Monday, May 16, 2011

Lesson Learn from Singapore

Alhamdulillah, lega rasanya dapat balik rumah semula. Bosan betul sorang2 kat sana. Dalam kelas, saya seorang saja Malaysian. Tapi, oklah, most of the participants sangatlah friendly. Untuk post kali ni, saya nak share satu pesanan daripada seorang pemandu teksi berbangsa Cina. Uncle ni kalau tak silap saya nama dia Tan. Saya naik teksi dia dari Hilton Hotel ke Changi Airport on 14 May tu.

"Kita hidup ni, perlu sayang satu sama lain. Kalau you potong you punya cari, apa warna darah you? Merah bukan? Ada orang lain yang warna darah tak sama dengan you? Atas sana, ada bahagi2 syurga ke? Ini syurga Muslim, ini syurga Hindu, ini syurga Kristian, ini pula syurga Buddha.. ada ke macam tu? Tak ada punya, kalau you cakap ada, nanti Tuhan sepak you punya muka. Kalau you buat baik, you mesti masuk syurga. Kalau you buat jahat, you kena sepak pergi bawah, masuk neraka.

You nampak itu orang, pokok, bangunan semua. Siapa bikin? Tuhan yang bikin. You kena sayang semua itu. Kalau you tak boleh sayang benda yang you nampak, macam mana you boleh kata yang you sayang Tuhan yang you tak nampak? Tak logik. You kena sayang benda yang you nampak, baru you akan sayang benda yang you tak nampak.

Tuhan itu satu saja. You ingat ada Tuhan Muslim, Tuhan Kristian, Tuhan lain-lain agama ke? Itu tuhan satu saja, Tuhan Allah. Tuhan buat itu Bible, Quran suruh you ikut. Siapa you pandai2 ubah apa yang Tuhan cakap? You ubah itu Bible, Quran, you nanti kena sepak masuk neraka lah. You mahu tunjuk you lagi pandai dari Tuhan ke?

You tahu Zakaria (Nabi Zakaria) ha? Tuhan Allah cakap nanti bini dia akan beranak. Dia tanya Tuhan, macam mana bini dia nak beranak, umur sudah 80 lebih. Tapi Tuhan itu bijak. Dia banyak tanya, Tuhan kasi tutup mulut dia, bisu tak boleh cakap. Tuhan itu boleh buat bini dia yang tua tu beranak.

Masa hidup ni, kita jangan lalai. Nanti you mati, tak sempat taubat, you masuk neraka. Tak semua orang sempat taubat. Macam itu orang yang suka minum arak, mabuk2. Bila accident, terus mati, mana sempat taubat. Kita tak boleh minum arak, hisap rokok, tak boleh buat jahat sama orang lain. Bila you dekat nak mati, nanti ada 2 bayang hitam datang dekat you tau. Tuhan mahu bagi peringatan terakhir dekat you. Kalau you tak sempat taubat, you ikut itu bayang hitam, you masuk neraka lah. Bayang hitam itu, syaitan. Sebab itu, kita jangan mabuk. Bila mahu mati, kita boleh taubat lagi.

Saya sudah 2 kali Tuhan Allah selamatkan. Bila saya sedar, saya fikir, ini semua Tuhan Allah punya kerja. Bila saya sayang orang, Tuhan Allah pun sayang saya. Saya suka tolong orang sebab nanti Tuhan Allah tolong saya. Kalau Tuhan Allah tak tolong saya, saya sudah mati. Sebab itu, you jangan terima kasih pada saya. You terima kasih pada Tuhan Allah. Kalau you terima kasih pada saya, nanti mati saya tak dapat apa-apalah..."

Itu ringkasan saja. Panjang benar ceritanya. Apapun, itu pengajaran untuk saya. Uncle tu pesan, nanti beritahu orang apa yang dia cakap. Beritahu orang lain supaya saling sayang menyayangi dan jangan buat jahat kepada orang lain tanpa mengira agama dan bangsa.

Doa saya, semoga Allah bukakan pintu hati Uncle ni untuk memeluk agama Islam. Amin..

~open for discussion~

3 comments:

  1. Amin, setuju sangat dengan uncle Tan tu :)

    ReplyDelete
  2. Kita sama-sama doakan... Amin..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Stumbled upon your blog from the net.
    MasyaAllah. Such great experience. Moga Uncle embraces Islam secepat mungkin.

    Thank you for sharing =)

    ReplyDelete