Saturday, January 28, 2012

Jahit 2012 - Bil. 1, 2 & 3

Alhamdulillah.... Baru dapat menjahit sejak pindah ke kediaman baru ni. Lega sangat sebab dah ada ruang menjahit, so tak payah sepah2 kat ruang tamu lagi.... 

Untuk tahun 2012 ni, setakat ni saya dapat 6 tempahan.. adei, byk jugak tu.. Sempena cuti raya cina ni, saya ambil peluang cuti seminggu. Balik kampung 4 hari, balance nya duk rumah, menjahit. Akhirnya siap juga 3 pasang baju (termasuk satu baju sendiri). 

Haaa... saya ni bukanlah 24 jam menjahit walaupun duk rumah. Sebab tu satu hari boleh jahit satu baju je. Selain menjahit, kena gak luang masa kat kebun blkg rumah ni (kebun lah sgt), basuh baju, masak, kemas rumah, basuh kete (eh banyak la pulak... tp memang banyak pun sebab kena buat sendiri semua. Abang kerja... huhu)

 So, inilah hasil 3 pasang baju yang dah siap....

BAJU KURUNG MODEN
Empunya badan: Kawan baik merangkap pelanggan tetap saya (Pn. Majidah)
Deskripsi: Baju kurung moden dengan leher U besar & ovul kecik (nama letak sendiri), kemasan leher dengan 4 jalur jahitan lurus, sulaman liku pada tangan dan labuh baju. Baju longgar tanpa zip (jahitan dart di belakang sahaja). Skirt selised depan.

 BAJU KURUNG PAHANG
Empunya badan: Kawan ofis (superior - Cik Zuraidah)
Deskripsi : Baju kurung pahang dengan skirt belah.

BAJU KEBAYA
Empunya badan: Pn. Azlina (diri sendiri)
Deskripsi : Baju kebaya butang katup dengan skirt belah


No comments:

Post a Comment