Sunday, May 29, 2011

OUR THIRD ANNIVERSARY

ALHAMDULILLAH... SYUKUR KE HADRAT ILAHI DENGAN LIMPAH KURNIANYA KAMI TELAH BERSATU SELAMA 3 TAHUN. SEMOGA HUBUNGAN INI BERKEKALAN SELAMANYA....

Ya Allah, ampunilah dosa kami, maafkan segala kesilapan kami. Ya Allah, jadikan kami pasangan suami soleh dan isteri solehah. Rahmati rumahtangga kami dengan saling mencintai, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Berkati kami dengan rezeki yang halal dan zuriat yang soleh dan solehah. Jadikan kami umatMu yang bersyukur di atas semua kurniaan dan bersabar menghadapi dugaan dan cabaran. Ya Allah, kekalkan kasih sayang antara kami dunia dan akhirat... Amin... 

Mengimbau kembali kenangan di hari perkahwinan kami....






Wedding - Suhailizan & Siti Aminah @ Sabak Bernam

Alhamdulillah... Tanggal 27 Mei 2011, seorang lagi sahabat saya selamat mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihan hatinya. Majlis akad nikah diadakan selepas Asar. Semasa majlis akad nikah ni, saya dipertemukan dengan 3 org gadis jelita.. Adik-adik yang juga merupakan kawan kepada Suhailizan. Seronok sangat berkenalan dengan adik Zana, Icha & Sha.. Mereka ni happy go lucky, peramah dan sporting. Jum tengok photo menarik di bawah:

 Di perkarangan masjid before majlis akad nikah
Dari kiri: Zana, saya, abang, Suhailizan (pengantin), makcik Hairunnisa (mak pengantin), Sha, kawan makcik, Icha & kawan makcik...

Alhamdulillah... selesai sudah...

I like this picture.. kalau jalan sambil pegang tangan lagi nampak cantik kan???

Semoga bahagia dunia dan akhirat

Pengantin lama & pengantin baru...

Rombongan pengantin lelaki...

Wednesday, May 25, 2011

Reduan Wedding @ Ipoh & Felda Hot Spring @ Sungkai

Last Saturday, 21 May 2011, kami bersama rombongan Bahagian Industri Kimia (Kak Zana & family, Kak Ruzi & family, Kak Shuk & family, Kak Ayu & family, Cik Zue dan Nelly) beramai-ramai menghadiri majlis resepsi perkahwinan officemate kami iaitu Reduan dengan pilihan hatinya Farzana. Kami bertolak dari tol Bukit Beruntung tepat2 jam 10.45 am. Saya yang drive, abang relax je kat sebelah tengok video pancing.

Pukul 11.35 am kami sampai di Hentian Tapah (tempat berkumpul). Dari sana kami konvoi hingga ke rumah pengantin. Masa kami sampai tu, rombongan pengantin perempuan baru saja sampai. So, sempatlah kami tengok persembahan silat bagi menyambut kedatangan mereka. Before jumpa pengantin, kami makan dulu. Boleh tahan makanannya, sedap sampai abang tak cukup. Nak tambah lagi, tapi malu pulak.

After makan, kami ramai2 serbu masuk dalam rumah, nak tengok pelamin. Suami-suami kami pula duk bawah pokok kat luar sambil borak2. Lepas makan beradab, pengantin masuk dalam rumah untuk sesi bergambar... Inilah gambarnya...

Dari kiri atas: Cik Zue, Kak Ayu, Wan & Zana (Pengantin), Nelly, Kak Ruzi
Dari kiri bawah: Kak Shuk & anak, Kak Zana, saya

Selepas tu, saya dengan Kak Ruzi & family teruskan aktiviti untuk berkelah di Felda Hot Spring kat Sungkai. Yang lain semuanya nak balik sebab ada hal masing-masing.

Seronok mandi manda... The best thing is kolam air dia tak ada chlorine sebab menggunakan air semulajadi iaitu air dari gunung. Kolam air panas pun menggunakan air semulajadi. Memang best, tak puas lah. Kalau ada peluang, kami nak pergi lagi. Mungkin boleh plan untuk family day pula...

Ok... SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT REDUAN & FARZANA... Semoga kekal bahagia dunia dan akhirat...

Monday, May 16, 2011

Lesson Learn from Singapore

Alhamdulillah, lega rasanya dapat balik rumah semula. Bosan betul sorang2 kat sana. Dalam kelas, saya seorang saja Malaysian. Tapi, oklah, most of the participants sangatlah friendly. Untuk post kali ni, saya nak share satu pesanan daripada seorang pemandu teksi berbangsa Cina. Uncle ni kalau tak silap saya nama dia Tan. Saya naik teksi dia dari Hilton Hotel ke Changi Airport on 14 May tu.

"Kita hidup ni, perlu sayang satu sama lain. Kalau you potong you punya cari, apa warna darah you? Merah bukan? Ada orang lain yang warna darah tak sama dengan you? Atas sana, ada bahagi2 syurga ke? Ini syurga Muslim, ini syurga Hindu, ini syurga Kristian, ini pula syurga Buddha.. ada ke macam tu? Tak ada punya, kalau you cakap ada, nanti Tuhan sepak you punya muka. Kalau you buat baik, you mesti masuk syurga. Kalau you buat jahat, you kena sepak pergi bawah, masuk neraka.

You nampak itu orang, pokok, bangunan semua. Siapa bikin? Tuhan yang bikin. You kena sayang semua itu. Kalau you tak boleh sayang benda yang you nampak, macam mana you boleh kata yang you sayang Tuhan yang you tak nampak? Tak logik. You kena sayang benda yang you nampak, baru you akan sayang benda yang you tak nampak.

Tuhan itu satu saja. You ingat ada Tuhan Muslim, Tuhan Kristian, Tuhan lain-lain agama ke? Itu tuhan satu saja, Tuhan Allah. Tuhan buat itu Bible, Quran suruh you ikut. Siapa you pandai2 ubah apa yang Tuhan cakap? You ubah itu Bible, Quran, you nanti kena sepak masuk neraka lah. You mahu tunjuk you lagi pandai dari Tuhan ke?

You tahu Zakaria (Nabi Zakaria) ha? Tuhan Allah cakap nanti bini dia akan beranak. Dia tanya Tuhan, macam mana bini dia nak beranak, umur sudah 80 lebih. Tapi Tuhan itu bijak. Dia banyak tanya, Tuhan kasi tutup mulut dia, bisu tak boleh cakap. Tuhan itu boleh buat bini dia yang tua tu beranak.

Masa hidup ni, kita jangan lalai. Nanti you mati, tak sempat taubat, you masuk neraka. Tak semua orang sempat taubat. Macam itu orang yang suka minum arak, mabuk2. Bila accident, terus mati, mana sempat taubat. Kita tak boleh minum arak, hisap rokok, tak boleh buat jahat sama orang lain. Bila you dekat nak mati, nanti ada 2 bayang hitam datang dekat you tau. Tuhan mahu bagi peringatan terakhir dekat you. Kalau you tak sempat taubat, you ikut itu bayang hitam, you masuk neraka lah. Bayang hitam itu, syaitan. Sebab itu, kita jangan mabuk. Bila mahu mati, kita boleh taubat lagi.

Saya sudah 2 kali Tuhan Allah selamatkan. Bila saya sedar, saya fikir, ini semua Tuhan Allah punya kerja. Bila saya sayang orang, Tuhan Allah pun sayang saya. Saya suka tolong orang sebab nanti Tuhan Allah tolong saya. Kalau Tuhan Allah tak tolong saya, saya sudah mati. Sebab itu, you jangan terima kasih pada saya. You terima kasih pada Tuhan Allah. Kalau you terima kasih pada saya, nanti mati saya tak dapat apa-apalah..."

Itu ringkasan saja. Panjang benar ceritanya. Apapun, itu pengajaran untuk saya. Uncle tu pesan, nanti beritahu orang apa yang dia cakap. Beritahu orang lain supaya saling sayang menyayangi dan jangan buat jahat kepada orang lain tanpa mengira agama dan bangsa.

Doa saya, semoga Allah bukakan pintu hati Uncle ni untuk memeluk agama Islam. Amin..

~open for discussion~

Tuesday, May 10, 2011

Wednesday, May 4, 2011

POLA BAJU TIDUR

Banyak pulak search pasal cara jahit baju tidur ni. Cuti panjang hari tu, sempatlah saya sediakan pola baju tidur untuk di'post'kan. Jum tengok lukisan pola kat bawah:

*Pola belakang tu silap sket. Tang leher tu sepatutnya takyah buka luas macam tu. tu utk bahagian depan je. Yg belakang tu sepatutnya 1/2 inci je ke bawah. Sorry yer!!

Cara-cara:
  1. Lukis pola depan dan belakang. Ceraikan bahagian atas dan bawah bagi pola depan. Tekapkan pola pada kain dan gunting. (Tanda star adalah lipatan kain).
  2. Mula-mula cantum bahagian atas baju (depan dan belakang). Untuk bahagian depan, lebih kain sebanyak 3" diperlukan untuk butang.
  3. Cantum badan di bahagian belakang.
  4. Untuk badan di bahagian depan, jahit jelujur terlebih dahulu. Kemudian tarik benang supaya kain berkedut. Ukur lebar kain yang telah berkedut agar sepadan dengan lebar dada (pola depan bahagian atas).
  5. Jahit kain badan yang berkedut dengan bahagian atas baju dan jahit juga dengan badan di sebelah belakang (cantumkan).
  6. Line berwarna hijau yang saya lukiskan di atas, boleh dikemaskan dengan lace. Jika tak mahu lace, boleh kemas seperti biasa.
  7. Last sekali, jahitkan butang.
  8. SIAP!!!
Senang saja kan?

Lupa pula nak jelaskan ukuran pada pola... Sorry..

a - lebar bahu
b - bahu ke dada - 2"
c - lilitan dada bahagi 4
d - labuh baju (mengikut citarasa masing-masing)
e - lilitan pinggang bahagi 4
f - pinggang ke punggung (biasanya 8")
g - lilitan punggung bahagi 4
h - lebar baju (biasanya g + 1")
i - lebihan kain untuk kedutan (biasanya 4-6")

Perhatian:
  • Untuk jahitan butang, lebihan kain 3" itu perlu dilipat ke bahagian dalam. Seeloknya tampal kertas gam di bahagian dalam supaya lebih kemas.
  • Sekiranya ingin menggunakan lace pada bahagian dada depan, jahit lace pada kain di bahagian atas dulu. Kemudian baru cantum dengan kain di bahagian bawah yang telah dikedutkan.
  • Baju tidur ni boleh dijahit tanpa tangan (seperti gambar). Boleh juga dijahit dengan tangan. Cantumkan sahaja.
  • Sesuai juga dijadikan baju mengandung kerana bahagian depan yang lebar (kedutan).
Selamat mencuba!!!

Balik Kampung

Last minute punye plan, setelah dah beberapa bulan tak balik kampung (last balik raya haji tahun lepas), so kami decided nak balik kampung 29 April hari tu. Kami bertolak pukul 9.30 mlm, after solat Isyak. Alhamdulillah, jalan clear. Tepat-tepat jam 5 pagi, kami sampai ke rumah mak saya. Masuk je bilik, terus tidur. Bangun solat Subuh, then tido lagi.

After Zohor, kami bawa mak ke rumah kakak saya di Kelantan. Bestnya, dapat lepaskan rindu kat adik Aman (anak saudara). Dah nak boleh berjalan rupanya dia. Walaupun lama tak jumpa, takde pulak dia menangis bila saya pegang dia. Tambah seronok dia bila abang dukung bawa jalan-jalan. Ingatkan dah sampai rumah kakak, nak la pergi tengok kebun pisang. Tiba-tiba, hujan pula petang tu. Terus cancel. Mak dengan abang dah lingkup, lena terus. Saya pula tolong along (anak saudara) buat kerja kursus Geografi dia.

On the next day (hari Ahad), kami bertolak ke rumah mentua saya. Kesian mak mentua saya, penat-penat menoreh, ada pula orang curi getah dia. Kat kampung tu, hampir tiap-tiap malam ada orang curi getah. Ada saja penduduk kampung yang jadi mangsa. Bila dah teruk sangat, abang ipar saya nekad, nak buat report polis. Kat rumah mentua, saya makan saja. Mak mentua buat kari biri-biri. Jakun betul saya, tak pernah makan daging biri-biri. Sedap betul. Isi dia lembut sangat, takda bau pun. Berselera saya makan.

Hari Isnin, after solat Asar, kami bertolak balik KL. Before bertolak tu, mak saya telefon beritahu kakak ipar saya (isteri abang kedua saya) masuk HUSM, Kota Bharu. Dia sakit lagi (ketumbuhan dalam rahim). Kata mak, saiz ketumbuhan tu dah cecah 11cm, so doktor dah decide dah operate untuk buang ketumbuhan tu hari Rabu ni (hari ni lah). Disebabkan takda orang yang available, mak saya lah yang terpaksa jaga kakak ipar kat hospital. Terpaksa tinggalkan ayah sorang-sorang kat rumah. Risaunya bila fikir pasal ayah. Kesian juga kat mak. Larat ke dia nak jaga menantu dia tu kat hospital.

Apabila fikir pasal mak, saya rasa kakak-kakak ipar saya ni beruntung sangat dapat mak mentua macam mak saya (saya pun beruntung juga sebab mak mentua saya pun baik macam mak saya). Sanggup mak tinggalkan ayah yang dah tua tu sebab nak jaga menantu kat hospital. Mak pun bukannya sihat sangat tu. Tapi, dah orang lain (keluarga belah sana) takda yang sudi nak jaga, terpaksa lah mak saya mengalah. Kesian mak. Harap-harap mak boleh bertahan. Rasa nak menangis bila teringatkan pengorbanan mak pada anak-anak dan menantu. Kalau kami ada di tempat mak, belum tentu kami akan jadi sekuat dan setabah mak.

Dalam perjalanan balik ke KL, kami singgah di rumah kak long saya di Ajil. Singgah makan nasi dan rehat-rehat sebelum memulakan semula perjalanan yang jauh. Pukul 11 malam, kami bertolak dari rumah kak long dan sampai ke rumah kami di Rawang lebih kurang 5 pagi. Alhamdulillah, Allah dah permudahkan dan selamatkan perjalanan pergi dan balik kami.

*Thanks to PanduanPercuma.info