Tuesday, November 22, 2011

Kitchen Cabinet

Sebenarnya, kitchen cabinet ni dah siap 2 minggu lepas lagi tapi asyik tertangguh je nak update kat blog ni. Sekarang ni saya dah kurang free time. Asal weekend je, mesti keluar pergi bersihkan rumah baru la, jumpa kontraktor la, beli barang2 la. Nak menjahit baju pun tak sempat. Terpaksa curi-curi masa waktu malam demi nak menyiapkan tempahan.

Ada 3 pasang lagi baju yang ditempah. Tambah pula dengan langsir untuk rumah baru yang belum siap jahit sepenuhnya lagi.. Aduih, pening jugak lah. Belum lagi tambah kerja office yang berlambak tak ingat ni....

Apa pun, entry kali ni saya nak tunjuk kitchen cabinet ni. Bukan nak menunjuk-nunjuk (takde makna pun nak action), tapi sebagai sumber inspirasi buat kawan-kawan yang nak naik rumah baru jugak nanti (Alin & Mai lah terutamanya).

Memandangkan bajet saya tak banyak since saya guna je saving yang ada, ini saja lah yang termampu saya buat.....



Ukuran untuk kabinet atas adalah 8 kali. Ukuran untuk kabinet bawah adalah 6 kaki x 6 kaki. Harga RM3,400 termasuk rak pinggan dan piping bawah sink (sink dan tap tak masuk).

Kualiti kerja bagus. Hasil pun memuaskan. Alhamdulillah...

Tauke dia Melayu dan pekerja pun Melayu. Tauke dia akan turun padang untuk buat kerja sekali. So, kalau kita tak tolong orang Melayu sendiri, siapa lagi nak tolong kan? Dengan syarat orang Melayu tu pun jangan ambil kesempatan pula.

Sekian untuk entry kitchen cabinet. Next time saya kongsi cerita pasal grill pula (pun dah siap)...

4 comments:

  1. cantik...suka suka suka....nak macam nie jugak la...

    ReplyDelete
  2. Nie azlina tempah yang azlina cakap kat alin tue ker? Cantiknyer azlina pakai kayu apa?

    ReplyDelete
  3. Cantik2.. hehe...
    Ini yg kita cakap kat Alin tu lah. Kayu Melamine Laminate (sisi aluminium).
    kalau berminat, boleh contact En. Zul, blog dia ada dalam list blog kita (damiahomerenovation).

    ReplyDelete
  4. As salam.Best baca cerita kabinet siap dengan baik. Pengalaman saya ambil syarikat bumi agak kurang baik. Setakat ini kerja belum siap sepenuhnya.

    http://jendeladapursaya.blogspot.my/2015/10/kabinet-dapur-bumiputera-dari-jendela.html

    ReplyDelete