Thursday, December 20, 2012

KAIN PASANG COTTON VIETNAM - SOLD OUT

Inayus Collections tengah rancak menjual kain pasang cotton dari Vietnam dengan harga berbaloi-baloi. Sekiranya berminat untuk membeli secara runcit atau borong, sila email kepada azlina.hussin@yahoo.com. Untuk post kali ini, Inayus akan letak 20 gambar pertama kain pasang untuk dipilih.

HARGA RUNCIT: RM70 / HELAI

HARGA BORONG: 
RM315 (5 - 9 helai)
RM560 (10 helai ke atas)

POSTAGE: RM6 (SM) / RM9 (SS) SEHELAI

KPCV 001

KPCV 002

KPCV 003

KPCV 004

KPCV 005

KPCV 006

KPCV 007

KPCV 008

KPCV 009

KPCV 010

KPCV 011

KPCV 012

KPCV 013

KPCV 014

KPCV 015

KPCV 016

KPCV 017

KPCV 018

KPCV 019

KPCV 020


Friday, December 14, 2012

BILA AJAL TIBA

Daripada Mathar bin 'Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.

Riwayat: Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 

Huraian Hadith: 

Kematian itu tidak semestinya disebabkan oleh penyakit. Dengan perkataan lain, walau bagaimana hebat sekalipun kita menjaga kesihatan, ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya kerana ada orang yang sangat teliti dalam penjagaan kesihatan, namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya malah banyak lagi kisah-kisah lain yang membuktikan bahawa ajal itu bukan urusan manusia. Justeru setiap Muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada setiap waktu dan ketika. Kita juga wajib percaya kepada Qadha' dan Qadar Allah SWT dan segala ketentuan-Nya kerana kita tidak mengetahui bila dan di mana kita menemui ajal.

Balasan Kesabaran

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman dalam hadis Qudsi yang bermaksud, “tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya di dunia, kemudian dia mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan (orang itu akan mendapat balasan) syurga.”

Riwayat: Bukhari 

Huraian Hadith: 

1. Antara musibah yang menimpa manusia yang beriman dan dituntut bersabar ialah kehilangan orang yang disayangi.

2. Orang kafir tidak akan mendapat sebarang ganjaran daripada amalan yang baik kerana dia tidak beriman kepada Allah dan tidak percaya adanya ganjaran itu.

3. Mengharapkan ganjaran pahala dan bersabar atas musibah adalah tanda kesempurnaan iman seseorang, manakala marah dan gelisah atas musibah menunjukkan kelemahan iman.

4. Seseorang perlu bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa, kerana ganjaran sabar di sisi Allah ialah syurga.

5. Tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar menghadapi bala dunia.


3. Diharuskan Menangis Kepada Orang Yang Meninggal Dunia

Daripada ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas'ud r.a, kemudian Rasulullah s.a.w. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya.

Riwayat: (Bukhari dan Muslim) 

1. Bersedih dan menangis kerana kematian seseorang yang dikasihi diharuskan oleh syarak dengan syarat ia tidak melampaui batas seperti meratapi serta meraung-raung dan sebagainya.

2. Penyeksaan atau rahmat terhadap orang mati bergantung kepada amalan lidah orang yang masih hidup di mana apabila lidah tersebut digunakan untuk memperkatakan kebaikan si mati ia akan mendatangkan kebaikan kepada si mati.

3. Sebaliknya jika lidah digunakan untuk memperkatakan kejahatan si mati atau memperkatakan kebaikan tetapi dengan cara yang tidak beradab ia akan mendatangkan keburukkan kepada si mati.

4. Roh Harum Dan Ruh Busuk

 Dari Abu Hurairah r.a katanya:Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit. Kata Hammad :Kerana baunya harum seperti kasturi. Kata penduduk langit Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ˜alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam. Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat. Kata Abu Hurairah selanjutnya: Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya “ kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,Roh jahat datang dari bumi. Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.

Riwayat:(Muslim)

Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50). Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.

5. Jangan Meratapi Jenazah

Dari Abdullah r.a katanya, Nabi SAW bersabda: Tidak termasuk golongan kami orang yang menampar-nampar pipi, mengoyak-ngoyak baju dan berteriak-teriak seperti teriakan jahiliyyah (kerana meratapi mayat) 

Riwayat: (al-Bukhari) 

1. Allah SWT yang menciptakan ketawa dan tangis serta menciptakan sebab tercetusnya hal tersebut.

2. Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan yang sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau menangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.

3. Sabar itu adalah pada awal kejadian. Oleh itu seseorang yang kehilangan orang yang disayanginya disebabkan meninggal dunia hendaklah bersabar dan tabah kerana sesungguhnya mayat akan tersiksa kerana ratapan (penyesalan) dari ahli keluarganya. Sedangkan kematian itu merupakan suatu perkara yang pasti dan tidak dapat dielakkan oleh setiap manusia.

4. Setiap Muslim harus menyedari bahawa segala yang berlaku adalah merupakan takdir dan ketentuan daripada Allah SWT. Oleh itu semestinya kita menjauhi dan meninggalkan segala perkara yang tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam seperti meratapi orang yang telah meninggal dunia kerana amalan ini adalah seperti amalan yang dilakukan oleh masyarakat bukan Islam di zaman jahiliyyah.

6. Menjadi Saksi Allah

Dari Anas r.a katanya: Suatu arakan jenazah telah melewati suatu tempat. Lantas orang ramai memuji bahawa itu adalah jenazah orang yang baik. Ya, pasti. Berkata rasulullah s.a.w. menyetujuinya. Kemudian berlalu pula arakan jenazah yang lain. Orang ramai berkata pula: Mayat yang jahat. Berkata Rasulullah saw.:Ya, pasti! Maka bertanya Umar bin al-Khattab: Apakah yang pasti ya Rasulullah? jawab baginda: Kamu katakan mayat itu baik, maka ia pasti masuk syurga. Kamu katakan pula mayat si anu itu jahat, pasti pula ia masuk ke neraka. Kamu semua adalah para saksi Allah di bumi.

Riwayat: (Bukhari) 

Salah satu fakta terbesar dalam hidup manusia adalah kepastian akan berpisahnya seseorang itu dengan segala apa yang dimilikinya di dunia ini. Ajal adalah suatu yang tidak mampu dielak. Dan kematian itu adalah kejadian yang tepat pada waktunya tetapi sayang, kebanyakan manusia selalu merasa akan hidup seribu tahun lagi. Seharusnya kita hendaklah sentiasa beringat sebelum datangnya Malikulmaut menjemput untuk pulang, perbanyakanlah amal ibadat dan jauhkanlah segala tegahan serta lakukan apa yang disuruh. Namun sekiranya larangan juga yang dikerjakan maka dalam nerakalah seseorang itu akan dicampakkan dan manusia menjadi saksi di atas segala perbuatan jahat yang dilakukannya itu. Sesungguhnya juga Allah tidak memandang darjat seseorang itu melainkan berdasarkan banyak atau sedikitnya amalan yang dilakukan sehingga melayakkan dia menerima nikmat di akhirat kelak. Oleh itu jangan kita lupa untuk mengingati mati.

7. Sabar Atas Kematian Insan Tersayang

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab: Ya. Allah bertanya lagi: Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya? Malaikat menjawab: Ya. Allah bertanya kali ketiga: Apakah kata hamba-Ku? Malaikat menjawab: Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali. Allah Ta'ala memerintahkan malaikat-Nya: Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'.

Riwayat: (at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban) 

1. Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang terjadi, menjadi kecil pada dirinya.

2. Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah S.W.T tanpa merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan perkataan lain, dia redha terhadap qada' dan tunduk terhadap takdir Allah S.W.T. Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.

3. Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain. Hal ini termasuklah kesabaran seseorang itu di atas kematian anak kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak ia akan menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) buat mereka yang menjadi ibu bapanya.

8. Menghormati Jenazah

Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah! Sesiapa yang turut mengiringkannya ke kuburan, jangan duduk sampai jenazah itu diletakkan orang.

Riwayat: (Muslim) 

Orang yang meninggal hendaklah disegerakan pengkebumiannya. Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati sehinggalah jenazah selesai dikebumikan. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita tidak begitu digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut sedangkan tangisan dan ratapan yang berlebihan diharamkan di dalam Islam.

9. Bersegera dalam menguruskan jenazah
Abu Hurairah r.a berkata bahawa nabi SAW bersabda yang maksudnya: Percepatkanlah kamu dalam membawa jenazah kerana jika jenazah itu jenazah yang soleh maka ia suatu roh (kebajikan), kamu meyerahkannya dan jika ia tidak soleh maka suatu kejahatan yang kamu lepaskan daripada pundak mu.

Riwayat: (al-Bukhari dan Muslim ) 
Menguruskan jenazah hukumnya adalah fardu kifayah. Islam mengharuskan kita menyegerakan pengurusan jenazah termasuk menghantar atau mengusung mayat untuk dikebumikan. Sama ada mayat tersebut lelaki atau wanita pengusungan jenazah dilakukan oleh kaum lelaki. Manakala para wanita tidak digalakkan untuk mengiringi jenazah ke perkuburan kerana dikhuatiri mereka akan meratapi kematian tersebut sedangkan tangisan dan ratapan yang berlebihan adalah haram di sisi Islam.


Sumber Rujukan : JAKIM

Friday, November 30, 2012

YEAR END SALES!!!

Assalamualaikum sahabat Inayus...

Sempena hujung tahun 2012 ni, saya buat Year End Sales untuk sebahagian produk yang dijual di FB page Inayus Collections. YES ni hanya terbuka kepada sahabat2 yang 'like' page Inayus Collections. Tapi, since blog saya ni ada followers yg consider ramai lah jugak kan, so saya nak buka juga YES ni kepada followers inayus.blogspot.com. Aci kan?

Klik link ini untuk ke album promosi YES di Inayus Collections



Friday, November 23, 2012

PEPLUM KURUNG

Teringin nak jahit sendiri baju peplum kurung ni. Siapa tahu macam mana nak jahit, especially part bawah yg beralun2 tu? Kalau ada nota2 yg dijual yg anda tahu, inform saya k... Thanks..

*Picture: credit to dzthiniesfashion.blogspot.com

Sunday, November 18, 2012

Dah Lama Tak Update Blog....

Assalamualaikum.... Rindunya nak berceloteh kat blog ni tapi asyik takde masa jer. Sibuk duk update stok barang2 kat FB. Seronok jugak buat bisnes online ni rupanya yer. Walaupun income tak masuk setiap hari, kadang2 seminggu pun takde, tapi hati enjoy. Dapat tolong kawan2 jual barangan mereka, rasa macam murah rezeki ni, tumpang modal org, kita dapat untung atas angin.. Alhamdulillah...

Sekarang ni pun saya sibuk jugak dengan menjahit. Ni ada 2 pasang lagi baju yang tak siap (bila nak siap ntah, asyik tidur jer since ujan mencurah2 ni memang best tidur kan?) Tambah2 lak tidur sambil peluk Cici. Hangat2 je badan dia, gebu2 gitu... Cici pun suka tidur sebelah 'mummy' dia ni kan... hehe...

Sebut pasal Cici, yer betul... Kami agak keterlaluan bila bahasakan diri kami 'mummy' dan 'daddy' pada Cici. Kalau ada orang meluat, saya minta maaf. Tapi itu sahajalah cara untung kami ubat kesunyian hidup kami tanpa zuriat sendiri. Kalau ada yang faham tu, terima kasih banyah2. Cici pun memang dah kenal kami. Bila sebut 'mummy' dia akan datang kat saya dan begitulah sebaliknya... Syukur ada Allah sebab hadirkan Cici dalam hidup kami... Ni gambar Cici tidur sekor2 dia kat atas karpet sebab saya saya duk menjahit..


Dalam sibuk2 ni, sempat juga saya curi masa buat felt. Gian katakan... hehe... Ni nak share gambar felt yg dah siap dan ready for sale...

 
Atas: Wallet - ada tempat simpan duit kertas dan kad (6 keping)
Tengah: Phone Pouch - saiz iphone, ada poket kat depan utk simpan duit kertas
Bawah: Brooch - saiz besar, sesuai untuk pakai kat tudung atau blazer
 Harga: RM30 termasuk pos (1 set - wallet, pouch & brooch)

Kat FB page Inayus Collections sekarang ni dah ada banyak produk especially from Vietnam. Kesahnya kawan saya kena attach kerja kat sana, since dia bawa semua husband and anak2, dia terpaksa cari extra income. So, dia keluarkan sedikit modal utk beli kain pasang, telekung dan selendang dan minta saya tolong jualkaan... Dia bagilah komisen sikit kat saya.. Alhamdulillah..

So kalau ada yang berminat tu, boleh la jenguk2 FB Inayus Collections yer. Jemput pakat like page saya ni beramai2 yer.. Terima kasih.. hehe


Thursday, October 18, 2012

Polo Shirt for Kids - from RM27

Nak beli baju raya or baju jalan-jalan untuk anak-anak? Boleh click kat page BOY/GIRL POLO SHIRT. Cantik dan murah... Sesuai untuk anak dari usia 1 tahun hingga 11 tahun. Harga tidak termasuk pos yer...

SOLD

SOLD

Friday, October 12, 2012

PROMOTION! PROMOTION! PROMOTION!

Assalamualaikum....

Saya ada buat PROMOSI 1 HARI 1 BARANG kat facebook page Inayus Collections. Setiap hari saya akan share satu produk untuk dijual dengan harga promosi. Untuk dapatkan promosi ini, anda perlu:


  1. Like page Inayus Collections
  2. Order barang sebelum jam 12 tgh malam.
  3. Bayaran perlu dijelaskan sebelum jam 12 tgh hari pada hari keesokkannya


Mudah saja kan? Jom, jangan lepaskan peluang ni yer... :)

Tuesday, October 2, 2012

Nak Merepek.....

Lama dah tak merepek dan merapu dalam blog ni. Kepala otak tengah serabut ni, so nak luahkan kat sini satu-satu. 

1. PASAL KERJA
Kat office skrg ni musim naik pangkat. Beramai-ramai naik pangkat tak termasuk saya lah since saya punya service belum cukup 6 tahun pun. So, senior officer gred 44 kat division saya asalnya da 2 orang. Skrg 2-2 dah naik deputy gred 48 dan ditukarkan ke division lain. Tinggalkan kami yg 41 je plus seorang 44 baru dari division lain yang masuk ke sini. 44 baru ni pulak, tak ada experience duk industry, so dia kena kerja kuat untuk tackle industri-industri yg division ni jaga. Yg tak best nya, kebanyakkan kerja yg 44 lama tinggalkan, saya yg kena buat (walaupun saya hanya 41 di sini). 44 baru tak boleh nak terus ambil alih sebab dia kena start dari mula untuk understand the industries first. Kesimpulannya, saya buat kerja 44 tp gaji 41... redha je lah kan...

2. BONUS KAKITANGAN AWAM
Sampai hati kawan2 FB buat status:
- tak halal duit bayar cukai digunakan untuk bg bonus kat kakitangan awam semata-mata nak pancing undi.
- kakitangan awam duk goyang kaki pun dapat bonus.
- gaji kakitangan awam tak berkat sebab duit rakyat.
- PM manjakan kakitangan awam dengan bg bonus.
Huh... rasa nak je counter balik kat FB tu tapi pikir2 balik tak ada faedah nya yg bergaduh dgn tak reti bahasa ni.
Salah PM ke kalau majikan swasta anda tak bg bonus? Kami ni bekerja untuk negara, tak buat profit macam company swasta. Ingat kami ni duk goyang kaki je ke? Come on laaa... baru setengah bulan bonus. setengah bulan dari gaji basic tau. Ingat basic kami ni tinggi? Officer pun starting RM2,000 je tau. Dapat bonus sebulan pun, kami bayar cukai tau!
Swasta yg bonus sampai 6-12 bulan tu, tak ada pulak korang kecoh yer... Tp yg dapat bonus berbulan2 pn kecoh bila kakitangan awam dapat bonus setengah bulan. Kononnya, duit dia lah tu... 
Pesanan saya kepada orang swasta yg rasa tak nak halal duit cukai korang, senang cerita korang carumkan semua portion cukai tu ke zakat. Confirm kami kakitangan awam ni tak usik duit korang.

3. KORBAN RAYA HAJI
Haih... ni kalau nak cerita memang panjang lebar & akan ada yg terasa hati pulak. Tapi hati saya pun terasa tauu.. rasa pedih mcm kena siat2 lagi. Masa saya senang, semua mulut manis. Bila saya cakap saya tengah susah dan nak pakai duit untuk benda lagi penting. orang mula tukar tone suara. Siap ugut gitu gini... Arghh... geram2 sebab tak leh nak cerita details.

4. BERITA TERKINI - Sahabat saya pregnant utk kali ke-3.. happy for her.. Congratulations my dear friend... :)

Wednesday, September 26, 2012

BAJU KURUNG IRIS - RM50 sahaja


SOLD
BAJU KURUNG IRIS
Harga: RM50 (tidak termasuk pos)

Warna: Turqoise


Saiz: XS
(bahu-14", labuh baju-37", pinggang-25", punggung-37", labuh skirt-38")

Emailkan kepada azlina.hussin@yahoo.com sekiranya berminat

Wednesday, September 19, 2012

FACEBOOK PAGE - INAYUS COLLECTIONS

Alhamdulillah... Saya dah launch FB Page Inayus Collections pada 16/09/2012. Sesiapa yang berminat nak shopping online, boleh lah 'like' FB Page Inayus Collections (click sini). Setakat ini, produk yang ada di Inayus Collections adalah:


  1. PHILIPS AVENT
  2. TOMMEE TIPPEE
  3. SHIRTS FOR BABIES & KIDS
  4. BABY'S JUMPERS
  5. BABY'S ROMPERS
  6. SOCKS FOR BABIES AND KIDS


Juga ada kain pasang untuk tempahan baju kurung. sama seperti Page Inayus Collections di blog ni.

Terima kasih kepada yang dah 'like' dan kepada yang belum, kesudian anda dialu-alukan... :)

Tuesday, September 18, 2012

MY FELT CRAFT

Dah lama sebenarnya saya terliur nak buat felt craft ni. Duk tengok je kat internet, google2 hasil kerja tangan orang. Tapi selalu tak berkesempatan nak buat sendiri.

Last weekend, anak buah saya datang rumah, dia nak belajar buat cross stitch dari saya. So, alang2 kan, saya sogokkan dia dengan felt craft ni. Dia tengok gambar2 kat internet, dia pun naik gila macam saya juga. Hari Ahad tu, kitaorg pergi shopping barang2 cross stitch and kain felt kat kedai apek favourite saya di Bukit Sentosa.

Semangat punya pasal, buat felt craft sampai pukul 4 pagi. Boleh tengok hasilnya kat bawah:

My Iphone pouch

My purse

Waaa bangganya dengan hasil kerja tangan sendiri. Tapi masih banyak ruang yang perlu diperbaiki. Next weekend, my niece datang lagi, kita sambung buat produk lain pula yer... :)

Thursday, August 30, 2012

Kisah BFF dan Cici

Hari ni saya ada 2 cerita yang nak dikongsi....
 
Cerita Satu
 
Kawan baik saya (sejak Tingkatan 1 sampai sama-sama masuk UTP dan sampai skrg masih berhubung) melahirkan anak sulungnya semalam, selepas Maghrib. Alhamdulillah, kawan saya ni sihat walaufiat. Cuma, ditakdirkan Allah lebih sayangkan anaknya. Sampai je office tadi, saya terus call dia. Suaranya tenang dan dia redha dengan takdir Allah untuk dia dan suami.
 
Menurut sahabat saya ni, dia mula rasa yang baby dah perut tak bergerak sejak hari Rabu lagi. Pagi Khamis (semalam), air ketuban pecah tapi dia tak tau sebab tak ada rasa sakit. Lepas solat Asar, dia baru rasa sakit dan dia terpaksa drive sendiri pergi klinik sebab husband kerja. Nak tunggu husband balik memang lambat. Sampai saja klinik, klinik tu pulak tutup. Nasib baik ada no. kecemasan yang ditampal kat pintu klinik tu. Kawan saya pun call no. tu dan doktor datang bukakan klinik. Doktor check yang air ketuban dan pecah dan jalan dan buka 6cm.
 
Tunggu ambulan nak hantar hospital kerajaan, tapi lambat pula sebab ambulan ada kes kecemasan. Last-last suami dia minta tolong kawan dia hantarkan kawan saya ni ke hospital swasta. Dah sampai hospital, suami dia pun dah balik, doktor check buka 8cm.Tak sampai sejam kot, dia terus bersalin. Tapi, babynya memang dah tak bernyawa lah tu.
 
Pagi tadi mak dia sampai dari kampung, uruskan jenazah semua. Dia masih kat kat hospital. Katanya hari ni dah boleh keluar sebab dia tak ada sebarang masalah. Syukurlah, Allah bagi dia ketabahan dan menghadapi ujian ni. InsyaAllah, ada lagi rezeki di masa hadapan.
 
Cerita Dua
 
Pasal Cici. Semalam hari ketiga Cici tinggal dengan kami. Lepas balik kerja semalam, macam biasa lah, saya bagi susu. Biasanya lepas minum susu, Cici akan tidur tapi semalam dia tak nak tidur, asyik menangis je. Letak atas riba menangis, dalam sangkat pun menangis. Lepas tu abang rasa perut Cici macam kembung. Terus saya suruh abang sapu minyak. Bila dah sapu minyak tu, dia kentut. Pastu berak. 2 kali jugak lah dia berak. Lepas dah berak tu, terus tidur, tak sedar apa sampai malam.
 
Pagi tadi, saya buka je pintu bilik, Cici terus bangun. Terus menjerit. Sementara saya panaskan nasi utk sahur, abang bagi susu kat Cici. Dah minum susu pun dia nangis. Abang gengam Cici dengan kedua-dua tangan dia lepas tu riba. Terus diam. Rupanya Cici sejuk. So, saya suruh abang pindahkan sangkar Cici ke family area tingkat atas since kat situ panas sikit. Bila dah alih sangkar tu, elok pulak dia tidur. Betullah, Cici sejuk.
 
Kesian Cici. Harap2 malam ni Cici tak sakit lagi.

Monday, August 27, 2012

Introducing..... BABY CICI

Rasa nak gelak pun ada... kesian pun ada... Nak dijadikan cerita, masa duk dalam train, on the way balik dari kerja, abang sms cakap ada anak kucing kat tempat kerja dia. Duk nangis dari pagi ke petang, ibunya tak ada. Abang minta izin nak bela, so, saya bagi je lah. Dengan syarat dia kena jaga betul2 lah. Abang sukalah, terus dia beritahu yang dia nak letak nama Cici.

Masuk je kereta, bingit betul.. menjerit je kerjanya. Lapar sangat, sampai dia hisap2 jari abang. Kebetulan saya beli ais krim tutti fruti, saya tuang sikit kat tangan abang supaya Cici leh jilat tapi dia tak nak. Mujur dia tak suka tutti fruti tu, kalau tak, jenuh nak kena bagi makan tutti fruti je setiap hari kan... hehehe....

Singgah pet shop kat country homes, beli botol susu RM7, susu RM10 dengan sangkar RM50. Semua duit abang, ok. Sampai je rumah, saya tolong bancuhkan susu. Bermula lah upacara menyusukan baby Cici... Kesian Cici, dia tak reti nak hisap susu tu, terpaksa tonyoh2 kat mulut dia sampai dia jilat sikit2.

Baru suku botol, Cici dah taknak. Dia menjerit jer.. Abang letak dalam sangkar, lagi kuar jeritannya. Pastu abang letak atas riba, terus diam. Saya marah lah abang, taknak lah ajar riba2 ni. Letak je dalam sangkar. Saya letak tuala dalam sangkar tu buat lapik. Mula2 dia menjerit gak, lama-lama dia diam.

Bila dah diam tu, saya gi jenguk, tengok Cici menggigil2, sejuk agaknya. Maklumlah, biasanya anak kucing besar tu mesti tidur kat perut ibu dia. So, saya pun ambil tuala kecil, selimutkan dia. Sekarang, Cici tengah tidur dengan lenanya dalam sangkar tu. Dah pesan kat abang, before tidur nanti, kejutkan Cici bagi susu. Kang kebulur lak dia tengah2 malam nanti. Pastu esok kena bangun awal, before pergi kerja, kena bagi susu kat Cici dulu... huhu...

Tak ada kerja, cari kerja.... Apa pun, saya berdoa agar Cici boleh hidup dengan sihat dan gembira dengan kami...




Tuesday, August 14, 2012

Kecewa!!!

Adoi... sakitnya hati di bulan puasa yang penuh mulia ni. Dah la kat ofis takda air-cond. Badan panas, hati pun panas jer.. Terus terang je lah kat sini ya. Bukan nak mengaibkan sesiapa, tapi sekadar pengajaran untuk semua yang buat bisnes online ni.

Hari Rabu lepas, saya terdengar iklan produk coklat minda kat radio IKIM.FM. So, saya jadi tertarik. Pada malamnya, saya terus masuk website www.coklatminda.com dan terus register. Kemudian, saya order 6 botol coklat minda untuk dapat harga pengedar. Saya nak 2 botol dan selebihnya nak jual. So, saya post iklan kat facebook, terus dapat order dari officemate yg nak 2 botol. Dalam masa 3 minit, saya dapat email daripada coklatminda@yahoo.com atas nama Sulaiman Ramli mengenai pengesahan order dan cara bayaran.

Keesokkan harinya, hari Khamis, saya buat bayaran RM200++ melalui maybank2u pada pukul 12.20 tengah hari. Saya sertakan email address coklatminda@yahoo.com untuk notification. Berdasarkan email yang saya dapat pada malamnya, saya perlu isi borang maklumat bayaran di website selepas membuat bayaran. Tapi, bila saya buka website, tak ada pun link maklumat bayaran. So saya ambil keputusan untuk sms ke no 017-881 9111 seperti yang ditulis dalam email kepada saya.

Pukul 12.22 tengah hari saya hantar sms ke no tersebut, kemukakan no invoice dan no rujukan bayaran maybank2u. Petangnya, saya dapat reply minta saya sms nama penuh, alamat, produk, bank. Oppssss! saya hairan! Saya dah bagi invoice no, sepatutnya daripada no. tu admin coklat minda boleh tengok details tempahan saya kan. Ok fine, malas nak panjang cerita, saya sms je maklumat yang diperlukan. Lepas tu senyap tiada berita.

Hari Jumaat, hari Sabtu, saya tunggu. Tak ada pula postman yang datang hantar barang ke rumah. hari Ahad sah sah lah weekend kan. Hari Isnin, semalam pukul 12.11 pm, saya hantar sms ke no yan sama tanya barang dah pos ke belum, siap bagi invoice no. lagi. Saya minta nak tukar alamat kalau belum pos sebab minggu ni tak ada orang di rumah untuk terima barang. Pukul 4.51 pm, saya dapat reply yang menyatakan barang belum dipos. So, saya terus reply bagi alamat baru untuk dipos. Tiada reply dari pihak coklat minda selepas tu.

Hari ni, pukul 12.31 pm, saya sms lagi tanya bila boleh dapat barang sebab esok dah last dah kerja. Malamnya dah nak balik kampung. So, saya kena pass barang kat customer selewat-lewatnya esok dan selebihnya saya nak bawa balik kampung. Pukul 1.03 pm, saya dapat call dari no yang saya sms tu. Seorang perempuan yang bercakap.

Dia boleh call dan tanya saya siapa dan barang apa yang saya order. Adoiii.. ok, sabar... saya bagi nama dan cerita semua seperti di atas.

Tup-tup, perempuan tu kata, tak ada pula record yang mengatakan puan nak tukar alamat. Kami dah pos dah barang tadi. Ok! so saya hamburkan kata-kata (yg warna merah tu adalah jawapan perempuan tu);

  1. Kalau tak ada rekod tukar alamat, ok! tapi saya buat bayaran hari Khamis minggu lepas, baru hari ni nak pos? - kita ada polisi puan, kena cek payment dulu baru boleh pos.
  2. Ya, saya tahu tapi takkan sampai berhari-hari nak cek payment. saya dah email, dah sms awal2, takkan tak boleh cek. - kita banyak order lah puan.
  3. Bukan awak saja yg buat bisnes online tau. saya pun buat dan ramai lagi orang lain yg buat. kalau customer bayar hari ni, paling lambat pun esok diaorg akan pos barang. - tapi barang puan ni kami dah pos, dah sampai Rawang dah pun.
  4. Saya sms semalam cakap belum pos. hari ni kata dah pos tapi alamat tak tukar, macam mana? - memang semalam belum pos puan tapi consignment dah tulis alamat kat Rawang.
  5. Ok, fine. tapi tak boleh reply sms saya bgtau awal2, tak boleh tukar alamat ke apa ke kan. - sekarang ni saya tak tahu puan berurusan dengan sapa.
  6. Saya hanya hantar sms ke no yang awa call ni dan saya assume dia adalah en. sulaiman. - masalahnya puan, telefon ni ramai yang pegang, asyik bertukar tangan.
  7. Tak kira lah ramai ke tak, tapi awak kena keep track record dengan customer. - saya pun tak boleh nak buat apa puan sebab barang pun dah pos.

Aduihhh.. penat nak cerita ni. Kesimpulannya saya cakap saya kecewa dengan service pihak syarikat. Saya as pengedar nak jual barang kat customer tapi supplier lambat pos barang. Iklan kat radio bukan main tapi service nya macam ni.

Yang paling kecewa, tiada ungkapan maaf pun dari pihak syarikat. Macam manalah hati saya nak sejuk. So, saya dah serik. Bagus macam mana pun produk tapi kalau service macam ni, tak ada gunanya. Selamat tinggal coklat minda!

Monday, August 13, 2012

BUKA PUASA

Jemputan berbuka puasa @ Mandarin Hotel, KLCC with si genit Qhaleesya.. Happy Birthday Qhaleesya.. Hari ni Qhaleesya genab satu tahun...

Thursday, August 9, 2012

Coklat Minda - RM49 sebotol

Klik Sini
Kandungan sebotol - 60 biji (untuk kegunaan sebulan).
Dimakan 2 biji sehari (kanak-kanak dan dewasa) - dikunyah sehingga lembut.

Khasiat Coklat Minda Hijrah:
  • meningkat da meguatkan daya konsentrasi
  • mengatasi rasa gugup dan berdebar-debar
  • memulihkan fikiran lembap, kurang daya kerativiti, fikiran negatif dan kurang ceria
  • mengekang rasa cepat mengaku kalah

Impak Awal Semasa Pengambilan Produk
  • Fikiran terasa segar dan mampu berfikir dengan lebih tenang.
  • Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
  • Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama.
  • Pemulihan ‘mood’ kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.

Bahan Asas Coklat Minda Hijrah:- Koko, Gotu Kola (Pegaga), Kacang Soya dan Susu Kuda.

Wednesday, August 8, 2012

Ukuran Standard Jubah

Hai... lamanya tak share info pasal menjahit kat sini kan? Saya masih aktif menjahit cuma nak tak ada masa yang banyak untuk fokus buat nota menjahit ni. Bagi anda yang masih mengikuti kelas menjahit percuma saya, anda boleh klik link di bawah untuk view semua nota-nota jahit yang diberikan secara percuma.


E-Notes/E-Pola pun dah lama saya tak buat yang baru. InsyaAllah, plan lepas raya ni nak produce lagi bayak E-Notes/E-Pola untuk dijual dengan harga murah-murah sahaja. Anda boleh klik link di bawah ni untuk senarai E-Notes/E-Pola yang dijual.


Untuk sesi kali ni, saya nak share ukuran jubah standard (yang saya pun dapat secara online) sebagai panduan tukang-tukang jahit yang berminat nak jahit jubah untuk dipasarkan. Saya pun akan buat benda yang sama, plan lepas raya juga.

Ukuran Jubah Standard

Saiz S (38):
Bahu - 14.5"
Lengan - 23"
Dada - 38"
Pinggang - 36"
Punggung - 40"
Labuh - 54"

Saiz M (40):
Bahu - 15"
Lengan - 23"
Dada - 40"
Pinggang - 38"
Punggung - 42"
Labuh - 54"

Saiz L (42):
Bahu - 16"
Lengan - 23"
Dada - 40"
Pinggang - 40"
Punggung - 44"
Labuh - 54"

Ukuran di atas adalah untuk baju yang telah siap dijahit. Sekiranya anda ingin menjahit 'dart' pada bahagian belakang jubah, jangan lupa tambah 1" untuk ukuran pinggang (0.5" untuk setiap 'dart').

InsyaAllah, bila ada kelapangan nanti, saya akan buat nota lengkap jubah pula. Harga? For sure, bawah RM10.


Tuesday, August 7, 2012

PENUTUPAN BLOG INAYUS'S ONLINE SHOP


MAKLUMAN!

Blog INAYUS'S ONLINE SHOP akan ditutup bermula 1 September 2012. Segala produk yang dijual di blog tersebut akan dipindahkan ke blog ini.

Sekian, terima kasih.

Saturday, August 4, 2012

Berbuka Puasa dengan NASI!!!

Sejak dari awal Ramadhan sebenarnya, saya hanya berbuka puasa dengan air dan kuih. Sebabnya, selera di bulan Ramadhan tahun ni tak berapa nak membuak. Mungkin sebab saya demam sehari sebelum puasa tu. Sampai sekarang ni walaupun demam dah kebah, batuk & sakit kepala still ada. Nasib baik kali ni tak ambil tempahan jahit baju raya banyak. Kalau tak sure tak sempat nak jahit. Baru menjahit sekejab, kepala dan weng weng.. huhuhu... Tu, ada 2 pasang lagi tak gunting pun. Ingat nak gunting hari ni, tapi hari ni hari Sabtu, operasi membasuh baju, mop lantai, bersihkan dapur. Penat..... itu tak masuk cuci toilet dgn cabut rumput yang dah meninggi kat belakang rumah. Dah tak larat sangat, buat esok lah yang tu. Pastu, bila masa nak gunting kain neh? aduiii... kan tak siap baju orang, satu hal pulak.

Masa balik kampung awal bulan 7 dulu, janji dengan mak nak jahit jubah untuk mak. Siap ambik satu jubah mak untuk buat contoh ukuran. Last-last tadi saya pergi NSK Rawang, nampak ada jubah cotton yang cantik pulak, saya beli je lah.... Lagipun dah tak sempat nak jahit, kain pun tak beli lagi sebenarnya... Ok, dah lari topik!

Sebenarnya nak cerita hari ni saya berbuka puasa dengan nasi dan lauk pauk yang agak mewah jugak lah. Berselera makan... Sebabnya, my best friend, Wina and family datang buka puasa kat rumah. Kalau ikut plan, kami nak berbuka sama-sama kat restoren tapi tukar plan. Masak dan makan kat rumah, lebih selesa dan puas hati.

So kat NSK tadi saya beli ketam dan ikan cencaru. Dalam otak dah fikir nak masak lemak ketam dan cencaru bakar. Balik je dari NSK, terus masuk dapur dan masak....

Menunya: KETAM MASAK LEMAK KUNING, CENCARU BAKAR, AIR CECAH ASAM JAWAB, SAYUR GORENG SOS TIRAM & TELUR DADAR (khas untuk anak sulung Wina, Kashfil Qayyum yang suka makan telur dadar).

Wina datang rumah bawah pula: AIR KELAPA LAICI, ONDE-ONDE, OTAK-OTAK & KERABU PUCUK PAKU DENGAN KERANG (buatan Wina sendiri... sedapnya ya Tuhan).

Abang balik dari kerja beli: TEMBIKAI & BUAH MATA KUCING.

Waaaa... mewahnya makan buat pertama kali di bulan Ramadhan tahun ni. Makan sampai senak perut (duk meratah kerabu yang banyak sebenarnya....)

Alhamdulillah... mujur ada Wina, berselera sikit makan. Esok dan hari-hari seterusnya??? Tak tau lagi... Selagi luka di hati ni belum sembuh, selagi tu lah tak ada selera nak makan... huhuhu... (jangan tanya kenapa, please...) Itu saja yang nak dikongsi... Sekian!

Saturday, July 28, 2012

Mengurut

Seumur hidup, saya memang tak pernah pergi mengurut satu badan. Ada lah 2 kali dulu pergi urut perut dengan bidan kampung (perut sahaja). Selain dari itu, buat sesi urut sendiri kat rumah dengan abang, gilir-gilir urut. Setiap kali abang urut, sure menjerit-jerit. Kadang-kadang sampai nak marah abang sebab sakit. Sabar je laaa..

Satu hari, seorang teman saya ni rekemen seorang tukang urut (yang dikenali sebagai kak Dah) di Bukit Sentosa. Kebetulan pula, kakak ipar saya pun kenal kak Dah ni. So, hari ni (after buat appointment), saya pergi la rumah kak Dah untuk berurut.

Dalam keadaan baring, mula-mula dia urut betis kanan. Lepas tu betis kiri. Adui.... Sakitnya tuhan yang tahu. Tahan je la sampai nak keluar air mata. Kata kak Dah, urat saya tegang dan keras, memang susah nak 'lekat'. Lepas betis, tukar lak ke peha kiri dan kanan. Kat peha, urat dah bersimpul2 sampai bengkak. Mungkin sebab banyak berjalan. huhu..... Kata kak Dah lagi, sebelum urut rahim, kena urutkan bahagian kaki dulu untuk lembutkan urat. Betul, mula-mulanya rahim saya keras dan tegang. Lepas habis urut kaki, bahagian rahim jadi lembut je.

Masa urut kat perut tu, kak Dah kata rahim saya jatuh. Apabila rahim terlalu di bawah, air mani tak boleh masuk ke dalam. Sebab tu juga lah susah nak 'lekat'. Kak Dah angkat sikit rahim dan urut kat pangkal peha... Aduyai..... tahan tahan....

Tak habis lagi... Urut tangan lak, kanan dan kiri. Tangan pun sakit. Bahu, takyah cerita lah. Sebab selalu angkat benda berat kan. Sakitnya ya Tuhan....

Lepas baring, meniarap pula. Urut balik betis dan peha. Urut kat punggung, situ pun urat tak betul. Kata kak Dah, yang tu bahaya. Kalau nak bersalin, punggung tak kuat, jalan tak buka, memang anak keluar kut tingkap lah jawabnya. Urut pula kat belakang, alahai.... kat tulang belikat, urat bengkak kiri dan kanan, macam mata kak Dah kata.  Pindah ke leher, pun sakit. huhuhuhu.... rasa nak meraung je.

Lepas meniarap, duduk berlunjur pula. Continue urut belakang sampai punggung. huuuu rasa nak menggelepar je. Last sekali urut kepala. Kat kepala pun urat tak betul. Kak Dah kata kepala saya berat, mungkin sebab banyak fikir (mahunya tak kan!)

Sesi mengurut tu sejam setengah. Memang sakit! Tapi perlahan-lahan sakit tu hilang. Apabila dah siap semua, badan rasa ringan. Rasa nak berjoget-joget pun ada. Rasa lega dan tenang....

Sekarang? Aduyai.... rasa lenguh satu badan. Rasa denyut-denyut kat semua tempat. Masa mandi, nak pakai sabun pun, aduhhhh sakit. Kak Dah dah pesan tadi, memang akan sakit kulit (ada yang bengkak dan lebam) untuk tempoh 3 hari. Huhuhu... tahan je la.

Next appointment dengan kak Dah, hari Isnin depan, hari Nuzul Quran. Kak Dah kata second time dan kurang sikit sakitnya. Kita tengok lah macam mana nanti. Rasa tak sabar nak pergi lagi ni. Sakit-sakit pun sodap! hehehe...

Sekian cerita pasal mengurut! :)

Friday, July 27, 2012

BAWAL 204 AIDIJUMA

Waaaaa... puasnya hati!!! Dapat release tension dengan shopping tudung favourite, of course lah bawal AJ kan!

Saya beli 4 helai tudung bawal design 204.. Gambar-gambar ni diambil dari website www.aidijuma.com.

Grey Paddlepop


Mocha


Red Olive


Coral Peach

Friday, July 6, 2012

Balik Kampung lagiiiiiiii.......

Malam ni nak bertolak balik Terengganu... yeehhaaa... Happy nak jumpa mak, ayah & mak mertua yang disayangi dan dirindui selalu...

Semoga Allah selamatkan perjalanan balik kami untuk bertemu kedua ibu bapa kami... Amin..

Gambar kenangan di hari perkahwinan kami...

 Emak - Puan Limah


 Ayah - En. Hussin


Emak Mertua - Puan Leha

Tuesday, July 3, 2012

Should I Laugh or Cry?

2 minggu lepas, saya dapat email dari my second boss untuk pergi Australia for 1 week (pada bulan puasa). Since saya dah tak kuasa nak travel dan tak ada mood nak kerja, saya reply email dia dan bagi alasan:

"I'm sorry to inform you that I'm under medical observation. Therefore, I was advised not to travel for the first 3 months"

Yes, betul, saya memang ada medical observation. Rawatan dengan Putra Medical Centre, Sg. Buloh masih on dan saya perlu pergi check up every month. Cuma, Dr. Wan Ratna yang merawat saya tu, tak ada pulak cakap yang saya tak boleh travel since saya pun tak pernah inform dia yang kerjaya saya memerlukan saya travel dengan kerap.

Tapi, based on bahan bacaan dan advice from my seniors, travel adalah tidak digalakkan untuk saya buat masa sekarang. So, they all bagi idea untuk saya reply email macam tu. My second boss ok, he accepted my reason for not travelling.

Cuma, semalam, funny thing happened.........

My boss (the director or the division), datang dekat workplace saya dan pointed out 1 special question.

"When is your due?"

Tergamam dan ternganga sekejab.

"Due apa pula boss?"

"You said that you are under medical observation?"

"Yes, I am but I still under treatment."

My boss terdiam. Pastu saya jadi hangin!

"Not pregnant yet laa boss. Still in progress"

Boss repeated my words and dia gelak sakan. Saya pun gelak jugak lah. Masa tu memang tak ada rasa sensitif ke hape kan, sebab sebelum ni pun saya tak pernah sensittif pun pasal benda-benda ni.

Tapi semalam, on the way balik rumah (to be exact - tengah tunggu abang jemput di stesen komuter), one of my best friend whatsapp.

"Siapa yang tanya?" since dia tengok status FB saya, "semoga pertanyaan dia menjadi kenyataan". Kata best friend kan so of course dia tahu semua perihal saya. Walaupun status tu pendek je, tapi cukup untuk dia memahami.

So, saya mula lah bercerita. Masa bercerita itu, hati jadi sebak. Kat tepi2 jalan tu jugak air mata mencurah-curah (nasib baik tak ada orang yang perasan).

"Bawa mengucap, istighfar banyak" he knew that I was crying at that time.

Tup, nampak kereta abang coming.

"Oklah yer, abang dah sampai. So, tak nak abang tengok saya menangis."

That's it! Memang betul, saya tak pernah menangis depan abang. Saya mesti tunjuk kat abang yang saya kuat walaupun sebenarnya saya hanya insan yang lemah.

Tapi kata best friend saya tu, saya kena terus kuat. Fikir satu je..

"ALLAH SAYANGKAN AWAK & SEBAB TU ALLAH PILIH AWAK UNTUK UJIAN NI"

Thank you my dear friend....

Monday, July 2, 2012

ABRAHAM LINCOLN - Vampire Hunter

Saya dan abang dah tengok cerita ni hari Sabtu lepas.. memang best giler la... Siapa yang belum tengok tu, cepat-cepat tengok. Tak rugi bayo tiket mahal sebab ceritanya memang menarik. Ada lah takot2 sket sebab terkejut...


Ni petikan dari Harian Metro pasal cerita ni... Layan..

Lincoln buru puntianak

Oleh Roslen Fadzil
roslen@mediaprima.com.my
KALAU ikut ‘kepala’ Hollywood, semua benda boleh jadi. Jika tidak, masakan Presiden Amerika Syarikat ke-16, Abraham Lincoln (1809-1865) pun boleh menjadi pemburu pontianak!
Dengan erti kata lain, atas nama filem, semua fantasi boleh menjadi benda ‘mustahil’ dalam dunia perfileman mereka. Mereka bebas berkarya, berani dan tiada masalah untuk menyentuh kisah yang tidak pernah diketahui manusia zaman ini tetapi ‘ada kemungkinan’ pernah berlaku dalam kehidupan manusia zaman lampau seperti mana Lincoln.
Pemilihan tema ‘the other side of Lincoln’ dalam filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter itu juga lebih selamat kerana seperti yang saya katakan tadi, kita tidak hidup pada abad ke-19 dan tidak tahu pun kisah yang lebih bersifat peribadi dalam diri orang seperti Lincoln.

Setakat yang kita kenal apabila belajar sejarah dulu, Lincoln asalnya seorang peguam kelahiran Kentucky yang kemudian menjadi seorang ahli politik dan seterusnya Presiden. Beliau juga berusaha menamatkan Perang Saudara dan menghapuskan budaya perhambaan khususnya membabitkan warga kulit hitam di wilayahnya.


Lalu dalam ruang yang tidak diketahui umum itu, maka timbullah kisah fantasi Lincoln sebagai pemburu puntianak, makhluk jahat penghisap darah yang mitosnya wujud dalam setiap zaman. Sejak kecil lagi, keluarga Lincoln kononnya diancam. Dia bangkit menuntut bela untuk menghapuskan kejahatan. Jelas di sini fakta sejarah bercampur dengan fiksyen yang berjaya mempengaruhi penonton.

Melalui filem ini juga, Hollywood ingin menunjukkan satu lagi keperwiraan Lincoln dalam memerangi kejahatan sambil menjual jenama Lincoln kepada generasi masa kini. Jawapan yang sebenarnya ada pada Tim Burton sebagai produser dan Timur Bekmambetov, sutradara kelahiran Kazakhstan sebagai pengarah filem aksi-fantasi-seram ini.

Seandainya kisah hidup Lincoln dihasilkan mengikut apa yang tertera dalam buku sejarah, maka akan jadilah sebuah filem epik ‘heavy drama’ dan mungkin kurang mendapat sambutan daripada generasi muda.

Melihat konteks itu dalam negara kita sendiri, mungkin sukar untuk kita menghasilkan kisah seperti itu kerana kita dituduh mempermain-mainkan pula sejarah hidup tokoh negarawan kita. Namun sebagai manusia biasa, kita tentu sedar setiap pemimpin mahupun wira kita juga ada kisah peribadi mereka yang pernah didedahkan untuk pengetahuan umum. Namun, imaginasi Hollywood itu selalunya melangkaui imaginasi kita sehingga terpana.

Kalau mungkin pun kita hendak menghasilkan kisah mistikal seperti filem ini, kita boleh memilih pelbagai karakter bersejarah seperti Hang Tuah, Panglima Awang, Parameswara atau Sang Nila Utama yang kita sendiri tidak begitu jelas perjalanan hidup mereka. Hakikatnya, mereka hidup pada zaman lampau dan dengan ini kita lebih bebas untuk bermain dengan imaginasi dan elemen fiksyen. Tiada siapa yang boleh berkata ini, salah atau itu yang betul kerana ia bak satu lesen untuk berkarya sekiranya kita juga mahu lakukan seperti karyawan Hollywood.

Namun, untuk kisah di sebalik tabir tokoh pemimpin zaman moden di Malaysia, saya anggap filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhami Baba yang bakal ditayangkan tidak lama lagi adalah kisah yang lebih realistik walaupun ia masih dalam konteks filem cereka yang bersandarkan fakta sejarah.

Filem yang mendedahkan kisah peribadi Allahyarham Tun Abdul Razak dan sahabatnya, Allahyarham Tun Dr Ismail itu sangat menarik kerana kita hanya mengenali mereka sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia semata-mata.

Namun, apa yang mereka sembunyikan daripada pengetahuan umum memberikan satu kesedaran baru kepada saya sebagai penonton dan anak Malaysia. Mesej filem itu, memang ada perkara peribadi yang pemimpin sembunyikan demi kebahagiaan rakyat. Ia benar-benar menyentuh hati saya sehingga satu peringkat, tidak tertanggung lagi sebak dan air mata.

Sebagai penonton, saya selalu mengharapkan karya dari Malaysia yang lebih kreatif dan dahsyat dari segi tema serta penceritaannya. Kita ada ramai pelakon yang berbakat di luar sana, namun semuanya terletak kepada skrip dan pengarahan itu sendiri. Pengarah terbaik adalah untuk filem yang terbaik.

Ke mana arah filem kita selepas ini? Apa lagi kisah yang mahu disogok kepada penonton? Semua jawapan itu ada di tangan pembikin filem kita yang seharusnya lebih berani untuk keluar dari zon selesa. Kalau boleh biarlah saya melihat Zizan Razak dan Aaron Aziz yang benar-benar berbeza daripada apa yang saya lihat sekarang -- roslenmetro@yahoo.com/ roslen@mediaprima.com.my