Thursday, April 21, 2011

Semanis Kurma - KAWAN MAKAN KAWAN

Hebat tajuk malam ni. Pastinya ramai yang terkena atau terasa. Tak terkecuali saya. Bila ingatkan balik, memang sedih. Sampai sekarang saya boleh rasa peritnya kena tikam dengan kawan yang kita anggap seperti keluarga sendiri. Alhamdulillah, walaupun saya tak boleh nak lupakan keperitan tu, dalam jiwa saya tak pernah terbit perasaan dendam atau benci pada orang yang berkenaan. Saya jadikan apa yang pernah berlaku pada saya itu sebagai pengajaran untuk saya lebih berhati-hati dalam memilih kawan. 

Pesan ustaz dan ustazah sekejab tadi, jangan berkawan dengan 5 orang seperti di bawah:
  1. Pembohong
  2. Orang bodoh/jahil
  3. Orang bakhil/kedekut
  4. Pengecut
  5. Orang fasik

Ciri-ciri orang yang tidak boleh dianggap sebagai kawan:
  1. Memiliki perasaan dengki
  2. Gemar jatuhkan air muka
  3. Ceritakan rahsia
  4. Menikam dari belakang
  5. Busuk hati
  6. Anggap dirinya perfect
  7. Bersikap mempergunakan

Doa-doa yang boleh diamalkan:

Surah Ad Dhukan ayat 12

 رَّبَّنَا ٱكۡشِفۡ عَنَّا ٱلۡعَذَابَ إِنَّا مُؤۡمِنُونَ
"Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!"

Surah Al Qamar ayat 10

فَدَعَا رَبَّهُ ۥۤ أَنِّى مَغۡلُوبٌ۬ فَٱنتَصِرۡ
"Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!"

Semoga ilmu-ilmu yang diberikan oleh ustaz dan ustazah serta tetamu jemputan pada malam ni dapat kita manfaatkan bersama. Kepada kawan-kawan (kawan saya atau kawan orang lain), dan kepada diri saya sendiri, ikhlaskan diri dalam persahabatan. Jadikan persahabatan kita ini membawa kebahagiaan dan kejayaan bersama dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana kini Dia telah tunjukkan kepada saya siapa yang sebenarnya layak dipanggil kawan. Thanks to all my friends. Thanks to abang juga sebab jadi kawan paling baik dalam hidup saya. Semoga hubungan ini berkekalan dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment