Friday, April 8, 2011

Kelas Jahit Sesi 5 - Skirt Susun/Kipas Belakang

Based on my stats, ada a few search tentang cara jahit skirt susun/kipas belakang. Biasanya skirt macam ni kita pakai dengan baju kebaya atau kurung moden. So, untuk entry kali ni, saya share pola skirt susun/kipas belakang ni untuk panduan teman-teman semua.



Panduan pola:-
- Bahagian yang bertanda 'star' adalah lipatan kain.
- Lebihan kain 8" untuk bahagian belakang adalah untuk lipatan/kipas.
- Garis 3 segi pada bahagian pinggang adalah untuk 'dart'. Bagi yang menggunakan pinggang getah, 'dart' tidak diperlukan.

Cara jahit:-
- Cantumkan bahagian atas belakang skirt dulu untuk jahitkan zip.
- Jahit 'dart' di kedua-dua kain depan dan belakang.
- Cantum kain depan dan belakang.
- Lipat bahagian kipas dengan lipatan ke dalam.. cube tengok contoh kain yang dah siap yer. Saya biasa gunakan lipatan selebar 2", so setiap kiri dan kanan kipas akan ada 3 lipatan. Pinkan bahagian yang telah dilipat.
- Jahit garis lurus pada bahagian atas lipatan ataupun hiaskan dengan kain lain (tampal kain bentuk 6 segi). Boleh contoh di post 'Baju Kurung Moden' saya.

Ok, selamat mencuba...

2 comments:

  1. bestnyer belajar wat kain ni...senang dan ringkas notanyer...na beli buku...baca punya baca tak buat2 gak kainnyer...heheheheh

    ReplyDelete
  2. eena, buku memang complicated, susah nak paham... saya ada juga beli buku tp cantik lagi bersusun atas rak.. hehe..

    ReplyDelete