Saturday, January 28, 2012

Jahit 2012 - Bil. 1, 2 & 3

Alhamdulillah.... Baru dapat menjahit sejak pindah ke kediaman baru ni. Lega sangat sebab dah ada ruang menjahit, so tak payah sepah2 kat ruang tamu lagi.... 

Untuk tahun 2012 ni, setakat ni saya dapat 6 tempahan.. adei, byk jugak tu.. Sempena cuti raya cina ni, saya ambil peluang cuti seminggu. Balik kampung 4 hari, balance nya duk rumah, menjahit. Akhirnya siap juga 3 pasang baju (termasuk satu baju sendiri). 

Haaa... saya ni bukanlah 24 jam menjahit walaupun duk rumah. Sebab tu satu hari boleh jahit satu baju je. Selain menjahit, kena gak luang masa kat kebun blkg rumah ni (kebun lah sgt), basuh baju, masak, kemas rumah, basuh kete (eh banyak la pulak... tp memang banyak pun sebab kena buat sendiri semua. Abang kerja... huhu)

 So, inilah hasil 3 pasang baju yang dah siap....

BAJU KURUNG MODEN
Empunya badan: Kawan baik merangkap pelanggan tetap saya (Pn. Majidah)
Deskripsi: Baju kurung moden dengan leher U besar & ovul kecik (nama letak sendiri), kemasan leher dengan 4 jalur jahitan lurus, sulaman liku pada tangan dan labuh baju. Baju longgar tanpa zip (jahitan dart di belakang sahaja). Skirt selised depan.

 BAJU KURUNG PAHANG
Empunya badan: Kawan ofis (superior - Cik Zuraidah)
Deskripsi : Baju kurung pahang dengan skirt belah.

BAJU KEBAYA
Empunya badan: Pn. Azlina (diri sendiri)
Deskripsi : Baju kebaya butang katup dengan skirt belah


Wednesday, January 25, 2012

Best Balik Kampung~~~

Tak puas bercuti kat kampung. Seronok sangat merasai ketenangan di kampung. Walaupun siangnya panas terik, malamnya sejuk je, tidur pun lena. Tak payah pakai kipas or air cond. Cuma kena ada kelambu sebab biasalah kat kampung kan, banyak nyamuk....

Balik kampung sekali sekala ni, saya mesti pergi bandar. Destinasi utama mestilah kedai kain... Gila sekejab tengok kain cantik2 dan murah2. So, saya ada beli beberapa pasang. Kalau berminat boleh tengok kat shopping blog saya "INAYUS'S ONLINE SHOP".

Saya jual murah2 jer, bukan nak ambil untung sangat... :)

Wednesday, January 18, 2012

Takziah Buat Sahabatku

Hari ni balik kerja lambat sebab abang OT sampai pukul 8... Sementara tunggu balik ni, saya nak share satu story yang saya baru dapat tahu semalam. Sangat sedih...

Masa kat universiti dulu, saya ada seorang kawan ni, kat sini biar saya namakan dia as Z. Z ni dulu bersekolah di sekolah asrama penuh perempuan sahaja. Masa kat universiti, Z ni aktif dengan kumpulan usrah. So, saya boleh kategorikan Z ni as muslimah. Dari segi pemakaian, pergaulan, percakapan, Z ni memang layak dipanggil muslimah solehah. Z juga pandai dalam pelajaran dan bagus dalam kerja kumpulan.

Lepas tamat universiti, Z dapat peluang kerja di Sarawak. Memandangkan kami terpisah jauh, saya dengan Z tak berhubung sangat. Masa saya kahwin dulu, saya tak jemput pun Z ni sebab saya hanya jemput kawan-kawan yang terdekat dari segi lokasi. Supaya tak menyusahkan diaorang.

Semalam, saya buka FB. Nampak status salah seorang daripada kawan saya yang memaklumkan suami Z meninggal dunia selepas sebulan berkahwin. Terkejut pulak saya.. Bila masa Z ni kahwin? Sebab setahu saya Z ni bukan jenis bercinta aka bercouple.

Saya pun dengan pantas telefon kawan saya seorang lagi yang agak rapat dengan Z ni. Macam ni lah lebih kurang cerita yang kawan saya bagitahu...

Z ni memang tak bercinta pun dengan suami dia. Diaorg ni dikenalkan oleh bekas guru Z. Diaorg ni juga tak pernah keluar berdua akak dating. Kalau jumpa pun dengan keluarga. Suami Z ni seorang guru kat Johor. So, after kahwin, suami Z plan nak minta transfer ke Sarawak. Selepas majlis perkahwinan, suami Z ikut Z ke Sarawak sebab nak tolong Z kemas barang untuk pindah rumah. Selepas 2 minggu dari tarikh perkahwinan mereka, suami Z balik semula ke Johor.  Sampai saja Johor, suami Z keluar kerana ada urusan. Mungkin suami Z penat dan tak cukup tidur, suami Z kemalangan semasa drive. Dengan lori rasanya. So, masuk hospital. Apabila dapat tahu suami dia kemalangan, Z pun terus terbang balik Johor. 2 minggu Z jaga suami dia kat hospital (koma rasanya). Akhirnya semalam, suami Z menghembuskan nafas yang terakhir.....

Saya cuba bayangkan keadaan sahabat saya ni. Inai masih merah di jari. Perasaan cinta baru berputik. Hati masih lagi berbunga-bunga dengan perkahwinan yang dibina. Belum pun berbulan madu, belum hilang debaran di dada sebagai pengantin. Tiba-tiba, suami pergi dan tak akan kembali lagi. Dengar saja dah buat hati saya rasa pedih.

Apalah kita sebagai manusia ni boleh lakukan. Kita tak mampu nak lawan takdir Allah.

Kepada Z...
Kepada Allah saya berdoa agar suami Z tenang di sana. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan dia di antara orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga Allah juga memberi kekuatan iman, ketabahan kepada Z untuk menempuhi ujian ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmatnya. Sesungguhnya Allah sayang mencintai Z dan suami.

Saturday, January 14, 2012

TTC: First Thing in My Mind This Morning...

Lepas solat Subuh dengan abang pagi tadi, saya sambung tidur sebab terlalu penat. Iyerlah, lima hari bekerja, ulang alik naik komuter, bangun seawal 5.30 pagi dan keluar rumah right after Subuh, pukul 6.15 pagi.. huhu.. So, tadi abang bangun pergi beli breakfast, saya pulak lena diulik mimpi.

Lebih kurang pukul 8.30, abang kejut. Celik mata je nampak sekuntum bunga mawar segar betul2 depan mata saya. Pastu, nampak wajah abang tersengih... Waaaaaa... abang buat surprise!!! 


Abang letak bunga tu dalam tudung botol, letak air sikit supaya tahan lama... hehehe... Thanks my dear!!!

Tu baru intro.. Actually nak cerita perkara yang terlintas di fikiran saya selepas bangun tadi. Ceritanya.....

Kita selalu tengok dalam tv, tak kira drama, filem atau wawancara... Apabila ada pasangan suami isteri yang tiada anak, si isteri mesti akan cakap....
"Abang, saya minta maaf sebab saya tak dapat bagi zuriat kat abang" atau
"Saya rasa bersalah dengan suami sebab tak dapat bagi anak pada dia" atau
"Saya gagal untuk bahagiakan suami sebab saya tak mampu lahirkan anak untuk dia" atau macam-macam lagi dialog yang seumpamanya.

Kenapa yer? Kenapa mesti isteri tu ada perasaan mcm tu. Walaupun saya masuk dalam kategori yang sama, saya tak pernah terlintas begitu. Abang pun sama. Kenapa isteri yang mesti rasa bersalah? Adakah sebab isteri yang mengandung? Tapi, siapa yang bertanggungjawab buat isteri tu mengandung? Suami kan... So, kenapa tak pernah dengar suami cakap "Abang rasa bersalah sebab tak berjaya buat awak mengandung" atau seumpamanya?

Senang je, baik suami atau isteri.. Tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Walaupun salah seorang daripada anda bermasalah atau mungkin kedua-duanya tak ada masalah. Kita perlu ingat, bukan isteri atau suami yang berikan anak, tapi Allah. Hanya Allah yang berkuasa untuk bagi kita anak ataupun tak.

Kepada suami, jangan letakkan kesalahan tu pada isteri walaupun isteri anda memang ada masalah sukar mengandung. Sebab tak pernah ada isteri yang meletakkan kesalahan pada suami sekiranya dia tak mengandung walhal dia tak ada sebarang masalah kesihatan pun.

Saya bersyukur sebab antara saya dengan abang, kami dua-dua tak ada masalah. Semua ni kerja Allah. Serah saja kepada Allah. Kita usaha setakat yang termampu. Selebihnya biarlah Allah yang tentukan.

So, to all TTC friends, jangan bersedih.. Allah bersama-sama kita...

Monday, January 2, 2012

Now at Taman Saujana Rawang

Alhamdulillah... Officially located at Taman Saujana Rawang... Thanks to Erfian, Abg Fuad, Cikgu Hanif, Black & Abg Sham sekeluarga kerana sudi datang untuk solat hajat semalam... Thanks yang tak terhingga juga to my best friend, Wina for the lovely mee kuah... Sedap!!!

Kawan-kawan, jemput datang rumah yer bila ada kelapangan. Kot2 datang shopping Jusco ker, singgah la..