Monday, December 5, 2011

Sahabat Blogger Baru

Hari ni saya ambil Emergency Leave. Penat sangat dari hari Jumaat hingga Ahad, saya berkampung di Sepang Goldcoast atas sebab kerja. Dek kerana terlupa nak apply cuti last week, terpaksalah ambil EL hari ni. Boleh rehatkan kepala yang terlalu penat bekerja. Plus, boleh selesaikan kerja rumah yang abang tak sempat selesaikan since dia pun kerja masa weekend hari tu.

Sambil2 jahit baju yg ditempah, saya saja2 browse artikel mengenai kaedah alternatif untuk hamil. Terjumpa pula satu kaedah yg rasanya pernah dengar sebelum ni tapi dah lupa iaitu IUI or permanian berhadas. So, saya hantar enquiry ke PMC Sg Buloh sama ada kat sana ada tak kaedah ni dan berapa kosnya. Kalau kena gaya, saya berminat nak cuba.

Kebetulan, terjumpa beberapa blog yang berkongsi nasib sama dengan saya. Menitis air mata apabila membaca entry masing2. Selain daripada berkongsi perasaan, ada juga kata2 nasihat yg boleh dibuat panduan. Terima kasih Umaira + Umar, Azra dan Aku.

Doa yg dipetik daripada blog Umaira + Umar:

"Ya Allah, Jika rezeki masih di langit, turunkanlah...Jika di BUMI, keluarkanlah..Jika sukar, permudahkanlah..Jika haram, sucikanlah...Jika jauh, dekatkanlah."

Amin... Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

10 comments:

  1. Sabar yer Azlina semoga tahun baru nanti dapat membuka lembaran baru! Alin doakan semoga kamu berjaya! amin..

    ReplyDelete
  2. ALLAH menguji hambaNya yg DIA tahu mampu dan kuat untuk menghadapi ujianNya. Saya juga masih mengajar diri saya agar redha dan terus berusaha. caiyokkk!!!

    ReplyDelete
  3. Thanks Alin... Terharu bila kawan2 nak doakan..
    To Azra, semoga Allah bagi kita ketabahan. Sama-sama kita doakan yer..

    ReplyDelete
  4. Dear,
    Jgn berhenti berdoa kpdNYA...Semoga usaha kita dan TTCians yg lain akan diterimanya.AMIN.

    ReplyDelete
  5. Azra,
    Betol tu...Allah menguji hambaNYA yg Dia tahu mampu dan kuat utk menghadapi ujianNYA. Hari tu mcm ni gak nasihat Imam Muda-Ashraf pada saya dan kwn2 yg lain.

    Masa tu ada ceramah agama kat opis...tajuk Ujian dari Allah~

    Sebenarnye, kita ni antara hambaNYA yg cekal, tabah, mampu dan kuat menghadapi ujian NYa. Ujian ini membuatkan kita menjadi seorg yg sabar.

    ReplyDelete
  6. azlina - mai doakan semoga dipermudahkan...InsyaAllah...rezeki tahun depan ke...leh dapat tarikh cantik ke 12/12/12...amin.....

    ReplyDelete
  7. Thanks Mai.. terharunya ada kawan2 yg supportive. Tak dpt tarikh cantik pun takpe Mai, janji dapat baby.. tahun depan kena pulun gak sebab tak lama lg dah nak masuk 30 ni.. huhu

    ReplyDelete
  8. salam sis,
    Sue pun dulu 3 tahun tunggu baru dapat bb,masa tu umo dah 32...alhamdulilah dapat bb boy namanyer "Haneef" dah 1 thn 5 bln :) berusaha n doa Insya Allah...

    ReplyDelete
  9. Salam... yeke sue? Alhamdulillah, mesti happy dgn haneef skrg kn? InsyaAllah, ada rezeki nanti, ada lah. Thanks sue.. :)

    ReplyDelete