Monday, December 12, 2011

POLA SKIRT A LINE




Dah lama betul saya tak buat nota jahit ni. Kesian pula apabila tengok ada orang search tentang cara jahit skirt. Actually, skirt A-Line ni adalah skirt yang paling simple dan senang nak jahit. Masa kat kelas menjahit dulu pun, skirt ni lah yang saya mula-mula belajar. So, kali ni saya nak share pola dan cara jahit. 


Ukuran:
1-2 = 8 1/2 inci
1-3 = labuh kain
1-4 = keliling pinggang bahagi 4
4-5 = 1 inci
1-8 = 3 1/2 inci
8-9 = 4 1/2 inci
2-6 = keliling punggong bahagi 4 dan tambah 1 inci
3-7 = ukuran 2-6 tambah 2 inci
2 titik no. 12 = lipatan kain

Cara jahit:
  1. Potong 2 keping kain mengikut pola.
  2. Cantumkan kain dan jahit zip di sebelah kiri atau kanan, mengikut kesukaan. Simpan basi 1/2 inci untuk pinggang kertas keras atau 2 1/2 inci untuk pinggang getah.
  3. Jahit pinggang.
  4. Kemaskan bawah kain dengan jahitan lurus.
Senang je kan?

Anda boleh pilih untuk buat zip tepi atau zip belakang. Cara di atas adalah untuk zip tepi. Kalau nak buat zip di belakang, pola dan cara jahitnya lain sikit. Nanti saya buat nota baru bila berkesempatanya...

Selamat mencuba...

26 comments:

  1. wah bestnye..1stly tq sgt2..mmg tgh search cara jahit skirt ni..hehe..tp just nak tau la, kalu yg no.12,lipat kain tu maksudnye ape ye?buat kipas ke pe ek?sy kurg jelas la..huhuhu

    ReplyDelete
  2. sama2.. lipatan kain tu maksudnya, masa nak gunting kain, pola ni kita letak atas kain yg dilipat. garisan 1 ke 3 tu adalah pada lipatan kain. saya buat titik no. 12 tu supaya nampak bahagian situ adalah lipatan kain... kalau nak buat kipas, kena tgk kelas jahit skirt kipas belakang...

    ReplyDelete
  3. saya baru dan sy suka menjahit ! thank u very much sy dah cuba , seronok =) sy hanya menggunakan getah and no zip. tapi perjalanan sy agak terhad . nak buat cane supaya sy dapat berjalan dengan selesa? adakah sy perlu mengubah bahagian 2-6 dan 3-7 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ezin, sori, baru berpeluang buka blog. Tang mana yg rasa ketat tu? Punggung ke, kat labuh skirt? Kalau punggung ok, Ezin just tambah kat labuh skirt (3-7). Jadikan 3 inci atau lebih mengikut keselesaan Ezin yer.

      Delete
  4. salam, terima kasih sbb saya mmg cari2 tutorial buat skirt ni. saya nak tanya bahagian 1ke3 tu maksudnya tak payah gunting ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... sama2.. yer, yg 1 ke 3 tu lipatan kain, jangan gunting..

      Delete
  5. terbaik la....kalau nk buat beropol ssh kn???kna guna kain bnyk.cmne cara nk tmbah ropol kt bawah?just tnya jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beropol mcm mana tu? yg kembang ke? kalau kembang tu, just lebihkan kain jer.. then jahit guna pinggang getah utk dapatkan kedutan.
      Tapi kalau yg beropol kat bawah mcm peplum tu, lain pula ceritanya. susah nak cite kat sini... huhu

      Delete
  6. Salam. Saya baru minat dan belajar menjahit. Hihi. Alhamdulillah, terima kasih untuk tutorial ni. Saya nak tanya, skirt A Line ni kalau dibuat menggunakan kain yg lembut takpe ke? Nampak ke 'A'nya nanti? Contoh macam Lycra. Ataupun guna kain apapun, akan nampak A jugak bila buat cara ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. boleh jer nak guna kain jenis apa pun. Ikut selera & minat masing2. :-) semoga berjaya yer...

      Delete
  7. Izin kan saya ambil ilmu ini. Baru nak belajar mencuba.

    ReplyDelete
  8. saya nak tanya boleh ke kain a line ni potong serong @ potong biasa?

    ReplyDelete
  9. Salam, maaf tnya. No 8,9,10 n 11 tu utk apa Ya?

    ReplyDelete
  10. Assalam... sye xfhm la 1-4 keliling pinggang bahagi 4. Kne potong 4 ke?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Bukan potong empat. tu utk ambil ukuran bila nak lukis pola.

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. salam sis, kalau nak pakai full getah , dart tuh mmg wajib buat jgk ya? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tak payah buat dear.. terus jahit getah jer

      Delete
    2. salam..

      cmna cara nak buat getah n sambung dgn kain..?

      Delete
    3. Salam Nur Diana,

      Nanti saya share tutorial yer. Dah ada ni, tp belum edit lg. Sabar yer

      Delete
  13. Salam kak..klu skirt ni nk buat pkai getah pinggang tnpa zip,tetap ikut ukuran pinggang ke?sbb tkut dekat punggung xlepas..

    ReplyDelete
  14. Terima kasih Puan kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat ni...baru nak cuba buat ni....

    ReplyDelete