Thursday, July 14, 2011

Pisang Oh Pisang (Tips Tanam Pisang)

Mana gambar kebun pisang ni? Hari tu balik kampung, ambil gambar pakai handphone. Tak delete pun. Hari ni nak upload, tengok2 dah tak ada... huhu.. sedihnya, takleh nak bagi tengok pokok-pokok pisang yang berbuah. Selain pokok pisang, rupanya abang ipar saya tanam juga pokok ubi kayu. Dah ada isi pun... tapi tu lah, gambar dah lesap... sayangyer...

Tak apalah, tak ada rezeki nak share gambar. Saya share tips jer la.. Tips ni daripada mak mentua saya. Mak mentua memang ada kebun pisang depan rumah dia. Memandangkan kami ni tak pernah pergi kursus pun pasal tanam pisang ni, kami kursus je lah dengan mak mentua saya yang dah mahir tu...

Tips yang mak mentua saya bagi ialah:
  • Anak pisang yang tumbuh keliling pokok tu jangan terus dicabut. Tunggu sehingga pokok induk tu berbuah dulu, then baru cabut anak dah tanam kat tempat lain.
  • Pokok induk yang rosak/buruk, kena tebang terus supaya tak berjangkit pada anak yang sedang membesar.
  • Semasa pokok pisang sedang meninggi, letak tanah di sekeliling umbi pisang biar tinggi sikit supaya batang pokok jadi gemuk.
  • Rumput-rumput yang dicabut/dimesin dilonggok di sekeliling umbi pisang supaya apabila hujan, air akan terperangkap kat situ. Tanah akan jadi lembap dan cacing akan membiak. So, tanah akan lebih subur dan pokok pisang pun tumbuh dengan sihat.
  • Apabila dah berbuah, tunggu sehingga ada sebiji atau dua biji buah bertukar warna kuning. Lepas tu, boleh tebang pokok pisang tu, dan ambil buahnya, simpan sampai masak.

Setakat itu saja tips untuk hari ni. Nanti ada tips baru, saya kongsi lagi yer...

2 comments:

  1. HYE...SALAM KENAL..BOLEH KER NAK TEMPAH BAJU LAGI..MCMANA NAK EMAIL OR CONTACT AWAK..

    ReplyDelete
  2. Salam... nak tempah baju untuk pakai bila tu? Bole email je kat saya, azlina.hussin@yahoo.com.

    ReplyDelete