Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

ASSALAMUALAIKUM....

DI KESEMPATAN INI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITIR KEPADA RAKAN-RAKAN TERMASUK PELANGGAN SAYA. SEMPENA HARI RAYA YANG MULIA INI, SAYA MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA SALAH DAN SILAP YANG DILAKUKAN SAMA ADA SEDAR ATAU TIDAK / SENGAJA ATAU TIDAK.

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN BAGI RAKAN-RAKAN YANG AKAN MERAIKAN AIDILFITRI DI KAMPUNG BERSAMA KELUARGA TERSAYANG. BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.

SAMA-SAMA KITA DOAKAN AGAR TAHUN DEPAN KITA AKAN DAPAT BERJUMPA DENGAN DENGAN BULAN RAMADHAN. AMIN....

Tuesday, August 23, 2011

Alhamdulillah...

Lega sangat. Semua tempahan baju dah settle. Cuma, saya nak minta maaf kepada semua pelanggan kalau ada kekurangan pada hasil jahitan saya. Hari tu demam lama sangat, so kualiti jahitan akan kurang memuaskan. Kalau dah serik nak tempah dengan saya, tak apa, saya faham.. Lagipun, saya akui yang saya belum expert sangat lagi. Apapun, saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada Alin (officemate), Sue (online customer), Kak Wa (cabmate), Kak Zulia (officemate) dan semualah kerana sudi bagi extra income untuk saya sempena nak menyambut hari raya ni. Alhamdulillah, boleh guna untuk beli persiapan raya. Bonus pulak, boleh simpan untuk masuk rumah baru nanti... hehe...

Ingatkan dah siap tempahan menjahit ni, boleh lah relax sket. Rupanya saya terlupa. Saya perlu jahit satu lagi baju kurung kedah untuk mak. Dah siap potong dan jahit tepi dah pun. Tapi, dek kerana sibuk menyiapkan baju orang lain, baju untuk mak tersadai je kat tepi rak tu. Ampun mak... Tak apa, sempat lagi jahit before balik kampung Sabtu ni...

Tapi, still tak boleh relax jugak sebab ada tempahan hantaran.. Adei... Minat punya pasal, saya buat je dengan rela hati dan seikhlasnya. Lagipun, tempahan dari kawan baik. So, taknak lepaskan peluang untuk gembirakan hati kawan sempena perkahwinannya lepas raya nanti. Nanti saya postkan gambar hantaran tu yek. Kali ni, saya lebih berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya. Lebih cantik dan menawan lah... hehe.. syok sendiri...

Haa.. lupa pulak. Saya dapat email dari seseorang yang sekarang berada di Kuching, Sarawak. Teman ni minta pertolongan saya untuk belajar menjahit. Dia mahu saya sediakan pola baju blaus dan baju kurung moden beserta nota lengkap untuk dia. Katanya, dia akan bayar. Tapi, saya tak tahu pula nak charge berapa. Nak buat pola ni dengan nota lengkap ni kena ambil masa sikit. Saya tak boleh guna pola yang saya post kat blog ni sebab ringkas sangat. Nanti susah pula teman kita ni nak memahaminya. So, saya akan prepare a new one yang lebih lengkap dan mudah diikuti. Alang-alang teman ni dah minta, so saya nak buka juga nota ni untuk orang lain yang berminat. Harga? Nanti saya inform ye, jangan risau, saya takkan charge mahalnya. Tunggu tau!!! Sapa yang berminat, boleh hantar email or write kat comment yer. Terima kasih...

Friday, August 19, 2011

Dugaan di Bulan Ramadhan

Sakitnya hati tak terkira. Cuba tahan air mata ni dari mengalir tapi tak berjaya. Pening kepala otak ni fikir, apalah salah, apalah dosa sampai diperlakukan sebegini rupa. Rasa macam membazir air mata, sia-sia sebab menangis tapi hati kita ni taklah sekuat mana. Dah namanya perempuan, kaya dengan air mata.

Dah 3 tahun lebih, bukannya sekejab. Khidmat yang diberikan selama ni pun, dibayar, bukannya percuma. Bayaran pula tak pernah kurang, malah lebih dari sepatutnya. Tak apalah, halalkan saja. Dengan harapan, pemberian ikhlas kita ni dihargai.

Tapi, rupanya silap. Pemberian kita hanya dianggap sebagai balasan terhadap pertolongannya. Kita ni seolah-olah menagih pertolongannya. Kononya, tiada orang lain yang boleh menolong kita selain dia. Siapa sangat dia tu? Dia bukannya tuhan pun. Dia juga manusia biasa. Adat hidup bermasyarakat, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Atau dalam bahasa mudahnya give and take.

Dulu, kita ikhlas menolongnya. Sanggup mengambil risiko walaupun hanya beberapa bulan mengenalinya ketika itu. Namun, siapa sangka, pertolongan kita tu rupanya tak seberapa untuk dia. Malah dia menganggap sebenarnya dia yang menolong kita, bukan kita yang menolong dia. Mungkin sekarang dia dah lupa akan pertolongan kita itu. Maklumlah, hidup pun sudah senang. Apa yang nak, semua boleh dapat. Sampaikan, kita ni tak diperlukan lagi.

Tak apalah, kita faham benar kata-kata dia tu. Sememangnya dia dah tak mengharapkan kita lagi. Betullah, rezeki bukan di tangan kita. Rezeki dia dari Allah. So, kalau kita tak bagi, orang lain akan bagi kat dia. Cukuplah setakat ini, dah tak sanggup dan berhadapan dengan dia lagi. Dah tak sanggup nak berpura-pura lagi. Hati ni sudah menghampiri rasa benci. Sebelum benci ni benar2 hadir, baik kita berundur. Lupakan saja dia yang tak mengenang budi.

p/s: sekadar luahan hati. terima kasih.

Tuesday, August 9, 2011

Demam + Ulcer

Dear all,

Minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat nak update blog dengan nota menjahit. Since hari kedua puasa, saya dah start kena ulcer. Hari kelima, temperature naik dan terus demam. Hari ni, alhamdulillah, boleh masuk kerja semula walaupun ulcer belum surut. Pening-pening pun ada lagi sikit tapi boleh tahan lah. Kepada yang membuat tempahan tu, jangan risau ye, baju-baju anda dalam proses untuk dijahit. InsyaAllah, semua akan dapat sebelum raya.

Dalam demam-demam ni, kawan saya di Dafinashoppe beritahu ada  permintaan lagi untuk baju kurung kanak-kanak. 3 hari duk rumah, sempatlah saya siapkan 3 pasang (lupa pulak nak ambil gambar). Tak boleh nak jahit lebih sebab separuh hari terpaksa tidur untuk kebahkan demam dan kurangkan sakit kepala.

Semoga ulcer ni cepat sembuh dan kepala pun tak pening lagi. Tak sabar nak continue menjahit dengan selesanya....

Wednesday, August 3, 2011

Tempahan Baju Kurung 12 Pasang

Alhamdulillah, tak sia-sia ambik cuti Isnin n Selasa hari tu. Empat hari duk rumah, kerja saya menjahit je. Berhenti untuk solat, masak, makan n mandi je. Malam, dekat pukul 12 baru tidur. Aduih, memang memenatkan.

Nak dijadikan cerita, sahabat saya yang kerja bank ni, pakat dengan office mate dia untuk sedekahkan baju raya untuk anak-anak yatim. So, kata mereka, kalau nak beli yang siap, mahal, then saiz pun akan jadi masalah. So, mereka ambil ukuran setiap anak-anak yatim ni, dan minta saya belikan kain seterusnya jahitkan baju kurung untuk mereka.

Syukur pada Allah, dapatlah saya buat duit lebih sikit plus dapat juga bersedekah untuk anak-anak yatim ni. Akhirnya semalam, saya berjaya siapkan semua baju-baju tu...


Wah, siap packing dalam plastic lagi tu... hehe...