Friday, August 19, 2011

Dugaan di Bulan Ramadhan

Sakitnya hati tak terkira. Cuba tahan air mata ni dari mengalir tapi tak berjaya. Pening kepala otak ni fikir, apalah salah, apalah dosa sampai diperlakukan sebegini rupa. Rasa macam membazir air mata, sia-sia sebab menangis tapi hati kita ni taklah sekuat mana. Dah namanya perempuan, kaya dengan air mata.

Dah 3 tahun lebih, bukannya sekejab. Khidmat yang diberikan selama ni pun, dibayar, bukannya percuma. Bayaran pula tak pernah kurang, malah lebih dari sepatutnya. Tak apalah, halalkan saja. Dengan harapan, pemberian ikhlas kita ni dihargai.

Tapi, rupanya silap. Pemberian kita hanya dianggap sebagai balasan terhadap pertolongannya. Kita ni seolah-olah menagih pertolongannya. Kononya, tiada orang lain yang boleh menolong kita selain dia. Siapa sangat dia tu? Dia bukannya tuhan pun. Dia juga manusia biasa. Adat hidup bermasyarakat, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Atau dalam bahasa mudahnya give and take.

Dulu, kita ikhlas menolongnya. Sanggup mengambil risiko walaupun hanya beberapa bulan mengenalinya ketika itu. Namun, siapa sangka, pertolongan kita tu rupanya tak seberapa untuk dia. Malah dia menganggap sebenarnya dia yang menolong kita, bukan kita yang menolong dia. Mungkin sekarang dia dah lupa akan pertolongan kita itu. Maklumlah, hidup pun sudah senang. Apa yang nak, semua boleh dapat. Sampaikan, kita ni tak diperlukan lagi.

Tak apalah, kita faham benar kata-kata dia tu. Sememangnya dia dah tak mengharapkan kita lagi. Betullah, rezeki bukan di tangan kita. Rezeki dia dari Allah. So, kalau kita tak bagi, orang lain akan bagi kat dia. Cukuplah setakat ini, dah tak sanggup dan berhadapan dengan dia lagi. Dah tak sanggup nak berpura-pura lagi. Hati ni sudah menghampiri rasa benci. Sebelum benci ni benar2 hadir, baik kita berundur. Lupakan saja dia yang tak mengenang budi.

p/s: sekadar luahan hati. terima kasih.

No comments:

Post a Comment