Wednesday, May 25, 2011

Reduan Wedding @ Ipoh & Felda Hot Spring @ Sungkai

Last Saturday, 21 May 2011, kami bersama rombongan Bahagian Industri Kimia (Kak Zana & family, Kak Ruzi & family, Kak Shuk & family, Kak Ayu & family, Cik Zue dan Nelly) beramai-ramai menghadiri majlis resepsi perkahwinan officemate kami iaitu Reduan dengan pilihan hatinya Farzana. Kami bertolak dari tol Bukit Beruntung tepat2 jam 10.45 am. Saya yang drive, abang relax je kat sebelah tengok video pancing.

Pukul 11.35 am kami sampai di Hentian Tapah (tempat berkumpul). Dari sana kami konvoi hingga ke rumah pengantin. Masa kami sampai tu, rombongan pengantin perempuan baru saja sampai. So, sempatlah kami tengok persembahan silat bagi menyambut kedatangan mereka. Before jumpa pengantin, kami makan dulu. Boleh tahan makanannya, sedap sampai abang tak cukup. Nak tambah lagi, tapi malu pulak.

After makan, kami ramai2 serbu masuk dalam rumah, nak tengok pelamin. Suami-suami kami pula duk bawah pokok kat luar sambil borak2. Lepas makan beradab, pengantin masuk dalam rumah untuk sesi bergambar... Inilah gambarnya...

Dari kiri atas: Cik Zue, Kak Ayu, Wan & Zana (Pengantin), Nelly, Kak Ruzi
Dari kiri bawah: Kak Shuk & anak, Kak Zana, saya

Selepas tu, saya dengan Kak Ruzi & family teruskan aktiviti untuk berkelah di Felda Hot Spring kat Sungkai. Yang lain semuanya nak balik sebab ada hal masing-masing.

Seronok mandi manda... The best thing is kolam air dia tak ada chlorine sebab menggunakan air semulajadi iaitu air dari gunung. Kolam air panas pun menggunakan air semulajadi. Memang best, tak puas lah. Kalau ada peluang, kami nak pergi lagi. Mungkin boleh plan untuk family day pula...

Ok... SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT REDUAN & FARZANA... Semoga kekal bahagia dunia dan akhirat...

No comments:

Post a Comment