Tuesday, August 9, 2011

Demam + Ulcer

Dear all,

Minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat nak update blog dengan nota menjahit. Since hari kedua puasa, saya dah start kena ulcer. Hari kelima, temperature naik dan terus demam. Hari ni, alhamdulillah, boleh masuk kerja semula walaupun ulcer belum surut. Pening-pening pun ada lagi sikit tapi boleh tahan lah. Kepada yang membuat tempahan tu, jangan risau ye, baju-baju anda dalam proses untuk dijahit. InsyaAllah, semua akan dapat sebelum raya.

Dalam demam-demam ni, kawan saya di Dafinashoppe beritahu ada  permintaan lagi untuk baju kurung kanak-kanak. 3 hari duk rumah, sempatlah saya siapkan 3 pasang (lupa pulak nak ambil gambar). Tak boleh nak jahit lebih sebab separuh hari terpaksa tidur untuk kebahkan demam dan kurangkan sakit kepala.

Semoga ulcer ni cepat sembuh dan kepala pun tak pening lagi. Tak sabar nak continue menjahit dengan selesanya....

4 comments:

  1. Sis,
    Get well soon... kalau ulcer kat mulut/bibir tu akak gi pharmacy kat kaunter ubat tu cakap nak beli "Oral Aid" InsyaAllah cepat sembuh, ubat ni akan "numb"kan ulcer tu so x sakit lepas bubuh ubat tu....n slamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  2. Thanks Sue for your concern. Actually it's just not an ulcer. Rupanya akak kena jangkitan tonsil. Patutlah guna oral aid tu pun x nak jalan. Hari ni baru boleh bercakap... huhu.. Tapi, belum boleh makan lagi, dalam mulut still bengkak..

    ReplyDelete
  3. kesiannyer azlina! sampai dah kurus dah... semoga cepat sembuh.. tq siapkan baju tue.. ramai plak yang nak. hehehhe.

    ReplyDelete
  4. alahai...Sue pon pernah kene tonsil bengkak 1 minggu kene high fever dan memang susut badan sbb x boleh telan makanan sangat sakit...banyak minum air suam ya sis Insya Allah sue doakan cepat sembuh....

    ReplyDelete