untuk set hantaran perempuan ni, saya tak buat seorang diri. Abang pun turut serta. Tak sangka kreatif juga suami saya ni.. hehe... Thanks abang for your support. Gambar-gambar hantaran yang telah siap adalah seperti di bawah:

Pandangan Depan

Pandangan sisi


Pandangan atas


Kos set hantaran kali ni lebih sikit berbanding set hantaran tema putih & merah sebelum ni. Harga yang saya letak untuk set yang ni adalah RM47 sahaja. Seperti set sebelumnya, harga ni adalah harga asas bakul dan hiasannya saja.

No comments:

Post a Comment