Wednesday, October 19, 2011

POLA LEHER BAJU KURUNG

Sebelum ni, kalau nak buat leher baju kurung, saya selalunya akan buat lukisan pada kain badan dengan menggunakan pembaris "L". Kakak saya cakap, cara saya tu lambat dan bentuk leher pun tak cantik. Dia bagi contoh "bulan" leher baju, untuk saya tiru. Tapi, sebab dah terlalu selesa dengan cara guna pembaris "L" tu, saya abaikan je. Entah kat mana lah contoh bulan tu sekarang...

Bila dapat tempahan dari pelanggan, saya tengok je lubang leher baju contoh yang diberikan. Nampak kemas dan cantik je bulatannya. Beberapa hari lepas pula, teman office saya cakap, buatlah "bulan" tu. Senang sikit. Cantik pun cantik...

Saya fikir2 balik, betul juga. Kenapalah sebelum ni, tak terbuka hati nak buat bulan tu??? So, balik rumah hari tu, terus saya ambil kertas manila kad dan lukiskan "bulan" tu. Tapi, bulan tu tak boleh lukis sesuka hati rupanya. Saya fikir punya fikir, saya come out dengan 1 idea...

Jeng Jeng Jeng...



Gambar kat atas ni, adalah lakaran penuh untuk leher baju. Untuk buat bulan pada kertas manila tu, saya belah tengah bulatan leher tu (garisan hijau menegak). Titik temu garisan hijau tu penting sebagai penanda. garisan hijau mendatar tu merupakan garisan atas baju (bahu). Bulan yang telah siap akan ditekap di bahagian dalam kain yang dilipat 4. Mudah saja kan?

Kepada kawan-kawan yang masih tercari-cari cara nak buat lubang leher baju kurung ni, boleh cuba cara saya ni. Kalau tak faham, jangan segan bertanya. Kalau ada masa, saya tunjuk cara jahit pula (yang ni kena lengkap dengan gambar, baru orang mudah faham).

Ok, selamat mencuba....

Thursday, October 13, 2011

Borang Pendaftaran E-Kasih

Rasanya umum mengetahui tentang isi kandungan bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB PM kita pada 7 Oktober yang lepas. Salah satunya adalah pemberian RM500 kepada rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan. Untuk berita lanjut, boleh refer website Berita Harian (click).

Apabila baca berita ni, saya teringat saudara mara dan jiran tetangga di kampung. Ramai yang layak. Namun, mengikut kenyataan dalam Berita Harian tu, individu berkenaan perlu berdaftar dengan E-Kasih melalui LHDN. Borang pendaftaran boleh didapati di website LHDN. Saya cuba juga cari dalam website LHDN, tapi tak jumpa pula. Kebetulan, tengah google-menggoogle, saya terjumpa website http://www.ekasih.gov.my/

Tapi, saya terfikir, kalau dah orang tu miskin, mana lah dia tahu pasal internet2 ni kan? Apatah lagi nak isi borang melalui website. So, saya cadangkan, sekiranya teman-teman ada saudara mara, jiran tetangga atau kenalan yang benar-benar layak untuk dapat bantuan ni, ringan2 kan tulang anda untuk membantu mereka membuat pendaftaran E-Kasih ni. Kalau tak silap saya, selain dapat bantuan RM500 ni, pemegang kad E-Kasih juga boleh membeli barangan keperluan rumah dengan harga murah di pasaraya tertentu (Giant salah satunya).

Jadi, saya sertakan link di bawah untuk memudahkan anda membuat pendaftaran. Tapi pendaftaran ni untuk pendapatan RM1,500 (bandar) dan RM1,000 (luar bandar) sahaja. Untuk yang bawah RM3,000 tu, rasanya kena daftar kat LHDN juga.


Sama-sama kita menolong rakyat Malaysia yang masih memerlukan...

Tuesday, October 4, 2011

Cari Jalan Buat Duit Tambahan / Nota Jahit

Assalamualaikum...

Hai, otak ni asyik berputar je nak cari idea macam mana nak generate income lebih. Nak kata tamak duit, tak juga, tapi lebih kepada keseronokan at the same time, boleh tambah income. Hari ahad yang lepas, saya pergi jahit tepi baju kat kedai apek ni. Sementara tunggu dia jahitkan kain tu, saya round2 kedai, tengok gubahan hantaran dan cenderahati. Semuanya cantik-cantik. Selama ni pun, saya memang selalu beli barang2 untuk buat hantaran kat kedai apek ni. Memandangkan saya ni regular customer dia, saya selalu dapat special price. hehe...

Duk tenung2, pikir2, rasa macam nak buat bisnes bunga telur / bunga pahar pulak. Apek tu cakap, kalau saya buat design macam tu, macam ni, saya boleh jual dengan harga paling RM1 - RM5 je. Tengok pada bahan yang saya gunakan lah. So, saya survey2 lah kat internet, rata-rata harga bunga telur yg dijual RM5 ke atas. Saya tanya juga kawan-kawan, biasanya kalau nak bagi door gift bunga telur untuk tetamu, bajet biasanya tak lebih RM2 satu. Kalau yang mahal sikit pun, untuk tetamu VIP (ahli keluarga dan kenalan rapat). So, patut tak saya buat bisnes ni?

Soal masa, jgn risau. Cik Abg dah gerenti yang dia sudi tolong.. hehe...

Haa.. berita gembira untuk penunggu nota jahit baju kurung moden. Macam yang saya inform sebelum ni, nota bertulis dah siap, tinggal nak letak gambar je. So, kain untuk jahit baju kurung moden, saya dah siap potong dan jahit tepi. Weekend ni, saya mulakan operasi menjahit untuk ambil gambar dan masukkan dalam nota saya. Harap2 by Monday next week, saya dapat postkan nota tersebut. Tapi, harga macam mana ni??? Kalau RM6 satu boleh tak? Kalau beli 2 (untuk sepasang baju dan skirt), saya kira diskaun RM10 je. After beli nota ni, saya bagi servis percuma untuk pertanyaan dan tunjuk ajar lebih lanjut melalui emel. Boleh tak?