Wednesday, January 18, 2012

Takziah Buat Sahabatku

Hari ni balik kerja lambat sebab abang OT sampai pukul 8... Sementara tunggu balik ni, saya nak share satu story yang saya baru dapat tahu semalam. Sangat sedih...

Masa kat universiti dulu, saya ada seorang kawan ni, kat sini biar saya namakan dia as Z. Z ni dulu bersekolah di sekolah asrama penuh perempuan sahaja. Masa kat universiti, Z ni aktif dengan kumpulan usrah. So, saya boleh kategorikan Z ni as muslimah. Dari segi pemakaian, pergaulan, percakapan, Z ni memang layak dipanggil muslimah solehah. Z juga pandai dalam pelajaran dan bagus dalam kerja kumpulan.

Lepas tamat universiti, Z dapat peluang kerja di Sarawak. Memandangkan kami terpisah jauh, saya dengan Z tak berhubung sangat. Masa saya kahwin dulu, saya tak jemput pun Z ni sebab saya hanya jemput kawan-kawan yang terdekat dari segi lokasi. Supaya tak menyusahkan diaorang.

Semalam, saya buka FB. Nampak status salah seorang daripada kawan saya yang memaklumkan suami Z meninggal dunia selepas sebulan berkahwin. Terkejut pulak saya.. Bila masa Z ni kahwin? Sebab setahu saya Z ni bukan jenis bercinta aka bercouple.

Saya pun dengan pantas telefon kawan saya seorang lagi yang agak rapat dengan Z ni. Macam ni lah lebih kurang cerita yang kawan saya bagitahu...

Z ni memang tak bercinta pun dengan suami dia. Diaorg ni dikenalkan oleh bekas guru Z. Diaorg ni juga tak pernah keluar berdua akak dating. Kalau jumpa pun dengan keluarga. Suami Z ni seorang guru kat Johor. So, after kahwin, suami Z plan nak minta transfer ke Sarawak. Selepas majlis perkahwinan, suami Z ikut Z ke Sarawak sebab nak tolong Z kemas barang untuk pindah rumah. Selepas 2 minggu dari tarikh perkahwinan mereka, suami Z balik semula ke Johor.  Sampai saja Johor, suami Z keluar kerana ada urusan. Mungkin suami Z penat dan tak cukup tidur, suami Z kemalangan semasa drive. Dengan lori rasanya. So, masuk hospital. Apabila dapat tahu suami dia kemalangan, Z pun terus terbang balik Johor. 2 minggu Z jaga suami dia kat hospital (koma rasanya). Akhirnya semalam, suami Z menghembuskan nafas yang terakhir.....

Saya cuba bayangkan keadaan sahabat saya ni. Inai masih merah di jari. Perasaan cinta baru berputik. Hati masih lagi berbunga-bunga dengan perkahwinan yang dibina. Belum pun berbulan madu, belum hilang debaran di dada sebagai pengantin. Tiba-tiba, suami pergi dan tak akan kembali lagi. Dengar saja dah buat hati saya rasa pedih.

Apalah kita sebagai manusia ni boleh lakukan. Kita tak mampu nak lawan takdir Allah.

Kepada Z...
Kepada Allah saya berdoa agar suami Z tenang di sana. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan dia di antara orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga Allah juga memberi kekuatan iman, ketabahan kepada Z untuk menempuhi ujian ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmatnya. Sesungguhnya Allah sayang mencintai Z dan suami.

2 comments:

  1. Sedih nyer u baca entry nih...
    Saya terpikir, mcm mane kalo ianye terjadi kat diri saya????? Terduduk menyembah bumi dibuatnye~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umaira, memang sedih... Tak boleh nak bayang kalau jadi kat kita. Skrg ni, kita pikir, apalah sangat dugaan kita yg tak dikurniakan anak ni, berbanding dugaan orang yg kehilangan suami... Pergi tak kembali..

      Delete