Saturday, January 14, 2012

TTC: First Thing in My Mind This Morning...

Lepas solat Subuh dengan abang pagi tadi, saya sambung tidur sebab terlalu penat. Iyerlah, lima hari bekerja, ulang alik naik komuter, bangun seawal 5.30 pagi dan keluar rumah right after Subuh, pukul 6.15 pagi.. huhu.. So, tadi abang bangun pergi beli breakfast, saya pulak lena diulik mimpi.

Lebih kurang pukul 8.30, abang kejut. Celik mata je nampak sekuntum bunga mawar segar betul2 depan mata saya. Pastu, nampak wajah abang tersengih... Waaaaaa... abang buat surprise!!! 


Abang letak bunga tu dalam tudung botol, letak air sikit supaya tahan lama... hehehe... Thanks my dear!!!

Tu baru intro.. Actually nak cerita perkara yang terlintas di fikiran saya selepas bangun tadi. Ceritanya.....

Kita selalu tengok dalam tv, tak kira drama, filem atau wawancara... Apabila ada pasangan suami isteri yang tiada anak, si isteri mesti akan cakap....
"Abang, saya minta maaf sebab saya tak dapat bagi zuriat kat abang" atau
"Saya rasa bersalah dengan suami sebab tak dapat bagi anak pada dia" atau
"Saya gagal untuk bahagiakan suami sebab saya tak mampu lahirkan anak untuk dia" atau macam-macam lagi dialog yang seumpamanya.

Kenapa yer? Kenapa mesti isteri tu ada perasaan mcm tu. Walaupun saya masuk dalam kategori yang sama, saya tak pernah terlintas begitu. Abang pun sama. Kenapa isteri yang mesti rasa bersalah? Adakah sebab isteri yang mengandung? Tapi, siapa yang bertanggungjawab buat isteri tu mengandung? Suami kan... So, kenapa tak pernah dengar suami cakap "Abang rasa bersalah sebab tak berjaya buat awak mengandung" atau seumpamanya?

Senang je, baik suami atau isteri.. Tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Walaupun salah seorang daripada anda bermasalah atau mungkin kedua-duanya tak ada masalah. Kita perlu ingat, bukan isteri atau suami yang berikan anak, tapi Allah. Hanya Allah yang berkuasa untuk bagi kita anak ataupun tak.

Kepada suami, jangan letakkan kesalahan tu pada isteri walaupun isteri anda memang ada masalah sukar mengandung. Sebab tak pernah ada isteri yang meletakkan kesalahan pada suami sekiranya dia tak mengandung walhal dia tak ada sebarang masalah kesihatan pun.

Saya bersyukur sebab antara saya dengan abang, kami dua-dua tak ada masalah. Semua ni kerja Allah. Serah saja kepada Allah. Kita usaha setakat yang termampu. Selebihnya biarlah Allah yang tentukan.

So, to all TTC friends, jangan bersedih.. Allah bersama-sama kita...

2 comments:

  1. sama la cam sy..ulang alik naik komuter..keje kt mana..?? kdg2 sy penat sgt..sbb pg2 sblom g keje wat sarapan utk suami dlu..selaluny buat subuh kt stesen komuter je klu waktu subuh msk lewat..sy naik komuter 6.15 dr rwg!

    **xpela..mgkin bukan rezeki kita lg kot,..klu ada nnt, kita adalh insan yg paling patot bersyukur..ingt tu.. :)

    ReplyDelete
  2. awalnya... saya naik dari rawang kul 6.45. kul 6.15 kuar rumah after subuh... saya keje kl sentral je, so oklah, takyah tukar train.. Pukul berapa bangun? kesiannya... hurm, saya tak pernah buat breakfast hari bekerja. Husband pun tak pernah minta. Sabarlah ek... huhu

    ReplyDelete