Tuesday, April 12, 2011

Pisangku dah berbuah...

Alhamdulillah.. setelah hampir setahun keluarkan modal untuk projek tanam pisang ni, akhirnya hari ni saya dapat khabar gembira yang pokok pisang sudah mula berbuah. Tapi, belum berbuah semuanya lagi. Kakak saya cakap, baru 8 pokok. balance yang beratus lagi tu, tak tahu bila. Coming soon lah kot.

Gambar-gambar buah pisang ku...



Yang atas tu pisang kebatu (tak tahu apa nama commercialnya). Yang bawah tu pisang nangka (goreng sodap neh!!!). Terliur pulak tengok jantung pisang yang besar2 tu. Kalau dapat buat kerabu, best juga yer.. Kalau ayah dengan abang, senang jer.. Rebus jantung tu, cicah budu. Memang favourite diaorg..

Tak sabar nak balik kampung, nak tengok dengan mata sendiri. Abang, bila nak cuti seminggu ni???


No comments:

Post a Comment