Monday, July 25, 2011

DaFina Kids ShoPPe: Baju Kurung Kanak-Kanak! MUrah2

DaFina Kids ShoPPe: Baju Kurung Kanak-Kanak! MUrah2: "Tercari2 Baju Kurung kanak2 ! Masih tidak jumpa lagi. Marilar ke Dafina Shoppe~~~ Sweet Pink (1 Set) 1 y - RM 16 2y - RM 17 3 y - RM 18 ..."

Penat Juga Yer

Penat, mengantuk, rasa nak lena je hari ni. 2 hari duk rumah, alhamdulillah, berjaya gunting 12 pasang baju, pastu pula jahit 3 pasang baju.

Bila asyik menjahit je ni, sampai tak ada selera nak makan. Bangun pagi, makan kurma 3 biji dengan milo segelas, kenyang sampai petang. Malam, bedal nangka yang abang beli. Terus tak makan nasi hari Sabtu tu. Hari ahad pun, pagi-pagi goreng nasi, abang yang makan 3/4. Saya jamah 1/4 je, tu pun sebab nak alas perut. Petang tu, teringin nak makan tomyam, buat lah satu periuk. Bau tomyam, barulah naik sikit selera ni.

Walaupun penat, tak apa. Ini baru permulaan. Yang penting hati happy. Seronok bila tengok baju yang orang tempah siap dengan sempurna. Tapi, rumah tak payah cerita lah. Walaupun dah vacuum dan mop, tetap bersepah... Abang senyum je tengok. Pagi, rumah bersih, cantik, kemas je. Masuk tengah hari, tunggang langgang semuanya. Situ gunting, sana jarum, sini pembaris.. Pastu abang cakap,

"Kalaulah abang pandai jahit, boleh abang tolong sayang biar cepat siap..."

Hehe.. tak payah la abang. Kerja abang pun dah penat. Sabtu Ahad pun kena kerja. Yang penting kita sama-sama happy dan bersyukur dengan rezeki dari Allah ni...

p/s: Kalau dapat berhenti kerja, then menjahit full time kan best!!!

Friday, July 22, 2011

Tempahan Jahit Untuk Raya Ditutup

Assalamualaikum... Terima kasih kepada yang sudi hantar tempahan jahit kepada saya. Hari ni, saya nak mohon kemaafan sebab saya terpaksa tutup tempahan untuk hari raya Aidilfitri yang akan datang tak lama lagi. Ianya disebabkan tempahan sedia ada dah banyak dan saya takut kalau ada tempahan lagi, saya tak sempat nak siapkan. Maklumlah, saya buat part time saja menjahit ni. Full time jadi tukang taip kat ofis.. hehe..

Tapi, untuk tempahan selepas raya ni atau untuk raya Aidilahda nanti, saya terima je. Ok? Terima kasih atas sokongan semua...

Monday, July 18, 2011

Baju Kurung Kanak-Kanak (For Sale - Bil. 1)

Assalamualaikum...

Sempena hari raya yang bakal menjelang ni, saya ada menjahit beberapa pasang baju kurung kanak-kanak untuk dijual dengan harga murah. Material yang saya gunakan adalah kain cotton bunga. Gambar baju yang telah siap ada di bawah:




Saiz yang ada untuk pattern di atas adalah sais 1 sampai 6 yakni sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun - 6 tahun. Sekiranya berminat, boleh order kat http://dafinashoppe.blogspot.com/. Buat masa ni, pemilik blog ni belum lagi post pasal baju kurung ni. Nanti tuannya akan update. Sementara tunggu tu, bole tengok baju-baju lain dulu kat blog tersebut yer.

Friday, July 15, 2011

ASAS JAHITAN - Leher Bulat

Saya cuba buat nota cara jahit leher. Susah sikit nak explain tapi saya cuba juga setakat yang termampu. Untuk permulaan ni, buat leher bulat dulu, yang paling senang. Leher buat ni sesuai untuk baju kurung moden. Leher bulat ni juga boleh digunakan untuk baju kurung, just tambah garisan 4" ke bawah di tengah-tengahnya. Tapi, cara jahitan untuk leher baju kurung agak rumit sedikit. Nanti saya buat nota lain yer.

Saya harap anda dapat faham nota leher bulat ni. Tapi, kalau tak faham, saya minta maaf, mungkin nota saya tak jelas. So, boleh email atau tulis pada comment yer.


Memandangkan sekarang ni saya ada tempahan blaus yang memerlukan saya menjahit leher bentuk sampan, saya akan cuba buat nota menggunakan gambar yang saya ambil semasa proses menjahit. Mungkin, dengan cara itu, nota saya akan lebih jelas. InsyaAllah, saya cuba yang terbaik yer. 

Thursday, July 14, 2011

Pisang Oh Pisang (Tips Tanam Pisang)

Mana gambar kebun pisang ni? Hari tu balik kampung, ambil gambar pakai handphone. Tak delete pun. Hari ni nak upload, tengok2 dah tak ada... huhu.. sedihnya, takleh nak bagi tengok pokok-pokok pisang yang berbuah. Selain pokok pisang, rupanya abang ipar saya tanam juga pokok ubi kayu. Dah ada isi pun... tapi tu lah, gambar dah lesap... sayangyer...

Tak apalah, tak ada rezeki nak share gambar. Saya share tips jer la.. Tips ni daripada mak mentua saya. Mak mentua memang ada kebun pisang depan rumah dia. Memandangkan kami ni tak pernah pergi kursus pun pasal tanam pisang ni, kami kursus je lah dengan mak mentua saya yang dah mahir tu...

Tips yang mak mentua saya bagi ialah:
  • Anak pisang yang tumbuh keliling pokok tu jangan terus dicabut. Tunggu sehingga pokok induk tu berbuah dulu, then baru cabut anak dah tanam kat tempat lain.
  • Pokok induk yang rosak/buruk, kena tebang terus supaya tak berjangkit pada anak yang sedang membesar.
  • Semasa pokok pisang sedang meninggi, letak tanah di sekeliling umbi pisang biar tinggi sikit supaya batang pokok jadi gemuk.
  • Rumput-rumput yang dicabut/dimesin dilonggok di sekeliling umbi pisang supaya apabila hujan, air akan terperangkap kat situ. Tanah akan jadi lembap dan cacing akan membiak. So, tanah akan lebih subur dan pokok pisang pun tumbuh dengan sihat.
  • Apabila dah berbuah, tunggu sehingga ada sebiji atau dua biji buah bertukar warna kuning. Lepas tu, boleh tebang pokok pisang tu, dan ambil buahnya, simpan sampai masak.

Setakat itu saja tips untuk hari ni. Nanti ada tips baru, saya kongsi lagi yer...

Wednesday, July 13, 2011

Hari Hari Happy

Dalam seminggu saya bekerja dari hari Isnin sampai Jumaat. Setiap hari saya keluar rumah lebih kurang pukul 7 pagi dan sampai ke rumah lebih kurang pukul 7 petang. Perjalanan dari rumah ke tempat kerja lebih kurang dalam 45 minit - 1 jam bergantung kepada keadaan trafik. So, masa saya di pejabat adalah 10 jam setiap hari.

Masuk saja pejabat, perkara pertama saya buat buka komputer. Sementara tunggu waktu bekerja pukul 8.30, saya akan breakfast dulu dengan kawan-kawan. Kadang-kadang tak sempat habis breakfast, boss dah panggil untuk buat kerja. Boss hanya akan stop cari saya after pukul 6 petang walaupun waktu bekerja saya habis pukul 5.30. Sebabnya boss tahu, transport saya untuk pulang ke rumah adalah pukul 6.

Kerja mana yang tak stress. Kena marah dengan boss, kena sindir dengan kawan sekerja, kena kutuk dengan orang, tu perkara biasa. Dah lali pun. Tapi, kerja tetap jalan. Tanggungjawab tetap dilaksanakan. Kalau dulu, saya selalu bawa balik mood kerja ke rumah. Kalau stress, saya akan masam muka sampai ke rumah. Lepas tu, ada saja benda yang nak dibebelkan.

Tapi, dah 3 tahun lebih kerja ni, saya dah tahu macam mana nak asingkan semua tu. Penat macam mana pun, sampai saja kat rumah (walaupun dengan keadaan rumah yang bersepah), saya rasa lega. Sementara tunggu abang balik, sempat lah saya masak apa yang dia nak makan. Kalau abang kerja malam, abang akan siapkan dinner sebelum saya balik. Then, kami makan sama-sama. After Maghrib, turn abang pula pergi kerja.

Time abang kerja, saya akan menjahit sambil tengok tv. Dekat pukul 12 baru tidur. Kalau tak ada baju yang nak dijahit, saya akan buat cross stitch. Tapi, kalau abang kerja siang, saya kurangkan semua aktiviti tu pada waktu malam. Biasanya, lepas Maghrib kami akan mengaji bersama-sama sampai Isyak. Lepas solat, kami tengok tv sampai pukul 12. Selagi tak pukul 12, mata ni susah nak lelap.

Hari minggu... Kami berdua ni ada tabiat buruk sket. Hari minggu adalah hari bangun lewat. Tak tentu pukul berapa. Lepas Subuh, kami lingkup balik. Bangun je, start buat aktiviti kemas rumah, basuh baju, cuci bilik air, mop lantai dan semua-semualah termasuk iron baju untuk seminggu. Waktu petang pula, abang akan turun ke bawah mengerjakan kebun mini nya.

Kadang-kadang, kalau abang tak overtime, kami keluar juga jalan-jalan ke KL. Tengok wayang, shopping, singgah rumah kawan-kawan dan yang paling best, pergi mandi sungai (dah lama tak mandi sungai rupanya). Kalau ada duit lebih, barulah kami jalan jauh sikit. Tahun ni, kami dah pergi Bukit Merah Laketown Resort dan Felda Hot Spring. InsyaAllah, lepas raya ni pergi Langkawi pula.

Rumah kami pun selalu juga terima tetamu bila hujung minggu. Masa tu lah, kami akan masak sedap-sedap untuk menjamu tetamu. Rasa puas sangat.

So, hidup saya memang seronok. Hari hari seronok. Semoga Allah kekalkan keseronokan ini dan tambah-tambahkan lagi untuk kebahagian kami berdua.

Monday, July 11, 2011

POLA SKIRT KEMBANG

Ada seorang adik menghantar email kepada saya. Adik ni, baru nak belajar jahit skirt sendiri. Alhamdulillah, usaha yang baik ye dik. Adik ni ada attach gambar skirt yang dia ingin jahit. So, dia minta saya lukiskan pola untuk jahit skirt ni.


Apabila saya teliti gambar ni, saya beritahu adik tu yang ianya tak memerlukan pola. Cara jahit dia simple saja cuma kena cermat sikit lah.

So, memandangkan saya ada masa free sikit hari ni, saya terus ambil kertas dan lukiskan cara jahit untuk adik ni. Lukisan saya seperti di bawah:


Skirt ni menggunakan pinggang keras (bukan getah yer). Untuk nampak kemas dan cantik, adik boleh gunakan pinggang 1 setengah inci (yang selalu digunakan untuk buat seluar baju melayu lelaki). Adik boleh refer kat post yang lepas (click) untuk cara menjahitnya. Cara menjahit zip juga ada (click).

Selamat mencuba...

Kalau tak faham or perlukan penjelasan detail, tulis kat comment / email yer..

Saturday, July 9, 2011

Tahajjud Cinta Episod 1

Credits to malaymoviesfull

Episod 1 (Synopsis)
Mengisahkan Citra dan Seri yang sedang menuntut di Cairo bersama 2 orang lagi sahabat mereka iaitu Azihan dan Wadi. Citra merupakan seorang gadis yang nekad dalam memperjuangkan hak wanita ni universitinya sehingga dia dipanggil oleh Professor Khalid. Seri pula sedang dilamun cinta dengan Wadi tanpa mengetahui bahawa ayahnya di kampung telah merancang untuk menikahkan Seri dengan Ustaz Syauki. Ustaz Syauki telah mempunyai 3 orang isteri.

WATCH NOW:

Friday, July 8, 2011

Sekadar Pandangan Peribadi

Sekarang ni satu negara kecoh dengan perhimpunan bersih. Macam-macam berita keluar dekat media. Kadang-kadang saya terfikir sejenak, kita ni sebenarnya berada di negara mana? Katanya, kita dah merdeka lebih dari 50 tahun atau lebih tepat 54 tahun (31 Ogos 2011). Andaikata 54 tahun itu adalah umur manusia, kita sudah dapat bayangkan apakah perwatakan dan tingkah laku manusia tersebut.

54 tahun. Kalau kerja kerajaan, lagi 4 tahun nak pencen. Kalau jawatan kerani, sudah tentu dah naik pangkat jadi CC (ketua kerani). Kalau pangkat pegawai, sudah tentu dah jadi Pengarah / Setiausaha Bahagian. Mungkin juga dah ada yang bergelar Jusa. Itu kalau kerje kerajaan. Kalau tak dibandingkan dengan kerja pun, boleh tengok kehidupan rumahtangga. Pada usia 54 tahun ni, sudah ramai yang begelar datuk atau nenek. Jadi, pada usia itulah, kematangan seseorang diukur melalui perlaksanaan tanggungjawab dan amanah.

Namun, pada ketika Malaysia hendak menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-54, timbul pula satu fenomena yang ternyata mengundang keburukan lebih dari kebaikan. Tidak kira apa alasan, apa sebab sekalipun, cara tersebut ternyata salah. Umum mengetahui, niat tak menghalalkan cara. Jadi, andainya niat untuk berhimpun itu adalah untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan organisasi tertentu, tetapi, caranya adalah dengan mengadakan rusuhan tetap salah. Walaupun arahan sudah dikeluarkan agar perhimpunan diadakan di tempat yang tertutup seperti stadium, adakah kita yakin bahawa ianya tak akan merebak ke jalan raya? Boleh ke kita pastikan?

Apabila fikirkan balik, adakah ini tinggalan Rasulullah untuk ummat baginda? Apakah cara ini yang ditonjolkan oleh Rasulullah ketika menyebar Islam? Adakah terkandung dalam al-Quran yang ummat manusia boleh membuat huru-hara sekiranya ingin membetulkan kesilapan? Sama-sama kita renungkan yer...

Monday, July 4, 2011

Baju Kurung Pesak Gantung

Semata-mata untuk memenuhi tempahan pelanggan tetap saya yang juga merangkap teman baik saya, terpaksalah saya belajar jahitan baju kurung pesak gantung. Teman saya ni jenis tak berkira. Dia sanggup hantar kain-kain dia untuk saya jahit walaupun berulang kali saya cakap yang saya ni belum expert. Dek kerana duk menjahit baju untuk dia plus tempahan kawan-kawan lain, saya dah semakin cekap. Alhamdulillah...

Semasa balik kampung tempoh hari, saya tanya kakak saya cara potong baju kurung pesak gantung ni. Tak susah pun sebenarnya. Cuma bila nak jahit tu, agak confius sikit. Mungkin sebab first time kot. Pastu, terus jahit kain orang.. huhu.. Semalam, sempat saya siapkan satu helai baju kurung pesak gantung dan satu helai baju kurung biasa. Hujung minggu ni baru nak setelkan skirt susun tepi pula.

Tengoklah hasil baju kurung pesak gantung saya ni....


Potongan baju ni agak kecil sebab kawan saya ni saiz XS. Kain ni susah sikit nak jahit sebab terlampau lembut. Tapi, alhamdulillah, menjadi juga. Kain ni hadiah istimewa dari tunangnya, dibeli khas dari Mauritius katanya.. Nice kan???

So, untuk baju kurung pesak gantung ni, saya dah tambah dalam senarai untuk tempahan jahitan. Boleh tengok kat sini untuk harga yer (click).

Sunday, July 3, 2011

Tahajjud Cinta @ TV3

 

Drama: Tahajjud Cinta
Genre Tahajjud Cinta : Semi Islamik
Terbitan Tahajjud Cinta : Rumah Karya Citra
Pengarah Tahajjud Cinta: Erma Fatima
Penolong Pengarah Tahajjud Cinta: Amalina Asmidah
Jurukamera Tahajjud Cinta: Asrar Lukmanal Hakim
Penolong Jurukamera: Ahmad Muhamin, Noor Syaifully Rahmat
Konti: Noor Azura Norman
Pengarah Seni Tahajjud Cinta: Ahmad Fadhli Asmi
Wardrobe: Rohaya Abdullah, Noor Hidayah Murni, Siti Noraisyah Rahman, Azwan Shah Ariffin, Noorrelia Laileyazhar, Muhammad Hazami
Peralatan: Asama Supramaniam, Azura Ahmad
Pencahayaan: Norhisyam Awang, Razdi Mohammad Sarip
Pengurus Produksi: Aziah Azmi
Penolong Pengurus Produksi: Sarif Huddin Abdul
Pekerja Seni: Denny Justin, Mark Ronnald Malajim
Pereka Set: Yaya Ma’embong
Grip: Rsharin Irwan

Pelakon Tahajjud Cinta : Remy Ishak (Solahudin), Fazura (Citra), Fouziah Gous (Seri), Shahz Jaszle (Azihan), Tan Sri Jins Shamsuddin (ayah Citra), Eman Manan (UstazSyauki), Norish Karman (Nora), Tiz Zaqyah (Emelda), Aaron Aziz (suami Nora), Melisa Saila (isteri ketiga), Ziela Jalil (isteri kedua), Erma Fatima (isteripertama), Dira Abu Zahar (isteri keempat), Ahmad Tarmimi Siregar (ayah Seri), Fadilah Mansor Kak Chik (ibu Seri), Haryanto (Tengku Irfan), Neelofa (Armani), Azizah Mahzan (ibu Citra)

Sama-sama kita layan cerita ni nanti yer!!! I like Remy, Fazura, Fouziah, Shahz Jaszle, Tiz & Aaron..

Friday, July 1, 2011

Majlis Menyambut Menantu Zakaria & Fariha @ Marang

Alhamdulillah.. Sahabat baik saya sejak tingkatan 3 hinggalah sekarang, akhirnya telah bertemu jodoh dengan gadis comey lotey dari Kelantan. Bagi meraikan majlis mereka, saya dan abang bertolak dari rumah jam 7 pagi, sampai Marang dalam pukul 12 lebih. Sempat berhenti salin baju kat Dungun dulu sebelum ke tempat kenduri. Kebetulan ketika kami sampai, pengantin perempuan pun baru saja sampai. Tengah duk bergambar, so kami tumpang lah sekaki.


Tak lama selepas tu, bekas guru sekolah menengah saya aka mama datang bersama her family. Lamanya tak jumpa mama, happy sgt dapat jumpa. Muka saya dah mirip muka mama dah pun... hehe..


Dek kerana menunggu teman-teman lain tiba, kami berada kat tempat kenduri sampai pukul 4 petang. Abang sempat makan second round. Apa pun gembira sangat dapat jumpa teman lama. Best...
 
Ex-Smachian 1997 - 2001
(Shazielly, Zakaria & Fariha, Majidah, Azlina, Lailatul, Zaidi, Mansor, Sabariah, Munirah dan Hamimah) - Nice to meet you all friends... May this friendship last forever...