Friday, July 8, 2011

Sekadar Pandangan Peribadi

Sekarang ni satu negara kecoh dengan perhimpunan bersih. Macam-macam berita keluar dekat media. Kadang-kadang saya terfikir sejenak, kita ni sebenarnya berada di negara mana? Katanya, kita dah merdeka lebih dari 50 tahun atau lebih tepat 54 tahun (31 Ogos 2011). Andaikata 54 tahun itu adalah umur manusia, kita sudah dapat bayangkan apakah perwatakan dan tingkah laku manusia tersebut.

54 tahun. Kalau kerja kerajaan, lagi 4 tahun nak pencen. Kalau jawatan kerani, sudah tentu dah naik pangkat jadi CC (ketua kerani). Kalau pangkat pegawai, sudah tentu dah jadi Pengarah / Setiausaha Bahagian. Mungkin juga dah ada yang bergelar Jusa. Itu kalau kerje kerajaan. Kalau tak dibandingkan dengan kerja pun, boleh tengok kehidupan rumahtangga. Pada usia 54 tahun ni, sudah ramai yang begelar datuk atau nenek. Jadi, pada usia itulah, kematangan seseorang diukur melalui perlaksanaan tanggungjawab dan amanah.

Namun, pada ketika Malaysia hendak menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-54, timbul pula satu fenomena yang ternyata mengundang keburukan lebih dari kebaikan. Tidak kira apa alasan, apa sebab sekalipun, cara tersebut ternyata salah. Umum mengetahui, niat tak menghalalkan cara. Jadi, andainya niat untuk berhimpun itu adalah untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan organisasi tertentu, tetapi, caranya adalah dengan mengadakan rusuhan tetap salah. Walaupun arahan sudah dikeluarkan agar perhimpunan diadakan di tempat yang tertutup seperti stadium, adakah kita yakin bahawa ianya tak akan merebak ke jalan raya? Boleh ke kita pastikan?

Apabila fikirkan balik, adakah ini tinggalan Rasulullah untuk ummat baginda? Apakah cara ini yang ditonjolkan oleh Rasulullah ketika menyebar Islam? Adakah terkandung dalam al-Quran yang ummat manusia boleh membuat huru-hara sekiranya ingin membetulkan kesilapan? Sama-sama kita renungkan yer...

No comments:

Post a Comment