Tuesday, November 1, 2011

Rumahku Syurgaku

Apabila baca post Alin pasal rumah dia, tiba-tiba terasa nak tiru pulak. Thanks Alin for the idea.. :)..

Sebaik sahaja dapat surat confirmation taraf berpencen (after 3 year-service), saya terus survey cari rumah. Dah penat tinggal atas rumah orang, bawah pun rumah orang. So, saya nak rumah atas tanah, bawah langit pula.

Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa website Glomac, tengok satu design rumah yang terus buat saya berkenan. Apa lagi, terus call Glomac tapi pada awalnya orang Glomac tu cakap, rumah yang design macam tu dah habis jual. Cuma ada 3 lot je lagi yang tengah tunggu kelulusan loan. Andai kata ada rumah yang pembelinya tak lulus loan, boleh lah saya beli.

Dah memang rezeki saya. Ketiga-tiga rumah tu, pembelinya tak lulus loan. 1 rumah intermediate, 1 rumah end lot dan 1 lagi rumah corner lot. Kalau ikut nafsu memang nak corner lot lah because tanah dia luas macam boleh buat rumah lagi sebijik. Tapi, kita ikut saja lah kemampuan. Janji dapat rumah yang selesa dan tiap-tiap bulan tak merana membayar hutang.

So, confirm, ambik rumah intermediate tu... Design rumah tu macam ni...


Sebelum bagi duit booking, saya dan abang tengok rumah contoh dulu... Waaa... memang terpegun dengan floor plan dia. Menetapi citarasa saya....



So, apa lagi, keluarkan RM500, booking! Then dalam masa setahun ding dong dengan lawyer, developer and BPP, akhirnya pada 21 Oktober 2011, saya diberikan kunci rumah yang telah siap sepenuhnya untuk didiami. Alhamdulillah.... Cuma, ada sedikit masalah. Rumah kami dah dimasuki pencuri. Mereka kopak sliding door dan curi wiring electric kat tingkat atas. Nasib baik developer tanggung semua kerugian tu.

Hari esoknya, saya terus call kawan yang pasang grill tu untuk buat ukuran. Pada hari yang sama juga pekerja developer pun sibuk pasang balik wiring dan perbaiki mana-mana ruang yang ada kekurangan. Hari Sabtu lepas, saya panggil pula kawan untuk ukur kitchen cabinet. Alhamdulillah, semua harga memuaskan. Lepas raya haji ni, proses pemasangan bermula.

Nanti dah siap pasang, saya post kat blog. Kita tengok hasil kerja mereka pasang grill and kitchen cabinet nanti. Kalau ok, saya bagi contact details supaya kawan-kawan saya yang ingin masuk rumah baru (termasuk Alin) boleh buat reference... Ok?

6 comments:

  1. Alhamdullilah dapat jugak azlina rumah idaman! Erm nanti alin dapatlar rumah. Cuma allah nak uji kesabaran kami jerk. Tak sabar nak tgk kitchen cabinet azlina. Jgn lupa post kalo dah siap nanti. Boleh tiru jgk. ekekekek...

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah...mai pon xsabo nak tunggu umah siap tahun depan..huhuhu..pastu pasti byk wang yang perlu dilaburkan...huhu...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...dapat dok umah sendiri..

    regards,
    member GMJ

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Thanks Alin, Mai & NoEn.. Nanti kita share2 cost dgn Alin & Mai yer.. setakat ni harga yg kita dapat utk kedua-dua grill and kitchen cabinet tu agak murah lah. Tapi, takleh nak share selagi tak tgk hasilnya.. hehehe... harap2 semua ok..

    ReplyDelete
  5. As Salam.Bole cite ckit cmne proses pembelian rmh dgn developer glomac.perlu byr 10% x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya guna loan gomen, so takde 10%. Better bincang terus dgn developer sebab saya beli tahun 2010. Mesti dah x sama.

      Delete