Friday, June 24, 2011

Harga Tempahan Menjahit Pakaian Wanita

(Kemas kini pada 12 Julai 2011)

Alhamdulillah.. sejak dah belajar menjahit dan boleh jahit baju sendiri ni, saya ada terima beberapa tempahan daripada kawan-kawan. Setakat ni, saya dah siapkan 2 tempahan baju kurung moden. InsyaAllah, lepas ni akan ada lagi since dah ramai yang bertanya. Memandangkan saya ni bukan tailor professional, saya tak letak harga mahal-mahal macam kat butik tu. Sebab, saya tak perlu sewa kedai atau apa-apa barang pun. Just beli benang, zip, butang dan hantar jahit tepi. Kos tak banyak, so boleh lah jimat.

Untuk panduan kawan-kawan yang berminat nak hantar tempahan, boleh refer senarai harga kat bawah ni:
  • Baju kurung - RM25
  • Baju kurung kedah - RM25
  • Baju kurung pesak gantung - RM25
  • Baju kurung moden - RM30
  • Baju kebaya - RM35
(Harga di atas adalah untuk sepasang, baju dan skirt. Tidak termasuk piping, mata lalat/tulang belut, manik dan seumpanya)
  • Blaus biasa - RM12
  • Blaus zip belakang - RM15
  • Blaus butang depan - RM20
  • Skirt - RM10
  • Jubah / Dress labuh - RM40

Harga-harga ni tak termasuk untuk kain jenis sutera lembut, chiffon lembut, satin atau kain-kain licin seperti kain benang hitam. After consult dengan kakak-kakak saya, untuk kain-kain jenis licin dan susah nak potong ni, biasanya ada charge extra bergantung kepada tahap kesusahan kain tu. Harap, anda faham lah ya. Tapi, buat masa ni, saya belum bersedia untuk jahit kain-kain macam ni. Bila dah ready, saya inform, ok?

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberi tambahan pendapatan kepada saya....

7 comments:

  1. kalau saya nak oder lepas raya bole? :)

    ReplyDelete
  2. Boleh, insyaAllah.. nanti emelkan ke azlina.hussin@yahoo.com ok?

    ReplyDelete
  3. Baju Kebaya Riau/Kurung Riau leh tempah ke?

    ReplyDelete
  4. Kurung riau tu pesak gantung lah kan? Kebaya riau saya tak pernah dengar pulak... Ada contoh? Emelkan azlina.hussin@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. saya dah emelkan baju kebaya riau,,,emel saya isaac03jj@hotmail.com

    ReplyDelete