Wednesday, July 13, 2011

Hari Hari Happy

Dalam seminggu saya bekerja dari hari Isnin sampai Jumaat. Setiap hari saya keluar rumah lebih kurang pukul 7 pagi dan sampai ke rumah lebih kurang pukul 7 petang. Perjalanan dari rumah ke tempat kerja lebih kurang dalam 45 minit - 1 jam bergantung kepada keadaan trafik. So, masa saya di pejabat adalah 10 jam setiap hari.

Masuk saja pejabat, perkara pertama saya buat buka komputer. Sementara tunggu waktu bekerja pukul 8.30, saya akan breakfast dulu dengan kawan-kawan. Kadang-kadang tak sempat habis breakfast, boss dah panggil untuk buat kerja. Boss hanya akan stop cari saya after pukul 6 petang walaupun waktu bekerja saya habis pukul 5.30. Sebabnya boss tahu, transport saya untuk pulang ke rumah adalah pukul 6.

Kerja mana yang tak stress. Kena marah dengan boss, kena sindir dengan kawan sekerja, kena kutuk dengan orang, tu perkara biasa. Dah lali pun. Tapi, kerja tetap jalan. Tanggungjawab tetap dilaksanakan. Kalau dulu, saya selalu bawa balik mood kerja ke rumah. Kalau stress, saya akan masam muka sampai ke rumah. Lepas tu, ada saja benda yang nak dibebelkan.

Tapi, dah 3 tahun lebih kerja ni, saya dah tahu macam mana nak asingkan semua tu. Penat macam mana pun, sampai saja kat rumah (walaupun dengan keadaan rumah yang bersepah), saya rasa lega. Sementara tunggu abang balik, sempat lah saya masak apa yang dia nak makan. Kalau abang kerja malam, abang akan siapkan dinner sebelum saya balik. Then, kami makan sama-sama. After Maghrib, turn abang pula pergi kerja.

Time abang kerja, saya akan menjahit sambil tengok tv. Dekat pukul 12 baru tidur. Kalau tak ada baju yang nak dijahit, saya akan buat cross stitch. Tapi, kalau abang kerja siang, saya kurangkan semua aktiviti tu pada waktu malam. Biasanya, lepas Maghrib kami akan mengaji bersama-sama sampai Isyak. Lepas solat, kami tengok tv sampai pukul 12. Selagi tak pukul 12, mata ni susah nak lelap.

Hari minggu... Kami berdua ni ada tabiat buruk sket. Hari minggu adalah hari bangun lewat. Tak tentu pukul berapa. Lepas Subuh, kami lingkup balik. Bangun je, start buat aktiviti kemas rumah, basuh baju, cuci bilik air, mop lantai dan semua-semualah termasuk iron baju untuk seminggu. Waktu petang pula, abang akan turun ke bawah mengerjakan kebun mini nya.

Kadang-kadang, kalau abang tak overtime, kami keluar juga jalan-jalan ke KL. Tengok wayang, shopping, singgah rumah kawan-kawan dan yang paling best, pergi mandi sungai (dah lama tak mandi sungai rupanya). Kalau ada duit lebih, barulah kami jalan jauh sikit. Tahun ni, kami dah pergi Bukit Merah Laketown Resort dan Felda Hot Spring. InsyaAllah, lepas raya ni pergi Langkawi pula.

Rumah kami pun selalu juga terima tetamu bila hujung minggu. Masa tu lah, kami akan masak sedap-sedap untuk menjamu tetamu. Rasa puas sangat.

So, hidup saya memang seronok. Hari hari seronok. Semoga Allah kekalkan keseronokan ini dan tambah-tambahkan lagi untuk kebahagian kami berdua.

No comments:

Post a Comment