Monday, April 18, 2011

Jalan-jalan Nilai 3 - cari barang hantaran kahwin

Hari Sabtu lepas, saya bersama abang dan seorang teman rapat (bakal pengantin) pergi ke Nilai 3. Nilai 3 ni memang glamour dengan jualan kain, carpet dan aksesori perkahwinan. Saya ni memang tak pernah pergi ke sana. Masa saya kahwin dulu, saya beli barang kat SSF, Jalan TAR jer. Bila teman rapat saya ni minta buat hantaran perkahwinan dia dgn pasangan dia sekali, saya suggestkan kat dia untuk survey barang kat Nilai 3. (dulu hantaran pertunangan dia pun saya yang buat - theme maroon & gold tu).

Memang tak nafikan, Nilai 3 tu mcm syurga beli belah barang kahwin. Naik pening mata tengok koleksi hantaran. Cantik dan mahal... Terkejut saya bila tengok harga. 2-3 kali ganda lebih mahal dari barang yang saya biasa beli kat kedai uncle Cina dekat rumah saya. Walhal barangnya sama saja. Ada satu bakul ni, uncle tu jual RM7.90 saja tapi kat Nilai 3, harga cecah RM15 (after diskaun 15% dapatlah RM12.50 lebih kurang). Bila dah survey 3-4 kedai, harga sama je. Kecewa betul hati saya.

Ada yang jual set hantaran yang dah siap. Paling murah yang kami jumpa RM399 (7 bekas). Simple sangat. Bakul dan hiasan bunga saja. Bunga tu memang cantiklah. tapi harga tu melampau sangat. Saya kira-kira ikut harga kedai uncle tu, bole dapat dalam RM200 je, mungkin kurang. Dari petang sampai malam kami kat sana. Cuci mata saja lah.. Kawan saya cakap, kita round2 cari idea je lah.

Sampailah pada kedai yang last sekali, masa tu dah dekat pukul 9 mlm. Tagline kedai ni, HARGA DARI 25SEN!!!. So, kami decide nak masuklah. Kami cari barang harga 25sen tu, tak jumpa lah pulak. Tapi bila compare, barang kedai ni murahlah sikit berbanding kedai-kedai sebelumnya. Salesgirl dia pun baik and sporting. Dah puas pilih, akhirnya kawan saya decide nak beli bakul je. Itupun after dapat 15% plus diskaun lagi yang kami minta sebab beli banyak.

Kami beli 6 bakul untuk pihak lelaki dan 7 bakul untuk pihak perempuan. Setiap jenis bakul ada 3 saiz. Gambarnya seperti di bawah:

 Ini untuk hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki

Ini pula untuk hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

Total harga semua barang yang dibeli (bakul2, bunga 3 jambak & kotak kayu) ialah RM195. Kira murahlah tu. Puas hatilah round sampai malam then dapat harga tu.

Untuk majlis akad nikah, saya kena buat 3 bekas hantaran. Yang ni special sikit. Saya nak beli kedai uncle Cina tu. Nanti saya postkan pula bakul2 yang siap dihias plus 3 bekas hantaran special untuk majlis pernikahan.

No comments:

Post a Comment