Friday, September 23, 2011

Nota Jahit - Update

Assalamualaikum kawan-kawan...

Maaflah sebab terpaksa menunggu lama. After cuti hari raya hari tu, memang tak sempat nak buat nota. Kerja kat office berlambak. Weekend pula sibuk dengan kenduri sana-sini.

Actually, nota untuk baju kurung moden dengan skirt kipas belakang tu dah siap. Cuma, tak letak gambar sebab tak sempat lagi nak jahit baju. Sekarang ni, saya tengah confius, pening fikir. Macam mana nak jadikan nota tu senang difahami? Kalau saya tengok buku2 jahit yang sedia ada di pasaran skrg ni, notanya agak ringkas dan susah nak ikut especially untuk orang baru nak belajar menjahit.

So, untuk post kali ni, saya nak buat survey lah. Sesiapa yang nak nota saya ni, saya nak tahu juga, anda ni dah tahu guna mesin jahit or belum?

Soalan 1: Tahu guna mesin jahit (Yes/No)

Soalan 2: Boleh jahit zip (Yes/No)

Soalan 3: Boleh jahit pinggang keras / pinggang getah (Yes/No)

Soalan 4: Boleh jahit leher baju (Yes/No)

Kalau semua jawapan di atas adalah "No", susah lah sikit. Better masuk kelas sebab kena belajar secara praktikal.

Tapi, untuk yang dah tahu menjahit, just nak belajar pola dan procedur jahit, tak ada masalah. Rasanya, nota yang sedia ada dengan saya ni pun, dah mencukupi. Tak perlu tambah gambar. Cuma, ada satu lagi masalah.. Macam mana nak kira harga ni? Tak reti lah pulak.. Nak bagi free? Hurmm.. bukan tak sudi tapi nak buat nota tu pun dah satu macam hal. Terjegil biji mata mengadap laptop. Nak lukis pola bukannya senang. Any idea tak kawan-kawan? Help me please....

6 comments:

  1. salam kak, soalan 1-3 jawapan yes, tp soalan 4, cket2, sbb dh lm x jait..
    akak x wat nota jait bj kurung riau n bj melayu ker? pola yg akak wat tuh, leh tekap ker,

    ReplyDelete
  2. Salam.. Thank you dik for the response. Baju melayu akak tak pandai lah dik, tak belajar pun. Teringin jugak, tapi belum ada masa nak masuk kelas. Baju kurung riau tu belum buat lagi. nanti bila dah buat, akak post kan yer...

    ReplyDelete
  3. salam,kak...ika baru je lepas belajar menjahit...happy sgt coz jumpa blog ni...ika ade terbaca yang akak ade jual nota jahitan...boleh tak ika nak beli nota2 jahitan akak coz ika memang berminat nak belajar menjahit yang lain2... kalau boleh..akak xplain nota ape yang akak ader..dan bagitau harganye ye kak...dan kalau boleh..ika nak belajar buat semua jenis baju..hope akak ade notanya... akak email ika ye details nye... (iekarozali@gmail.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ika... Tahniah kerana dah menceburi bidang menjahit ni. seronok kan? Terima kasih jugak sebab berminat dgn blog ni. FYI, semua nota2 ringkas ada kat blog ni, ika boleh cari di kategori kelas jahit. Kalau Ika nak beli nota lengkap yg akak buat, Ika browse blog akak yg lg satu inayusonlineshop.blogspot.com. Tapi akak dah lama tak buat nota baru sebab sibuk dengan kerja. Ika tgk la apa yg ada kak situ yer.. Thanks

      Delete
  4. assalammualaikum anti , saya baru lepas SPM then ambik bidang jahit selama dua tahun tapi saya nak tanya anti lah kan kalau saya nak buat leher pada pola bagaimana caranya ye ?? saya belajar tak banyak anti , saya buat leher semua nya sama , saya belajar semua nya leher bulat . tapi misalnya saya nak buat leher berbentuk macam mana ye . contoh buat leher baju blouse . anti boleh share tak ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... Bukan tak nak share, tapi macam susah jer nak ajar kot sini. Kena hands on, baru senang nampak. Kalau ikut cara saya belajar dulu, saya lukis dulu pola leher tu kat kertas manila. Ikut suka hati lah nak leher bentuk macam mana. Pastu baru tekap kat kertas pola. Macam susah je nak explain. Fatin duk mana?

      Delete