Monday, April 11, 2011

Trilogi Cinta dah tamat~~

Semalam adalah episod last Trilogi Cinta. Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan cerita ni. Cuma semalam, jalan cerita untuk episod terakhir terlalu pendek dan macam nak cepat habis. Kalau ikutkan cerita dalam buku, jalan cerita dia lagi panjang dan lebih menarik. Mungkin pihak produksi ada sebab mengapa dia pendekkan jalan cerita tersebut. Mungkin juga sebab Rosyam Nor dah promise nak sambung lagi 26 episod. Bila tu tak tahulah. Tapi harap jangan lama sangat yer...

Tahniah buat RTM sebab berjaya menarik hati berjuta-juta penonton seluruh dunia untuk tengok cerita ni. Kalau ikut statistik RTM, jumlah penonton dah lebih 2 juta. Statistik Rosyam sendiri hampir 4 juta (campur astro katanye). Tapi statistik saya lebih lagi sebab campur dengan yang tengok online kat website RTM. Sure cerita ni paling meletop lah abad ni..

Agak-agaklah kan, bagaimana sambungan cerita ni? Saya pun terfikir-fikir juga. Boleh jadi....
  • Konflik cinta antara Seha, Badrul & Syarifah Yasmin (menarik juga)
  • Layanan Norjinah terhadap Amira dan Balkis berubah sejak melahirkan Amirul (macam tak sesuai jer)
  • Kisah Azizi / Anuar & Tini (tak tunjuk lagi perkahwinan mereka)
Rasanya yang paling best yang first tu kot.. hahaha.. tiba-tiba kuar idea dalam otak saya macam mana nak sedapkan cerita ni. Tapi, setakat idea je lah. Berangan sorang-sorang je lah... hehe.. Sharifah Abu Salem sure ada idea yang lebih bagus kan. Tak sabar nak tunggu next season..

No comments:

Post a Comment