Friday, April 8, 2011

Penangan Hantu Kak Limah

Rasanya dah ramai orang yang menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni. Boleh jadi tengok kat panggung, beli vcd, atau ada juga yang tengok tru youtube jer (termasuklah saya..) huhu.. Bukan taknak support cerita Melayu tapi saya tak confident nak tengok cerita ni kat panggung sebab kat tv tak ada pula preview menarik cerita ni macam cerita Ngangkung tu. Bila dah habis tayangan kat panggung, ramai pulak yang bercerita pasal cerita Mamat Khalid ni. Mostly cakap filem ni best. So, saya dengan husband pun curi2 tengok cerita ni kat youtube. Hahahaha.. memang nak pecah perut kitaorg tengok cerita ni. Kelakar giler. Setiap skrip yang yang dituturkan ada saja maksud tersiratnya.

Bila cerita kak limah ni dah glamour, ramai pula yang terkena penangannya. Kat office saya, mahupun kat kilang husband, yang jadi trend skrg ni aksi2 usop dgn husin.

Ce cite.. Ce cite..
Kite bakor jer!!!
... dan banyak lagi lah..

Gelak, gelak juga. Lawak, lawak juga. Tapi jangan gelak saja yer. Banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil dari cerita ni.

Rasa bersalah pula dengan Mamat Khalid sebab tengok cerita ni kat youtube je. Tak support langsung hasil penat lelah dia. Takper abang Mamat. Saya janji, kuar je sekuel hantu kak limah ni (Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit), saya & husband akan tengok kat panggung. Nak tebus balik.. hehe..

No comments:

Post a Comment