Thursday, April 28, 2011

Kelas Jahit Sesi 6 - Skirt Susun/Lipat Depan

Ada kawan rapat bertanya macam mana nak jahit skirt susun/lipat depan. Memandangkan saya pun dah lama tak post tentang kelas jahit ni, elok sangatlah kalau saya kongsi cara jahit ni kepada semua yang berminat. Skirt jenis ni biasanya dipakai dengan kebaya, kebarung ataupun kurung kedah. Skirt ni boleh dikatakan senang juga lah. Sebelum saya explain lebih details, tengok dulu gambar di bawah (click untuk gambar yang lebih jelas):

  1. Sediakan kain mengikut ukuran yang diperlukan. Labuh kain perlu basi sekurang-kurangnya 3" untuk lipatan pada bawah kain dan lipatan pinggang getah. Lebar kain pula mengikut kiraan seperti yang dinyatakan di dalam gambar. Sekiranya lilitan punggung anda adalah 36", lebar kain yang diperlukan adalah 63" (36 + 3/4*36). Sediakan basi 1" ye.
  2. Lipatkan kain dan cantum. Tinggalkan sedikit di bahagian atas untuk jahitan zip. Kemudian, jahit zip seperti biasa.
  3. Buat lipatan pada kain. Lebar lipatan mestilah muat dengan saiz punggung anda. Kalau lilitan punggung adalah 36", lebar kain yang telah dilipat mestilah tidak kurang dari 18". Lipatan kain perlu menghala ke sebelah zip, tidak kira kiri atau kanan, mengikut keselesaan masing-masing. Lipatan itu juga tidak terlalu di tengah-tengah, sebaiknya jadikan ia 3/4 daripada lebar kain yang dilipat tadi.
  4. Selepas berpuas hati dengan kelebaran kain dan kedudukan lipatan, jahit sedikit di bahagian atas lipatan tersebut (lebih kurang 6") untuk memastikan susunan kain tidak bergerak dan kemas.
  5. Last sekali, cantumkan pinggang getah mengikut saiz pinggang yang diperlukan.
  6. SIAP!!!
Senang kan? Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment