Wednesday, May 4, 2011

Balik Kampung

Last minute punye plan, setelah dah beberapa bulan tak balik kampung (last balik raya haji tahun lepas), so kami decided nak balik kampung 29 April hari tu. Kami bertolak pukul 9.30 mlm, after solat Isyak. Alhamdulillah, jalan clear. Tepat-tepat jam 5 pagi, kami sampai ke rumah mak saya. Masuk je bilik, terus tidur. Bangun solat Subuh, then tido lagi.

After Zohor, kami bawa mak ke rumah kakak saya di Kelantan. Bestnya, dapat lepaskan rindu kat adik Aman (anak saudara). Dah nak boleh berjalan rupanya dia. Walaupun lama tak jumpa, takde pulak dia menangis bila saya pegang dia. Tambah seronok dia bila abang dukung bawa jalan-jalan. Ingatkan dah sampai rumah kakak, nak la pergi tengok kebun pisang. Tiba-tiba, hujan pula petang tu. Terus cancel. Mak dengan abang dah lingkup, lena terus. Saya pula tolong along (anak saudara) buat kerja kursus Geografi dia.

On the next day (hari Ahad), kami bertolak ke rumah mentua saya. Kesian mak mentua saya, penat-penat menoreh, ada pula orang curi getah dia. Kat kampung tu, hampir tiap-tiap malam ada orang curi getah. Ada saja penduduk kampung yang jadi mangsa. Bila dah teruk sangat, abang ipar saya nekad, nak buat report polis. Kat rumah mentua, saya makan saja. Mak mentua buat kari biri-biri. Jakun betul saya, tak pernah makan daging biri-biri. Sedap betul. Isi dia lembut sangat, takda bau pun. Berselera saya makan.

Hari Isnin, after solat Asar, kami bertolak balik KL. Before bertolak tu, mak saya telefon beritahu kakak ipar saya (isteri abang kedua saya) masuk HUSM, Kota Bharu. Dia sakit lagi (ketumbuhan dalam rahim). Kata mak, saiz ketumbuhan tu dah cecah 11cm, so doktor dah decide dah operate untuk buang ketumbuhan tu hari Rabu ni (hari ni lah). Disebabkan takda orang yang available, mak saya lah yang terpaksa jaga kakak ipar kat hospital. Terpaksa tinggalkan ayah sorang-sorang kat rumah. Risaunya bila fikir pasal ayah. Kesian juga kat mak. Larat ke dia nak jaga menantu dia tu kat hospital.

Apabila fikir pasal mak, saya rasa kakak-kakak ipar saya ni beruntung sangat dapat mak mentua macam mak saya (saya pun beruntung juga sebab mak mentua saya pun baik macam mak saya). Sanggup mak tinggalkan ayah yang dah tua tu sebab nak jaga menantu kat hospital. Mak pun bukannya sihat sangat tu. Tapi, dah orang lain (keluarga belah sana) takda yang sudi nak jaga, terpaksa lah mak saya mengalah. Kesian mak. Harap-harap mak boleh bertahan. Rasa nak menangis bila teringatkan pengorbanan mak pada anak-anak dan menantu. Kalau kami ada di tempat mak, belum tentu kami akan jadi sekuat dan setabah mak.

Dalam perjalanan balik ke KL, kami singgah di rumah kak long saya di Ajil. Singgah makan nasi dan rehat-rehat sebelum memulakan semula perjalanan yang jauh. Pukul 11 malam, kami bertolak dari rumah kak long dan sampai ke rumah kami di Rawang lebih kurang 5 pagi. Alhamdulillah, Allah dah permudahkan dan selamatkan perjalanan pergi dan balik kami.

*Thanks to PanduanPercuma.info

No comments:

Post a Comment